NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, January 23, 2013

ADOPT AND ADAPT

Rabu 23 Januari 2013/ 11 RabiulAwal 1434H Hari ketiga program mengasah bahasa lnggeris untuk murobbiyah SUFI berlangsung tidak sampai 15 minit kerana teks yang di baca bergilir dua hari lepas akan di baca sendiri untuk di rumuskan minggu hadapan. Perbincangan hari ini berkisar tentang persiapan mengadakan majlis MaulidirRasul pada hari Jumaat 1 Februari. Saya memperkenalkan konsep 'ADOPT AND ADAPT' dalam melakukan sesuatu.
Semua faham maksud 'ADOPT' iaitu menerima sesuatu (sistem) daripada orang lain sedangkan 'ADAPT' ialah menyesuaikan (sistem yang ada) mengikut keadaan dan kalau boleh mengikut best practice. Pelaksanaan IHES di SUFI cuba menerima keadaan sedia ada kearah menambahbaik dan moving forward dengan jelas untuk memertabatkan lslam kepada anak-anak generasi akan datang.
Namun cabaran sama naik kerana hari ini saya menyaksikan tiga episod menyentuh hati ke tahap menitiskan air mata.Dalam kes pertama saya menerima 'walk in calon' yang memohan jawatan pembantu taska. Bila di tanya cita-cita, calon menyatakan ingin menjadi guru. Bila di provoke mengapa kelulusan SPM kecundang, calon menangis...'saya sakit..misteri'. Rupanya beliau di sihir saudara mara sendiri kerana 'menegur' sesuatu yang mungkar. Kini baru pulih setelah berubat dengan perubatan lslam 'DarulSyifa'. Seram juga saya kerana sebelah petang saya sendiri 'menegur' beberapa insiden di SUFI yang menimbulkan salahfaham ketahap seorang bapa anak taska ingin membuat laporan polis. Antara teguran saya ialah supaya menjaga 'mulut' agar tidak celupar menyatakan bayaran di Taska 'mengkayakan orang atas' dan cuba berdisiplin menyelesaikan masalah peribadi mengikut sistem yang di aturkan. Sekarang saya baru faham mengapa kakak saya menyerah kalah berhadapan dengan pelbagai karenah manusia yang mungkin silap-silap haribulan 'berdendam' jadinya. Syaitan amat suka dendam berdendam kerana nafsu bersorak jika 'musuh' tersungkur sangsara. Demikianlah cabaran berdakwah sepanjang zaman kerana tanpa tarbiyyah atau didikan berterusan tentang kebenaran hati akan mudah berbolak balik antara iman dan kufur. Dalam keadaan tersinggung sering juga ugut mengugut berlaku kerana dalam kes ketiga sir mata mengalir kerana seseorang terasa di kesampingkan..dan ingin berhenti kerja. Saya mula insaf betapa ramai manusia yang perlu 'didengar' rintihannya (listen).Lebih banyak saya diam lebih banyak saya mendapat maklumat yang sebelum ini terpetri rapi dalam lipatan perasaan tak terluah. Saya berdoa agar isu kecil di SUFI tidak di perbesarkan.Esok cuti Maulidirrasul seluruh negara, semoga mengingati 'icon' 'rahmatalilalamin' Rasulullah saw membawa berkat. Saya akan ADOPT kaedah Rasulullah saw berakhlak dan ADAPT kelemahan saya kearah memurnikannya untuk menjadi kekuatan demi mempertahankan kebenaran lslam yang perlu di mertabatkan di bumi ini insyaallah.WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment