'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Saturday, September 26, 2009
Mekah-Madinah 09
Alhamdulillah saya baru kembali daripada musafir ke Mekah Madinah. Satu pengalaman yang tidak dapat di ukir di mulut dan di gambarkan kecuali kesan merindui kedua tanah suci menyebakkan hati setiap kali kalimah Islam di sebut.Wajib kita umat Islam terhutang budi dengan Rasulullah Muhammad saw dan para sahabat yang menegakkan asas akidah Islam yang suci daripada syirik, hanya sanya menyembah Allah. Wajib juga umat Islam mengimbau sumbangan Nabi Allah Ibrahim yang mendoakan kota Mekah aman dan barakah. Ini pelajaran pertama saya menjijak kaki di kota Mekah dan tinggal hampir sebulan di sana. satu anugerah yang terlalu besar buat saya, suami dan keluarga kohatsa. Kalau orang rasa bangga dapat pelbagai anugerah kini saya insaf anugerah berada di tanah suci sepanjang ramadahan tidak dapat di tandingi kehebatannya.
Jet lag masih terasa, masa tidur belum settle. Tapi saya menulis blog untuk sahabat-sahabat yang ingin mendengar berita mutakhir dari saya. alhamdulillah sijil alquran yang saya dapat sepanjang Ramadhan akan saya bawa dalam baki hidup di dunia dan ia akan laku insya Allah di alam akhirat. WaAllahu'alam. akan di sambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment