NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, August 21, 2019

KASHMIR YANG DAGANG

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Rabu 21 Ogos 2019 / 20 Zulhijjah 1440H

Alhamdulillah, syukur..dua kalimah untuk menyatakan penghargaan,namun tidak serupa. Sheikh saya beritau kalimah Alhamdulillah hanya layak untuk Allah. Senang dan susah dalam semua keadaan mesti sebut Alhamdulillah kerana sedikit ujian yang menimpa, banyak lagi nikmat yang tak terungkap.

Syukur disebabkan penerimaan sesuatu yang baik daripada seseorang, juga berlaku dengan izin Allah kerana tidak mungkin seseorang dapat memberi kebaikan kecuali Allah taqdirkan demikian.

Hari Selesa hari yang pack aktiviti saya; awal pagi talaqi / tajwid di Masjid Glenmarie diikuti pertemuan mingguan usrah kariah sek 7, petangnya kelas matan tajwid dengan Sheikh dan malam ada pertemuan mingguan dengan ketua usrah. Minggu ini selepas Maghrib saya dapat jemputan mendengar ceramah kisah Kashmir di Surau sek 4.  Kesihatan sedikit terganggu kerana gigi mula merintih, apa pun Alhamdulillah. Ada hikmahnya kerana saya kena lalui diet intermitten fasting sebagai rawatan dibetic, tak perlulah kerap makan..Alhamdulillah.

Blog kali ini saya ingin merumuskan ceramah tentang Kashmir yang dagang atau asing daripada apa yang saya gambarkan ..kononnya saya sejak dulu memasang niat ingin melawat Kashmir yang cantik senarionya, bunga2 berkembang indah,boat house dan gunung ganang bersalju...indah sekali.

Sebaliknya dalam ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Azmi tokoh misi kemanusiaan, buruknya senario terkini menyebabkan dada saya terasa terbakar mendengar dan menyaksikan penderitaan umat lslam Kashmir yang cuba mempertahankan aqidah mereka. Umat lslam di paksa menganut agama hindu dan di larang melaksanakan ibadah termasuk solat hari raya Aidiladha dan berkorban baru2 ini. Almaklum kaum Hindu menggangap lembu binatang suci..SubhanaAllah

Pembunuhan beramai, genocide, berlaku dalam banyak keadaan dan tempat semata-mata untuk mengurangkan penduduk Muslim dan penguasa lndia mudah2 merampas tanah dan milik umat lslam, tidak jauh bezanya dengan apa yang berlaku di Palestine, cuma situasi Palestin ujud kota suci AlAqsa yang menjadi rebutan tiga agama samawi..lslam, Kristian dan Yahudi. Di Kashmir perebutan sumber air dan tanah pertanian yang subur antara tiga negara India, Pakistan dan China.

Sesungguhnya akhir zaman di warnai dengan sikap ektrim beragama dan tuduhan ini kuat di halakan kepada umat lslam sedangkan yang berwatak terroris adalah mereka yang membuli umat lslam...inilah yang di sebut fitnah kepada orang lslam seluruh dunia tidak terkecuali di negara Malaysia. Tepatlah pesanan Rasulullah diakhir zaman umat lslam di keroyok bak hidangan bukan kerana sedikitnya bilangan mereka tetapi umat lslam lemah disebabkan penyakit cinta dunia dan takut mati. Mesejnya sentiasalah bersedia bertemu Allah dengan iman, taqwa dan amal soleh serta tidak tergiur dengan kemewahan dunia yang melalaikan.

Selagi umat lslam tidak miliki empat kekuatan seperti yang di gambarkan dalam Surah AlKahfi..IMAN (kisah pemuda alkahfi),HARTA (kisah dua pemilik kebun), lLMU (kisah Nabi Musa dan Khaidir) dan KEKUASAAN (kisah Zulkarnain) sukar untuk melawan fitnah akhir zaman yang di kuasai Dajjal. Itulah tujuan Surah AlKahfi di galak diamalkan setiap Jumaat dengan kefahaman untuk menentang penipuan Dajjal di akhir zaman.

Memikirkan nasib malang umat lslam akhir zaman di merata tempat yang bermula selepas kejatuhan Empayar Othmaniah Turki 71 tahun yang lalu, saya hanya yakin Allah ingin menawarkan syurga kepada mereka yang sabar dan tabah memperjuang dan mempertahankan kebenaran. Untuk sampai ke tahap itu ia mesti bermula dengan ilmu akidah yang mantap, sedar Allah sebagai Rab yang memelihara dan mendidik hambaNya..sehingga seorang hamba itu merasa yakin pertolongan Allah seperti Allah menolong Nabi Musa disaat paling getir untuk membelah laut merah.

Saya doakan Allah dapat menolong umat lslam Kashmir yang bertahan dengan iman di saat akhir perjuangan mereka walaupun kerajaan lndia telah berlaku zalim menindas hak2 mereka. Terkini negara lndia dan China sedang di landa musibsh alam yang paling teruk. .banjir kemarau,ribut , tanah runtuh dalam cuaca tidak menentu dan berjuta rakyat terkorban...janji Allah kepada kezaliman..apatah nanti di akhirat pasti lebih dashyat balasan orang2 yang zalim.

Gambaran balasan yang disebut dalam Alquran kepada orang kafir,zalim,munafik dan syirik haruslah menjadikan kita melihat fenomena akhir zaman sebagai ujian yang berat dan kita mesti berbeza, asing dan dagang berbanding cara mereka...Pejuang kebenaran memang kaum yang ganjil diakhir zaman..marilah kita mendaftar diri dari sekarang menjadi orang yang ganjil dan dagang itu...sedia untuk dimusuhi dan di fitnah..namun ganjarannya besar... Syurga Firdaus..aamiin..WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment