BismillahrRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Jumaat 9 Ogos 2019/ 8 Zulhijjah 1440H
Alhamdulillah hari ini 8 Zulhijjah, esok 9 Zulhijjah fasa jumaah haji berkumpul di Arafah. Kerinduan ingin berada di Arafah petanda sah ibadah haji tidak terbedung,, apatah lagi bagi jumaah haji yang berada di kota suci Mekah ..mereka mesti siap siaga dengan sekeping hati suci untuk mengabdi kepada Allah. Arafah fasa doa maqbul jika di sertai hati yang bersih suci daripada sikap dan amalan syirik. Perkataan syirik sesuatu yang tidak mudah di fahami terutama di era akhir zaman. Hari ini semua perkara banyak nawaitunys,itulah antara petanda syirikkan Allah.
Satu fenomena 8 Zulhijjah mengikut Sunnah ialah hari Tarwiyah,fasa Rasulullah saw dan para sahabat melalui Mina dahulu baru ke Arafah,namun tidak ramai jumaah haji dapat mengikuti sunnah ini kerana kekangan logistik dan kesesakan di sekitar Arafah dan Mina. Ada yang memviralkan keutamaan puasa Tarwiyah,tetapi menurut pakar hadis maklumat tersebut palsu. WaAllahualam. Yang pasti puasa hari Arafah jangan tertinggal, yang lebih baik lagi ialah puasa sepanjang 9 hari, 1 hingga 9 Zulhijjah.
Keseronokan berkumpul di Arafah umpama bertemu sanak saudara kerana orang beriman itu bersaudara...masalahnya mampukah kita merealisasikan perintah bersaudara...dengan bangsa sendiri pun berkira dan bermusuh, inikan pula yang sukar berkomunikasi...cuma praktikal yang saya pernah lihat ialah melalui bakti..menyediakan minuman dan makanan kepada mereka yang berkumpul di Arafah sebagai tanda kasih mengasihi, perihatin dan bantu membantu, biasanya bangsa selain Melayu..sebab jumaah Malaysia di beri kecukupan oleh pihak yang mengurus terutama Tabung Haji..logiknya orang serba cukup patut lebih memberi tapi jumaah haji Malaysia kurang di benarkan melakukan aktiviti yg 'memenatkan' sebelum mengerjakan manasik haji...sedeqah biasa-biasa saja.
Hari ini saya menulis seolah diuji saperti orang yang berhaji...White Horse..simbol kereta saya jenis Toyota Mark X..tiba-tiba mogok tidak bergerak dalam perjalanan ke Masjid Glenmari pagi semalam Khamis. Kereta yang di wakafkan oleh adik saya dengan harapan saya gunakan untuk berjihad di jalan Allah ini telah 10 tahun memberi khidmat bakti ..berulang alik ke Tangkak dan beberapa tempat penting. Pernah sekali terlibat kemalangan yang bertanda hingga hari ini cermin depannya masih belum berganti..nampak kacanya pecah seribu..Janji enjin kereta baik kereta terus maju hinggalah pagi semalam gear boxnya kaku. Mujur dan syukur ia berlaku sebaik melintasi lampu trafic..dan kemudian di tow ke bengkel yang sudah kenal biasa dengan karenah White Horse ini.
Sewaktu memaklumkan kepada anak2 insiden tersebut masing2 menggesa di tukar sahaja kepada kereta baru..siap wassp gambar kereta yang di cadangkan..seolah mencari toy car boleh pick-pick..Namun tergerak juga untuk melepaskan diri daripada kerap ke bengkel..kerana itu pun kos juga jika terlalu kerap...saya sedar kenderaan yang baik merupakan ciri bahagia seorang beriman...insyaAllah akan berdoa Allah bagi jalan keluar..sementara itu meminjamlah kereta adik saya buat sementara. Semoga pahala White Horse berpindah kepada kereta pinjam ini..aamiin
Bercerita tentang White Horse saya mengimbau kenangan manis berada di lndonesia terutama Jakarta Bandung membantu mendirikan sekolah lslam di daerah Garut. Setiap bergerak dalam team petugas akan menyewakan bas mini berjenama White Horse. Semoga khidmat tersebut menjadi amal soleh kami2 yang terlibat. Manisnya kenangan tersebut tidak dapat saya rakam dengan kata-kata..syukur Allah pilih team saya menguruskannya ..terkini anak2 fasa awal telahpun berada di serata dunia menyambung pengajian...saya doakan mereka menjadi pemimpin soleh akhir zaman..aamiin..dan bakti kesolehan mereka terus mengalir kepada kami walaupun ketika itu kami telah berada di alam lain...Ya Allah perkenankanlah Aamiin.
Semoga pengalaman pahit manis sepanjang perjalanan hidup bersama White Horse di lndonesia dan Malaysia akan mematangkan cara berfikir saya..tidak mudah tersentuh marah dengan takdir Allah. Sesungguhnya solat dan sabar itu kunci setiap kebahagiaan..tidak rugi bersabar dalam kesulitan yang sebentar dan kita di dunia pun hanya sementara..menunggu panggilan pulang..WaAllahualam.
No comments:
Post a Comment