NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, August 7, 2019

AIDILADHA

BismillahirRamaanirRahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh
Khamis 8 Ogos 2019/ 7 Zulhijjah 1440H


Alhamdulillah musim menunaikan fardu haji rukun lslam kelima datang lagi. Semalam kawan saya yang masih bertugas  di Jabatan Perdana Menteri,walau umur melepasi umur saya memberitahu beliau berada di Mekah...MasyaAllah saya respond...still going strong...ceria dan lots of means to reach Mecca again and again...

Itu lah rezeki ketentuan Allah..khidmat bakti masih di perlukan pasti ada ganjaran..

Dua musim haji yang lepas saya menyertai teman ke Kedah menyampaikan hajat berkorban kawan2 teman saya...seronok juga pergi ke pedalaman yang masih perlukan perhatian kerana masih ramai rakyat Malaysia yang daif, bertaraf asnaf serta faqir miskin. Cuma satu sikap yang saya musykil tiap tahun muka yang sama datang, mungkinkah mereka sentiasa tegar asnaf, anak2 mereka masih kecil belum boleh menjaga ibu bapa yang banyak keuzuran.

Begitu juga golongan mualaf asnaf yang sering meminta-minta sedangkan masyarakat Malaysia belum mampu mendahulukan dakwah dalam hidup seharian,apatah lagi era kesempitan ekonomi sekarang.

Ramai umat lslam sedia maklum ibadah qurban dan bulan Zulhijjah amatlah istimewa,namun ia merupakan penyempurnaan pengabdian hamba kepada Pencipta yang memberi arahan berkorban untuk mencari redho Allah. la bermula sejak anak-anak Nabi Adam dimana Habil memilih yang TERBAIK untuk di serahkan sebagai korban.

Hari ini maksud terbaik yang saya faham adalah terbaik nawaitu..terbaik iman...terbaik amalan soleh, terbaik tarbiyah alquran dan terbaik akhlak. Sewaktu saya menunaikan fardu haji kali pertama dalam tahun 1983, ibadah saya di kira banyak lompang. Seorang sahabat menegur, bukankah ibadah haji merupakan pengisian kerangka lman, lslam dan ihsan,terlalu awal mengisi keragka tersebut bidasnya. Saya masa itu blurr...

Yang mencetuskan pemergian ke Mekah ketika itu adalah kemampuan kewangan...saya dapat arrears kenaikan pangkat RM10K, pada saya dah sampai serulah,cukup belanja untuk dua orang,disamping ibu dan ayah mertua juga ingin menunaikan haji kali ketiga agaknya. Mertua saya orang yang mampu mengikut standard masa itu.

Alhamdulillah saya syukur dapat menunaikan fardu haji umur semuda 32 tahun. Keunikan peranan orang muda di kelilingi orang berumur memungkinkan kita memberi khidmat terbaik dan ujian pun waktu itu Haji Akbar adalah yang tertinggi. Kami mengalami kecelakaan jalanraya. Saya sendiri terhumban keluar daripada tingkap kereta wagon, terasa Allah mendedahkan kepada saya bagaimana gelapnya saat menemui kematian. Syukur tidak ada korban nyawa.

lngin saya menjawab teguran sahabat tentang penyempurnaan ibadah. Semua itu hak dan dengan izin Allah. Pengisian dengan pengalaman accident cukup mengajar saya untuk bersiap sedia sebagai hamba. Alhamdulillah ....the rest become history kerana sekembalinya saya datipada menunaikan haji saya membuat pengisian mantap. Contohnya baru saya sedar bahawa beriman kepada AlKitab bukan sekedar membaca di mulut tetapi mesti hadzam apa Alquran inginkan kita bertindak, antara yang penting mendakwahkan kebenaran,bukan sekadar di baca ikut musim kemudian disimpan di rak buku.

Terkini persiapan AidilAdha saya merenung pelbagai paparan berita tentang negara Arab telah berubah menjadi Eropah, ada jemaah haji Malaysia yang terkandad..tidak kesampaian hajat kerana tersilap visa dan yang paling saya terkejut ada pakej menunaikan haji berharga RM100K seorang.

Syukur saya telah lalui pengalaman berAidilAdha di tanah suci. Pengalaman di padang Arafah yang penuh syahdu dalam khemah hanya beribadah,berzikir bertahmid..terasa nur iman menyerap di sudut hati setiap bacaan kalimah..melihat kambing korban rela di sembelih dan masakan simple daging korban yang lazat tak terkira.

Semoga aura yang sama dapat lagi saya alami...dalam menyambut AidilAdha dua hari lagi...kali ini suami saya berkorban satu bahagian  daripada seekor lembu. Saya belajar juga tentang khasiat makan daging..memang daging korban itu manis...namun dari segi kesihatan daging mentah perlu di rebus sekejap untuk di buang lemak dan virus..barulah di masak menjadi makanan hallalan thoiban...WaAllaualam..

No comments:

Post a Comment