Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
Rabu 7 Ogos / 6 Zulhujjah 1440H
Musim durian datang dan pergi..tahun ini saya tidak berada di Tangkak, tempat yang menjadi 'hub' durian sejak dulu..tak pastilah samada ia ada kaitan dengan business berpotensi tinggi...hingga banyak tanah di sewa untuk menjadi dusun durian di kawasan Tangkak. Anihnya yang menanam adalah syarikat besar kepunyaan bangsa cina..terutama durian musang king yang menjadi rebutan pelancung dari Singapura.
Awal tahun 80an saya bertugas di Sarawak..khususnya bandar Kuching yang setiap musim durian berlaku 'glut' kerana durian adalah jenis buah perishable sukar di export ke mana2 walaupun ke Semenanjung. Dengan harga 50 sen boleh menikmati durian dan di sanalah saya belajar membuat lempok...gula durian. Agaknya dibetic saya bermula sejak itu..kih kih.
Lebih 30 tahun berlalu...durian hari ini merupakan makanan mewah dengan harga yang mahal..sekalipun di musim glut..inovasi menyimpan durian dalam freezer dengsn kemas dan membuat tempoyak high class serta durian crepe menyebabkan harga durian kekal tinggi. Satu ketika diluar musim durian saya di offer oleh penjual kedai buah.. durian dalam freezer yg masih solid...durian oh durian..
Baru-baru ini saya berkesempatan melawat bandar Taiping..menziarahi adik ipar yang bertugas di Hospital Columbia di sana sebagai pakat bius. Saya dah lama terdengar di Taiping berhampiran Batu Kurau tempat buah durian tersedap katanya. Soalan pertama kepada adik ipar ialah berapa jauh Taiping ke Batu Kurau ..10km..senyum terukir di bibir sebab kemungkinan pergi ke Batu Kurau besar sekali.
Sebaik selepas sarapan esoknya kami menghala ke Batu Kurau...ada sign board menghala ke Ulu Kurau pusat pengumpulan durian..Rezeki Allah di awal pagi itu kami menikmati durian fresh daripada dusun nun turun dari gunung...pedagang durian sejauh Shah Alam pun belum sampai mengambil tempahan...walaupun sedar saya perlu berhati2 makan durian sebab punca gula meningkat..hari itu di kecualikan..isi durian yang gebu cantik telah mengalahkan saya..Alhamdulillah terlalu sedap hingga masih terasa dalam deria lidah sampai sekarang...durian oh durian...
Memang recommended ..di musim durian datanglah ke Batu Kurau. Secara berseluruh saya beritahu adik ipar..lain kali sediakan ikan kurau pulak...sebab saya pun peminat ikan kurau yang hampir pupus di akhir zaman kesan pencemaran alam sekarang.
Seperti di jangka sekembali dari Taiping bacaan gula saya mendadak tinggi.. melepasi angka 13..risau juga..minum jus peria dan lemon.. sejak saat itu saya tidak menyentuh gula...saya unfriend gula..hampir dua minggu juga gula dalam darah saya kekal 10...Alhamdulillah sejak berpuasa dan jaga diet hari ini saya berjaya mengawalnya ke angka 5.. Alhamdulillah..Durian oh durian..
Mungkin lepas ini saya kena kawal nafsu..sheikh alquran cakap nafsu lah punca segala masalah...dia nasihat cuba kawal nafsu dengan tidak melayan kehendak atau keinginan yang tak kenal puas....tahap2 kawalan ialah fikirkan bagaimana untuk berinfaq jika nafsu makan dikawal....antaranya jika ada lebihan beri makan orang susah...Mungkin menikmati durian harga mewah juga perlu di kawal kerana lebihan wang boleh di infaq,.saya terasa macam budak baru belajar..belum merasai nikmatnya mengawal nafsu..iaitu menang melawan musuh Allah...kata Sheikh manis iman terasa saat itu..SubhanaAllah...
No comments:
Post a Comment