NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, August 18, 2019

SOLIHAH DAN MUSLIHAH

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ahad 18 Ogos 2019 / 17 Zulhijjah 1440 H

Alhamdulillah..setiap kali program latihan staf Smartop selesai dengan izin Allah saya menghela nafas lega seolah satu beban yang di galas lepas...begitulah besarnya amanah meneruskan legasi pedidikan awal kanak2 mengikut acuan kefahaman lslam para petugas Smartop. 

Maka modul Miratussolihah  ...wanita2 yang baik dan berperanan memperbaiki orang lain telah di ujudkan dengan peceramah berpotensinya Hjh Norlida ..syukur beliau dapat berjihad datang setiap bulan daripada Kangar Perlis, sanggup menaiki bas 8 jam perjalanan semata-mata untuk sampai ke Rumah Ngaji Jalan Solok Tangkak. Daripada rumah anaknya di Melaka beliau kemudian memandu membawa dua orang cucunya untuk menyampaikan ceramah padu seperti tajuk di atas Alhamdulillah.

Solihah wa Muslihah..wanita baik akhlak dan cuba memperbaiki akhlak orang lain begitulah maksud tajuk blog ini. Sentuhan pertama wanita solihah mestilah ahli keluarga sendiri dan ini merupakan proses tarbiyah yang tidak boleh terabai. Lucunya bila penceramah menyebut kalimah tarbiyah cucunya bertanya apa tarbiyah..,saya senang jawab nak sekolahkan orang...

Hari ini seolah ramai yang belum di sekolahkan...rosak akhlak .,hasad dengki, rakus, cinta dunia, menimbulkan huru hara menuntut hak yang bukan2, mencabar kewibawaan lslam dalam masyarakat yang masih aman...menghalau orang berstatus rakyat keluar...dan banyak lagi...tercetuslah syak wasangka..dan tidak mustahil jika keadaan ini tidak di bendung segera negara Malaysia akan mengalami ancaman..paling dekat pengaruh Dajjal...cucu penceramah turut bertanya apa dajjal..saya tak sempat nak menjawab.

Yang anihnya ada tokoh beragama lslam yang menjadi agen dajjal mencemoh usaha memertabatkan tulisan khat asas tulisan alquran...Pada saya kes2 dasar begini jangan di biar masyarakat mengolah...terus laksana dengan penuh yakin dan bertawakkal pada Allah demi membantu agamaNya..Dalam Surah Muhammad ayat 7 bermaksud. "Jika kamu membantu agama Allah..Allah akan bantu memudahkan urusan kamu dan memantapkan pendirian kamu"

Berbalik kepada program latihan Smartop ia merupakan satu nilai tambah kepada petugas dan buat kami ahli lembaga ia memberi peluang kami menyalurkan sumbangan yang termampu almaklum bekas pesara semuanya...sedikit ilmu yang ada di kongsi bersama..menyahut konsep Solihah wa Muslihah. 

Ahli lembaga juga berpeluang bertemu muka,berbincang pelbagai isu terutama menambah kemampuan kewangan Smartop. Seronoknya kami menjelajah ke pasar kampong mencari hasil mahsul..semua pakat di beli untuk keluarga di bandar yang kini berhadapan harga makanan yang meningkat tinggi sekalipun hasil kampong seperti petai. Saya terkejut melihat harga rambutan rm3 sekg..kalau dipasar bandar minima rm8 sekg. Karenah orang bandar masuk kampong..he he

Pelaksanaan konsep Solihah wa Muslihah memerlukan kualiti wanita yang banyak di sebut dalam alquran dan hadis..rujuk Surah Al-Tahrim ayat 5..Muslimat.. menyerah diri pada Allah, Mukminat..beriman, Qanitat..taat perintah Allah, Ta'ibat..bertaubat, Abidat..beribadah dengan ikhlas, Sohihat..berpuasa, Thabitat..kukuh pendirian....subhanaAllah..itulah perlunya proses tarbiyyah untuk menerapkan sifat2 yang di sebutkan mecontohi isteri2 Nabi dan Rasul, para sohabiat generasi awal yang berjihad.

Antara tokoh yang sedia berjihad demi lslam adalah wanita Ansar..Ummu Sulaim yang di bayar mahar tertinggi oleh suaminya Abu Thalhah iaitu bersyahadahnya beliau di hadapan Rasulullah saw tanda masuknya beliau ke dalam agama lslam.. masyaAllah.. indah sekali komitmen wanita Solihah wa Muslihahini. Ummu Sulaim juga menyerahkan anaknya Anas bin Malik menjadi pembantu kepada Rasulullah sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan di doakan oleh baginda keberkatan hidup. .dimana kesemua anak2nya yang ramai menjadi penghafal alquran,MasyaAllahTabarakaAllah

WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment