NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, August 14, 2019

I CITY SHAH ALAM

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Khamis 15 Ogos 2019 / 14 Zulhijjah 1440H

Alhamdulillah..hari ini bebas berpuasa, syukur saya dapat meneruskan pakej rawatan alami wa sunnah terhadap dibetic saya yang bacaannya belum istiqomah single digit. Rawatan fisio CeraGem pun belum mantap dek cuti yang kerap, malas pun ya.

Berkat kereta yang di pinjam dari adik saya urusan harian berjalan seperti biasa...antaranya membelibelah runcit. Di Plaza ShahAlam aka Plaza Masalam outlet pasaraya Giant telah di tutup menyebabkan saya tercari outlet yang terdekat. Tiba-tiba saya ternampak papantanda Village Grocer di kawasan ICITY...terkejut juga sebab setahu saya ICITY petanda kawasan canggih teknologi IT dan mutakhir ada theme park..cucu2 ada pergi..masuk berbayar, saya masih belum sempat menjengah.

Maka satu tengahari saya dan suami cuba melawat ICITY...besar kawasannya saya tak pernah terbayang Mall sebesar itu ada berdekatan rumah saya...tidak hairanlah mengapa harga hartanah dan rumah kawasan sekitar melonjak tak terbendung..

Setahu saya 10 tahun lalu sewaktu saya menjadi Ahli Majlis MBSA perancangan ICITY tidak sehebat sekarang, kami hanya meluluskan infrastructure jalan masuk dan cable optik yang berlingkaran almaklum nak jadi cyberjaya kedua..terkini saya menggambarkan ia tempat orang melancung  dengan pelbagai tarikan penginapan, permainan, shopping dan sebagainya..macam duplicate Genting Highland. Seram juga saya kawasan Melayu lslam Shah Alam mungkin satu masa nanti di cemari aktiviti haram berjudi..dahlah Shah Alam miliki kilang terbesar arak..di sebelah ICITY tersergam Kuil Hindu macam eyesore...memang menyeramkan.,.

Apapun kami mencari parking dikawasan belibelah ICITY, secanggih KLCC, parking berelektronik..saya merakam lot parking takut sesat..naik sahaja kawasan belibelah saya lihat ramai sekali pelanggan. Semua jenama outlet yang besar standard Star Buck ada..dan Village Grocer besar sekali. Jangan terperanjat kalau sayur celery organik import berganda harga..berbelas ringgit..l settle for local product rm4..

Saya tidak sempat ketingkat lain seperti SOGO..namun pengunjung ramai sekali, baru saya sedar sekarang sedang cuti semester persekolahan. Selepas membeli keperluan yang banyaknya 'reduced priced item' kami mengeteh...sedap juga laksa dan popia seaweed.

Entahlah terasa cukuplah sekali ke ICITY simbol yang kurang menyenangkan di hati saya tak tau kenapa...adakah selaku bekas ahli majlis mbsa saya kurang berperanan 10 tahun lalu mebenteras kemungkaran..tapi hati saya tidak tenteram melihat Shah Alam berubah wajah ..yang paling hodoh keujudan Kuil Hindu yang seingat saya ahli majlis tidak luluskan...mengapa begitu tersergam seolah itu icon shah alam...astagfirullah.. perubahan kepimpinan di negara ini perlu pemantauan agar tidak melampaui batas meluluskan semua kehendak kaum...memang fitrah lslam pentingkan kejernihan mata memandang,akhlak karimah dan sosial yang berbatas agama...sekarang sudah celaru dan ia berlaku di kawadan majority umat melayu lslam..di shah alam...semoga Allah pelihara kami.






No comments:

Post a Comment