NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, September 28, 2016

TERPUKUL

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

RABU 28 September \ 26 Zulhijjah 1437H

Alhamdulillah syukur kerana Allah beri kemampuan menulis blog dalam keadaan sihat dan segalanya cukup...tidak ada apa yang diingini kecuali ingin bertemu Allah pada saat yang paling di redhaiNya.

Selama 5 hari 21-26 September saya dan suami bercuti. Rancangan di buat hampir dua bulan lalu dengan adik saya yang lama tidak bertemu cucunya di Labuan. Sehari sebelum bertolak adik dan keluarganya terpaksa membatalkan musafir kerana ibu mertuanya tenat dan kritikal. Usaha menukar nama dengan penumpang lain atau menunda tarikh perjalanan gagal di lakukan kerana syarat perubahan mesti di buat sebelum tempoh 48 jam penerbangan. Kira HANGUS lah kos penerbangan pergi balik hampir RM900 untuk 3 orang penumpang. Mudahnya AirAsia memanipulasi wang pelanggan. ia satu PUKULAN kepada kami.

Tajuk blog saya TERPUKUL bermaksud satu peringatan bila di kejutkan dengan kejadian yang tidak di sangka namun kena redho ia berlaku dengan izin Allah. Rancangan awal suami saya ingin menginap di rumah peranginan persekutuan Labuan dengan kos yang lebih murah berbanding penginapan hotel atau homestay. TERPUKUL kali pertama ialah bila pegawai Bahagian Pengurusan Harta JPM menalipon terpaksa memulangkan kembali bayaran sewa kerana rumah peranginan sedang di selenggara selama sebulan. Lebih satu bulan menunggu barulah bayaran tersebut di pulangkan, satu gambaran bagaimana mudahnya mereka menerima bayaran pelanggan yang di buat cash on the spot namun bila mengembalikan berlengah-lengah.

Musafir tanpa keluarga adik saya di teruskan juga penuh tawakkal kerana awalnya semua urusan di Labuan kami ingin serahkan kepada adik saya yang pernah menetap di Labuan beberapa tahun lalu. Dengan bujet yang terbatas juga kami meredah perjalanan jauh lebih 2 jam penerbangan ke Labuan. Kami menginap di sebuah homestay jauh dari bandar dan menyewa sebuah kereta. 

Saya agak TERPUKUL dengan urusan sewa homestay kerana dua orang yang saya harapkan membantu kurang berminat untuk memberi respond mungkin mereka sibuk..berlapang dada lah. 

Alhamdulillah homestay yang kami berurusan melalui talipon memuaskan dan hikmahnya tuanpunya homestay merupakan pengerusi persatuan homestay Labuan...pasti beliau peka dengan kehendak pelanggan. Yang ini saya tidak rasa TERPUKUL,ia ANUGERAH.

Tidak banyak yang berubah di Labuan sejak lawatan saya 8 tahun yang lalu dan sebelum itu menjalankan latihan kumpulan ibu tunggal. Masyarakat masih dengan budaya berhibur termasuk banyak aktiviti yang bercorak demikian di anjurkan dimana Labuan menjadi tuan rumah. Nawaitu saya mempromosikan latihan Bahasa Arab AlQuraan terpaksa di tangguhkan kerana rancangan asal me war-warkan kepada anak saudara belum tiba masanya kerana beliau sibuk berkursus. Teman seangkatan yang menyertai train the trainer juga outstation. 

Dua pilihan untuk terus bermusafir turut di bincangkan samada ke Kota Kinabalu yang mengambil masa perjalanan hampir 4 jam atau ke Brunei hanya 45 minit dengan bot atau feri penumpang. Kos 3 kali ganda di Brunei terlupa di jadikan syarat kerana dalam minda saya Brunei Sabah dan Sarawak serumpun budaya dan persepsinya kos hidup pun lebih kurang sama.

Kecundang juga kami dan TERPUKUL dek kos yang berganda. PUKULAN pertama ialah silap menaiki perkhidmatan limosin bermeter daripada jetty Muara 24 batu ke Bandar Sri Bengawan. Kos sewa biasa separuh daripada yang kami bayar dan paling TERPUKUL bila sewaktu balik kami di maklumkan ada khidmat bas ekspress hanya membayar Brunei 2 Dollar...dan kami telah pun membelanjakan Brunei 120 untuk perkhidmatan pengangkutan pergi balik ke Muara. The rest is history...tak bolehlah berbelanja sebarangan...makan pun mesti berkira dahulu...lucu...paling akhir saya ada baki Brunei Dollar 0.80...suami saya belikan sekeping roti canai makan tengahari..begitulah TERPUKULnya kami dengan perubahan kadar matawang terkini.

Hari akhir kami di Labuan dapat berita ibu mertua adik saya meninggal dunia..innalillahiwainnailaihi rajiun..ada semacam satu rasa dalam jiwa saya sewaktu berada di negara orang...walaupun Brunei negara yang paling selamat...kabarnya pendatang tak berpermit dan overstay hukuman sebat...Perasaan yang saya rasa adalah tentang KEMATIAN...kalau saya meninggal di negara orang pasti menyusahkan keluarga dan ramai orang. Tiba di imigeresen Malaysia jetty Labuan terasa kelegaan ...

Beberapa jam selepas itu dapat berita seorang ustaz Fadil Yamani menghembuskan nafas akhir di negara Cina...innalillahi wainna ilaihi rajiun...dan jenazah beliau tidak di benarkan oleh pemerintah negara Cina untuk di kebumikan di sana. Lain kisahnya dengan AlMarhum Dato Harun Din yang meninggal di California dan di kebumikan di sana...WaAllahualam. 

Paling akhir saya ingin rakam di sini rasa TERPUKUL dengan janji anak saudara ingin bertemu di lapangan terbang Labuan sebelum kami berlepas pulang..dia dan cucu saudara tidak muncul...TERPUKUL juga terpaksa membawa pulang bahan makanan yang ingin di beri kepadanya dan terpaksa membeli satu bag lain untuk di bawa ke atas kapalterbang.

Satu peristiwa berlaku sewaktu kami ingin bersarapan di sebuah gerai roti canai. Setelah sabar menunggu tiba-tiba sekumpulan pelanggan datang dan terus mendapat layanan. TERPUKULnya kami yang lama menunggu lantas kami tidak meneruskan sarapan. Saya yang paling TERPUKUL kerana marahnya saya merebak hinggan kepada suami saya. Saya perlu belajar kata-kata di bawah ini
" THE ANGER OF ALLAH BELONGS TO HIM, AND HE WILL DEAL WITH HIS SLAVES HOWEVER HE WANTS. IT IS NOT OUR JOB TO EXPRESS THE ANGER OF ALLAH AGAINST OTHER PEOPLE..In short kena berlapang dada dan melihat semua insiden secara positif. Kes pelanggan yang di beri layanan sewaktu sarapan rupanya mereka telah datang awal tapi keluar sebentar melihat sekitar...Saya yang kurang positif dengan kejadian yang Allah izinkan berlaku.

Terkini saya berlapang dada dengan musafir yang banyak mengingatkan saya tentang jiwa manusia yang sering berubah dan membuat orang lain TERPUKUL jika tidak di dasarkan kepada iman..yakin Allah melihat sudut hati kita yang paling dalam apa sebenarnya niat setiap tindakan kita. Saya sudah maafkan semua orang yang berurusan dengan saya sepanjang musafir terutama teman paling dekat semoga ia menjadi amal soleh yang laku di sisi Allah. Aamiin

No comments:

Post a Comment