NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, September 15, 2016

FASTING OR FEASTING...

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Khamis 15 September 2016 \ 13 Zulhijjah 1437H

SubhanaAllah Alhamdulillah saya di panjangkan umur dapat melalui hari tasyrik terakhir hari ini...saat takbir aidulAdha terakhir selepas waktu asar saya dan suami berada di Masjid Jamek Tangkak,..rasa sayu menghambat hati...besarnya nikmat Allah kepada kami sampai saat ini..semoga Allah redhai setiap detik baki hidup kami dalam iman, taqwa dan beramal soleh..nothing more...

Tajuk blog saya menyorot insiden saya dan suami di taqdirkan demam bersama di rumah Bandar Baru Tangkak (BBT) menjelang musim haji yang penuh barokah 1-9 Zulhijjah. BBT jauh dari pelbagai kemudahan kecuali terpaksa keluar daripada kawasan. Dua hari kami bertahan tidak dapat memulakan puasa yang di sunnahkan. Masuk hari ketiga kami kuatkan diri pergi ke kelinik Paya Mas...waktu sepi ramai petugas keluar makan tengahari. Kami serentak di katakan dihydrated (kurang air) dan perlu drip (memasukkan air melalui urat).  Dek kelaparan agaknya jururawat yang mencari urat saya untuk di suntik berelebihan menyuntik...titis darah yang banyak sebelum air dapat masuk memualkan saya...geleng kepala doktor yang sungguh komit dengan kes kami wargamas. Memang saya salute doktor berbangsa cina di Kelinik PayaMas kerana etika berkerjanya untuk memastikan pesakit senang dan tenang. Sebentar2 dia datang menjenguk berapa banyak drip yang telah masuk.

Selepas air di masukkan keaadaan tekanan darah saya naik sedikit namun tidak ada kesan kepada suami dan dia di gegaskkan ke wad kecemasan Hospital Tangkak untuk pelbagai kajian antaranya di syakki denggi atau Zika yang mula menjadi wabak di negeri Johor. Saya mengekori ambulan memandu sendiri kereta yang selama ini hanya suami yang memandu...kaburnya mata mencemaskan saya sedangkan memandu dalam jarak yang tidak jauh pun...bimbang apa-apa berlaku terus saya hubungi anak agar datang memberi bantuan sekurang-kurangnya memandu pulang ke BBT.

Selepas dua liter air di masukkan barulah doktor puashati tekanan darah suami saya mula positif..hampir jam 5 petang baru discharge. Solat pun suami saya jamak di kawasan hospital. Alhamdulillah anak siapkan bubur dan menghantar kami pulang berehat...syukur ya Allah bukan wabak zika atau denggi. Doktor nasihatkan banyak minum walaupun tidak berpanas diluar rumah.

Saya cuba juga untuk berpuasa menjelang 9 Zulhijjah tapi tak kesampaian..berbuka separuh hari. Suami saya fokus untuk sihat dapat berpuasa hari Arafah. Sepanjang berehat dan minum serta makan ubat kami berpeluang mendengar youtube alhamdulillah streamyx di BBT mula laju.

Saya tidak ingat youtube siapa yang saya tonton namun semangat sekali nasihatnya agar kita mendekati berpuasa (FASTING) mengikut sunnah Rasulullah saw iaitu bersahur dengan memakan 3 biji kurma dan air SAHAJA...FASTING is not about FEASTING katanya seperti yang kerap berlaku sepanjang Ramadhan...bukan sahaja berlaku pembaziran malah menghalang kesan berpuasa bila perut kekenyangan ..tidak terasa jihad perut di laparkan KERANA ALLAH.

SUBHANALLAH...saya dan suami berpandangan,..betul.. setiap nak berpuasa kami bersiap makanan sahur seolah ia ibadah sedangkan berpuasa tanpa persiapan makanan itulah ibadah...merasai lapar seperti manusia kelaparan di medan perang dan kesulitan. Setelah merenung nasihat ini kami pun tidaklah begitu ghariah bersiap untuk puasa Arafah...ada kurma kira ok...ni jihad dalam demam...dan setelah melaluinya alhamdulillah berkat jadinya kami pulih demam dek puasa...SubhanaAllah.

Saya telah berjanji dengan sepupu saya akan menziarahinya sambil mengambil rambutan di sekitar kawasan rumahnya. Sebelum pulang ke Shah Alam saya berpeluang menziarahi dan kami di perkenalkan dengan  KANGEN  WATER iaitu air BERAKALI (ALKALINE) untuk merawat badan berasid. Doktor mengesahkan badan saya berasid sebab sering bersedawa dan perut memulas...sewaktu demam sering muntah. Pengalaman sepupu saya setelah meminum selama dua bulan kelihatan cergas dan sihat...rupanya rawatan air lebih utama sebab badan manusia 75% kandungan air.

Biasalah saya pun mengoogle tentang air berakali yang sebelum ini saya difahamkan rawatan kanser...banyak pandangan namun saya akan mencubanya kerana saya yakin PH levelair Kangen ini serupa dengan air zam zam.

Apapun musibah kecil yang kami suami isteri lalui di musim haji tahun ini merupakan satu anugerah...faham sunnah berpuasa dan kami tidak lagi terikat dengan syarat bersahur dengan makanan berat...sekedar Kurma ala Rasululullah yang kita dakwa kecintaan kita...alhamdulillah so simple and barokah.... Saya akan ingat sungguh-sungguh kata penceramah berbangsa Arab IT IS FASTING NOT FEASTING.... 

No comments:

Post a Comment