NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, August 30, 2016

WHY ME?..WHY NOT?

BismillahirRahmanirRahim

Selawat dan salam tertuju kepada Rasulullah saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat ajamain

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selasa 30 Ogos \ 28 Zulkaedah 1437H

Alhamdulillah saya berkesempatan menulis..syukur saya masih di beri peluang bernafas berkat sifat ArRahman Allah semoga saya turut mendapat kasih sayang Allah di akhirat berkat sifat ArRahimNya.

Dengan penuh kerendahan hati saya mengaku bahawa Allah masih panjangkan umur pasti kerana persiapan saya belum utuh dan peluang membuat persiapan ini wajar saya syukuri. Apatah lagi dosa yang banyak belum cukup untuk bertaubat..semoga kepulangan saya di sisi Allah bila bila masa saja mendapat keredhaanNya Aamiin.

Tajuk blog saya kali ini saya pinjam soalan seorang ustaz muda Adi Hidayat daripada Indonesia sewaktu beliau mengupas tajuk ujian yang manusia lalui dalam kehidupan. Ustaz berusia 32 tahun ini mengkagumkan saya dengan ingatan mantapnya mampu mengingat matan Hadis dan ayat ayat AlQuran dihujung lidah saja. Perkara asas yang saya kutip daripada banyak ceramahnya ialah NIATKAN SEMUA URUSAN KERANA ALLAH...dan pasti Allah akan mudahkan dan tetapkan pendirian kita di jalan yang lurus (lslam)

Sering keluhan seorang manusia yang di timpa ujian yang tidak tertanggung pada pandangannya ialah WHY ME?...nanti katanya Allah akan bertanya  balik WHY NOT? Ini kerana menjadi hak Allah meletakkan ujian apa saja kepada HAMBANYA sesuai dengan kemampuan seorang hamba tersebut.

Keadilan Allah sudah cukup bagi seorang hamba menerima ujian menginsafi bahawa semua ujian adalah demi kemaslahatan hamba itu sendiri, baik untuk menginsafi diri,menukar cara pandang yang keliru atau sekadar mengetuk pintu hati hamba agar banyak mendekatiNya. Seringkali kita dikelirukan dengan cara pandang bahawa seorang yang tiada ujian dalam hidupnya di anggap orang yang bahagia sedangkan rata-rata Allah menyediakan konsep ISTIDRAJ atau makin lupa diri...nauzubillah

Dikalangan ahli keluarga saya dan teman karib ramai yang sedang di uji dengan pelbagai masalah,namun mantapnya iman mereka dan berkat sabar yang mendasari semua ujian mereka tidak mengeluh atau  menuding jari menyalahkan orang lain.  Sampai ada dikalangan mereka yang tiada siapa pun tahu masalah yang di hadapinya dek ketenangan bersama Allah dalam hatinya. 

Alhamdulillah saya banyak belajar daripada semua orang untuk melihat kekurangan diri ini dalam membuat persiapan berada di jalan Allah. Penguasan AlQuran yang sering terganggu dek kurang fokus menyebabkan saya rasa sedih di awal Ramadhan dan tercetus hajat di hati untuk saya memperbaiki bacaan, memahami, mentaddabur dan menghafal AlQuran.

SubhanaAllah...belum habis Ramadhan saya di perkenalkan dengan satu kumpulan PENCINTA ALQURAN...sempat hadir Train Of Trainer sekaligus melalui kaedah Bahasa Arab AlQuraan (BAAQ). Rasa sayu, tersentuh dan hiba sekaligus menerpa qalbu saya yang gersang...kerana sebahagian besar penggerak kumpulan ini orang muda-muda..30-50 tahun..tiba-tiba saya yang hampir 70an ini termangu-mangu sendirian.  Ia sebaliknya berlaku kerana sikap tolong menolong mereka demi AlQuran dan kerana Allah banyak memudahkan urusan saya, alhamdulillah. Bila ada latihan kami bersinergi ramai-ramai membuat sentuhan AlQuran...masyaAllah saya sujud syukur..
  
Tiba-tiba saya sendiri tertanya diri ini...dalam umur senja ini WHY ME? Saya dah tau jawapannya WHY NOT? kerana sudah terlalu lama saya membiarkan potensi diri tidak di endahkan...seolah saya di minta pecut larian 100 meter yang hanya tidak berapa jauh lagi..SubhanaAllah..Allahuakbar!!

No comments:

Post a Comment