NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, August 4, 2016

BELUM BERUBAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 Khamis 4 Ogos 2016 / 1 Zulkaedah 1437H


 Alhamdulillah syukur kerana segala komitmen bulan Syawal dapat di tunaikan seadanya. Majlis Hari Raya Tadika Taska Smartop Subur Fitrah telah berlangsung dengan baik dan anak-anak amat bergembira memakai pakaian baru dan cantik. Satu inspirasi pada kami rasanya bila anak-anak penuh jatidiri membuat persembahan yang menghiburkan.

Saya berkesempatan menjalin silaturahim sepanjang berhariraya di kampong kali ini kerana di perkenalkan dengan masakan original ketupat rendang yang rasanya membawa nostalgia masakan arwah emak...amat menyelerakan. Tidak ketinggalan berziarah ke rumah satu-satunya sepupu saya yang masih hidup berumur 81 tahun tapi sihat dan masih tegar memandu dari KL ke Tangkak dengan cekap.

 Satu berita memeranjatkan sewaktu berziarah ialah kematian anak sepupu saya sebelah emak yang meninggal pertengahan Syawal tanpa kami adik beradik menerima sebarang berita. Terus malamnya kami menziarahi sepupu saya yang amat sugul kehilangan anak bungsunya berumur 45 tahun akibat kanser hati.

Sepanjang berada dalam suasana kampong yang kini banyak rumah tinggal kosong kerana kematian penghuni saya perhatikan beberapa sikap masih di takuk lama.Pertama sambutan meraikan Ramadhan terus menerus mengikut cara lama ingin cepat selesai dan tiada pembaharuan. Antara sebabnya jawatankuasa kekal orang lama termasuk sepupu saya yang berumur 81 tahun kekal sebagai pengerusi lebih 20 tahun. Saya cuba menguji cara berfikirnya dengan membangkitkan kedatangan seorang hafiz yang kami bawa dari Sumatra..segera di jawab bahawa arahan jabatan agama tidak membenarkan orang luar...lama saya mencabarnya kepada siapa kita beribadah kalau bukan kerana membesarkan Allah dan lslam...sikap lama masih ketara..tidak berubah. 

 Dalam diam saya menghidu sesuatu yang menjadi trend di kampong satu waktu dahulu iaitu sekali-kali jangan sakitkan hati orang kampong..mereka sukar menerima idea baru kecuali yang berbentuk kewangan. Apa pun suasana ziarah berkesudahan dengan maaf bermaafan.


 Di rumah sepupu saya yang kematian anaknya apa yang saya hidu seolah benar kerana di fahamkan anaknya menghidap penyakit kronik yang doktor kurang jelas kerana hanya mengesan kanser stage 1. Namun beliau tidak mampu menelan makanan dan perutnya 'busung' sukar untuk bergerak. Anaknya memegang amanah bendahari masjid yang di senangi ramai penduduk namun ada di kalangan jawatankuasa yang berdengki hati. Katanya anak sepupu saya 'bermulut jahat' mengadu sana sini perihal yang berlaku di kampong. Ibunya menyiasat di dapati anaknya memang kurang bercakap dan cekap menjalankan tugas. Yang bercakap ialah orang lain bagi pihak anaknya yang di kesan di zalimi dalam pelbagai bentuk. Lama juga kisah anak sepupu saya di ceritakan ibunya...ibrah yang saya berikan hanyalah agar ibunya redha pemergian anaknya kerana segala kesulitan sebelum ajal merupakan penebus dosa dan pembersihan sebelum bertemu Allah..kita belum tahu samada dapat pengampunan demikian.


 Sewaktu saya masih kecil saya sering mendengar kisah orang kampong menggunakan sihir untuk membalas dendam kepada orang yang menyakiti hati mereka...namun saya kurang peka kerana zaman kanak-kanak itu semua bukan urusan kita. Terkadang saya mendengar kisah pergaduhan dan perceraian malah anak di pukul dengan penyapu...terasa pelik..rupanya ini kesan kejahilan...bila ilmu tidak menjadi bekalan hidup manusia di belit perangai syaitan yang ingin membawa manusia sesat ke neraka.

 Saya kini mengambil iktibar bahawa selagi hati manusia tidak di rawat akan terus berlaku sifat dan perangai yang tidak manusiawi...sanggup melihat orang lain susah semata-mata untuk memuaskan hati yang sakit. Suasana masih BELUM BERUBAH rupanya selagi manusia belum mengenal siapa pencipta dan siapa hamba. Esok saya ada program dengan warga Smartop...saya berdoa tidak akan menyentuh perkara yang menyakitkan hati ke tahap orang jahil akan terjebak dalam kezaliman. WaAllahualam.




 

No comments:

Post a Comment