NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, July 29, 2016

SEBAK

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM  

 Jumaat 29 Julai 2016 / 23 Syawal 1437H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah terasa amat lama saya tidak berkesempatan menyentuh blog. Apapun Perjalanan masa yang begitu pantas memberi ibrah kepada saya betapa singkatnya masa dan terbatasnya peluang beramal dan bersedekah, dua perkara yang alquran menyebutnya sebagai permintaan mereka di alam barzah.

Demikianlah alquran mengajar kita tentang persiapan dan bekalan akhirat. Bagi mereka yang masih hidup hendaklah mensyukuri nikmat masih berpeluang bertaubat bersujud dan mentaati semua perintah Allah. Dengan meletak cara pandang syukur ini kuranglah peranan nafsu dan pengaruh syaitan mengatur hidup kita semaunya kerana sifat orang yang bersyukur ialah melihat semua keadaan sebagai anugerah terbaik dari Allah.

Tajuk blog saya kali ini banyak kaitan dengan rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang saya tidak menulis blog. Selain 10 hari terakhir Ramadhan sebagai hari 'uzlah' iktikaf di Masjid Negeri Shah Alam, program iftar juga membuat kami tekejar2, sekejap di Tangkak, sekejap di Kajang dan di Shah Alam.

Hanya Allah yang memberi kekuatan di mulai dengan nawaitu bahawa kami tidak mahu ketinggalan dalam meraih pelbagai anugerah yang Allah sediakan sepanjang Ramadhan. Kehadiran seorang Ustaz Hafiz daripada Surabaya memungkinkan kami menyertai sekurang-kurangnya 5-6 majlis iftar. Mulanya saya merancang bertalaqi dengannya sepanjang Ramadhan namun kemampuan amatlah terbatas.

SEBAK bermula dengan kesedaran saya merasai semakin jauh daripada aura alquran. Ada sahaja halangan untuk meneruskan talaqi di masjid jamek Tangkak yang bermula dua tahun lalu. Taddarus bersama staf Smartop juga berkurangan bila urusan luar bertambah. Teringat saya kisah Sheikh Nauman Khan berdoa di satu Ramadhan untuk mendekatkan diri dengan alquran..lantas saya mengikut jejaknya dengan berdoa penuh yakin pasti Allah membantu.Doa untuk MENGUASAI BAHASA ALQURAN. MEMBACA DENGAN TERTIL MEMAHAMI,MENGHAFALMENTADDABURI DAN MENGAJARKAN ALQURAN.Semoga baki umur akan mendapat barokah
 
 Memang SEBAK ketika adik saya memanjangkan satu maklumat kursus kaedah memahami bahasa arab alquran pada 25 Jun. Sejak tarikh itu saya nekad akan menyebarkan ilmu alquran di samping mempelajari apa sahaja yang berkaitan dengan alquran.

Dalam satu sesi berkongsi pengalaman saya SEBAK menceritakan secebis kisah saya berdoa dalam bulan Ramadhan dan dengan anugerah Allah saya dapat sampai menghadirkan diri dalam program Train of Trainer bahasa arab alquran, sunhanaAllah.

Ramai orang di luar sana akan merasa SEBAK di tinggal kekasih atau kecewa di zalimi suami atau isteri dan sebagainya namun saya bersyukur SEBAK yang berlaku pada saya adalah kerana alquran yang saya mau ia menjadi teman setia di alam barzah...semoga Allah meredhai.AAMMINN....

No comments:

Post a Comment