NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, June 14, 2016

MARHABAN RAMADHAN 1437H -TRENDING

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Khamis 2 Jun 2016 \ 26 Syaaban 1437H di sambung 14 Jun \ 9 Ramadhan

Alhamdulillah Ramadhan bulan barokah datang lagi semoga kesampaian hajat melaluinya dengan selamat dan mendapat pelbagai rahmat janji Allah kepada hambaNya yang serba lemah.

Ramai yang berazam membuat perubahan kerohanian dalam bulan barokah ini namun lebih ramai yang ingin meraih keuntungan material sempena perayaan selepasnya iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Saya di kunjungi salah seorang anak angkat daripada ramai bilangan anak-anak angkat yang semuanya merupakan fasilitator program motivasi yang saya ceburi akhir tahun 90an dan awal tahun 2000.  Zaki berasal dari Kelantan lulusan UIAM dan UPM bidang IT. Seperti semua insan berlaku perubahan pada dirinya sukar di cam... mujur dia memperkenalkan diri. 

 Rahmat Allah menganugerahkan ramai anak angkat amat saya syukuri kerana mereka orang pilihan untuk bertemu dengan diri ini di alam sementara ini mudah-mudahan mereka dapat membantu di alam yang kekal. Satu ciri hubungan yang dapat kekal ialah ziarah menziarahi.

Zaki datang dengan isteri yang baru di nikahinya tiga bulan yang lalu selepas kematian isteri tersayang setahun yang lalu akibat penyakit saraf  SLE. Adil lah beliau seorang yang masih muda dan berkemampuan kewangan yang melebihi syarat kerana punyai 4 rumah sewa di KL dan Putra Jaya..terlibat dalam bidang hartanah. Mudah-mudahan kembalinya Zaki dalam orbit hidup saya dapat membantu KOSIF (Koperasi Subur Fitrah) yang bakal di tubuhkan.

Begitulah kita menyambut kedatangan Ramadhan Kareem yang lebih bermakna daripada seorang anak angkat yang berbudi pekerti baik kerana kemuliaan Ramadhan adalah pada sepanjang bulan dan setiap saat orang yang melakukan ibadah puasa...kerinduan melakukan ibadah d tempat yang mujarab doa seperti di Mekah dan Madinah sentiasa di jiwa ini, kalau boleh biar bersemadi terus di sana walaupun api fitnah kebendaan luas merebaknya di kawasan suci tersebut.

Banyak perancangan di impikan untuk Ramadhan terutama menguasai AlQuran, mudah-mudahan menjadi kenyataan jika sampai bernafas di awal Ramadhan. Berapa ramai insan muda dan tua yang tidak sempat berRamadhan tahun ini semoga Allah merahmati mereka dan kita semua selamanya.

Marhaban Ramadhan mengalu-alukan terserlah semula fitrah suci manusia melalui ikrar berpuasa untuk mentauhidkan Allah dan membersihkan saki baki dosa. Namun ibadah berpuasa yang benar-benar di redhai adalah yang mampu mentaddabur kisah suci perjuangan Rasulullah dalam menegak dan menyebarkan dakwah lslam di muka bumi dengan mengalahkan unsur bathil penuh kesabaran dan mengharap bantuan Allah semata. Unsur bathil yang mengutamakan nafsu keduniaan kekayaan dan kekuasaan untuk mengambil kesempatan ke atas jiwa-jiwa yang lemah dan melemah jika tidak di latih untuk berkorban seperti yang berlaku sepanjang Ramadhan.


(Bersambung)

Saya menyambung blog ini sekembalinya saya daripada Tangkak setlah dua aktiviti besar berlangsung: pelancaran KOSIF dan iftar Ramadhan. Tangkak merupakan kawasan yang amat sukar mendapai capaian internet kerana belum sempurna fiberoptik penyambung bekalan.

Tajuk TRENDING atau ikut fesyen semusim merupakan pemerhatian saya setiap Ramadhan masjid seluruh Malaysia mendatangkan imam hafiz untuk solat terawih. Smartop yang mengadakan iftar bersama PSG (Parent upport Group) pada hari ahad 7 Ramadhan tidak terkecuali membawa seorang Ustaz daripada Jawa Timur mengimamkan solat maghrib  isya dan terawih.

Perancangannya agar Ustaz ini di kongsi juga dengan surau dan masjid kampung Sg Mati, Bukit Kangkar dan Solok...apakan daya arahan kerajaan negeri Johor tidak mengizinkan imam selain sedia ada meletakkan Ramadhan sekitar negeri Johor biasa biasa saja...imam yang biasa sahaja..tidak TRENDING. Suatu yang ada hikmahnya jika konsep membawa imam luar bukan TRENDING atau ikut fesyen untuk sepanjang Ramadhan sahaja.

Alhamdulillah di Bandar Baru Tangkak Surau AlHanan menerima Ustaz Khairol Hadi untuk solat terawih dan bila di komen..'beraninya Surau AlHanan membenarkan imam luar'...hati saya di landa kegusaran tentang fahaman beragama orang di negeri Johor. Siapa yang lebih di geruni..Allah atau kerajaan memerintah. Saya hanya mampu berdoa Allah tidak gelincirkan akidah saya di umur tua ini untuk hanya mengenal Allah Rabbku, Muhammad Nabiku dan lslam agama matiku.

Apapun Alhamdulillah Ustaz Khirol selamat pulang semula ke Shah Alam dan iftar Smartop sempurna di jalankan dengan rigkas namun bermakna. Saat terakhir kami menjemput 13 ibu tunggal dan kumpulan asnaf menerima sumbangan ikhlas kawan-kawan Shah Alam dan Kajang. Melihat raut muka penerima mereka sudah mula mengenali akhlak Smartop...iaitu suka meraikan anggota masyarakat dan bersolat sama. Saya berdoa akhlak ini dapat TRENDING di Smartop sampai bila-bila sekalipun  saat pengasasnya sudah tiada lagi di muka bumi ini insyaAllah..aamiin.

Saya bawa tajuk TRENDING untuk menginsafi diri dan ramai lagi di luar sana agar tidak bersemangat hanya di bulan Ramadhan kerana kawan-kawan anak saya pun nampaknya bersemangat memberi makan orang geladangan di KL sempena Ramadhan...saya hanya nasihatkan terus menginfaq tanpa mengenal bulan...amal soleh tidak boleh di perkecil. Yang lebih bahaya ialah TRENDING mengabaikan amalan ibadah lain sepanjang Ramadhan kerana fokus menyediakan juadah berbuka, moreh dan persiapan hari raya..sekalipun di musim ekonomi merosot.

Saya lebih suka TRENDING membawa ustaz hafiz kerana ayat alQuran yang Allah izin tersimpan di dada seorang hafiz bila di lantunkan dengan tammam (sempurna) hati ini menangis keharuan. Saya tidak tahu nak kisahkan gelora jiwa ini dengan Quran...percayalah ia hidup hanya setelah mendengar quran di baca dengan lantang...mendayu dan hafiz...tidak merangkak dan melihat suhuf setiap kali ingin menikmati alquran..panjang angan-angan kah saya jika merindui menjadi seorang yang boleh menghafal alquran sebelum Allah menjemput kembali???...Semoga Allah merodhai impian ini..

TRENDING juga berlaku dengan kehadiran imam daripada negara Arab teermasuk imam masjidilharam dan Madinah sejak lama dulu..namun kesan kehadiran mereka sejak dahulu tidak meletakkan rakyat Malaysia ke mertabat memuliakan perintah Alquran dalam kehidupan mereka seharian. Malah banyak keraguan di lontarkan oleh pelbagai pihak mutakhir ini dengan salah faham terhadap konsep HUDUD iaitu had had larangan Allah yang tidak semestinya hanya dalam undang-undang kriminal sahaja. Ada had dalam sekecil perbuatan makan...harus berpada jangan berlebihan...dan ibadah berpuasa membantu had ini.Juga had had menggunakan kuasa, mengamalkan keadilan kepada sesama insan dan sebagainya..biarlah orang pakar bincangkan perkara ini.

Saya hanya nampak banyak had dan larangan Allah di langgar dan di cemari sekalipun dalam bulan suci Ramadhan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada hati kita..WaAllahualam. 

No comments:

Post a Comment