NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, June 1, 2016

MUSAFIR DAN KEADILAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 Rabu 1 Jun 2016/ 25 Syaaban 1437H

 Alhamdulillah syukur sekali lagi dapat menulis. Doa saya Allah kekalkan kemampuan ini termasuk hasrat lain yang berkaitan dengan perkembangan pemikiran dan ingatan agar sentiasa membesarkan Allah sahaja noktah.


Kesempatan bermusafir ke utara Malaysia selama 4 hari 3 malam bermula pagi 29 Mei hingga 1 Jun banyak membawa nostalgia juga pengalaman baru. Menyertai rombongan menghantar 'pengantin' daripada Johor ke Perlis merupakan peluang keemasan bersilaturrahim dengan kenalan lama tidak terkecuali menapak jejak tempat-tempat yang saya biasa ziarahi bertahun yang lalu.

 Perjalanan santai memang nawaitu saya dan suami di sertai Anas anak angkat berasal Kota Kuala Muda. Hasratnya agar memberi peluang Anas bersama keluarganya kerana lebih 10 bulan beliau tidak bertemu mereka.

Hujan yang mencurah turun di kawasan Pantai Merdeka tempat saya menginap malam pertama musafir merunsingkan Anas kerana beliau pernah melalui bencana alam tsunami tahun 2004. Kerap dia berwassap samada kami tidak terganggu. Alhamdulillah paginya Resort tempat kami menyewa basah dan mendung sahaja.

Kelihatan suasana resort kurang kemas pengurusan menyediakan sarapan kepada pelanggan almaklum musim cuti sekolah. Saya tertanya bagaimana mereka mampu menerima tetamu antarabangsa sedangkan tarikan perkhidmatan hambar sekali. Ramai yang menginap adalah pelajar sekolah yang tinggal dalam dorm. Mungkin itu juga fokus resort ini waktu cuti sekolah. 

Namun pemerhatian dari aspek kebersihan dan kemudahan agak ketinggalan kerana masih ada bilik yang tioletnya jenis lama, apakan daya kami pelanggan jenis walk in..itu sahaja bilik yang ada kecuali ingin menambah kos. 

Sayang sekali persekitaran hijau dan cantik seolah tidak sederap dengan perkhidmatan yang kurang menarik. Saya berpandangan sumber manusia mungkin punca kekurangannya kerana kesibukan resort ini mungkin bermusim.

 Malam kedua saya di Alor Star menginap di hotel yang banyak cawangannya di utara Malaysia dan berbeza sekali penampilannya dalam semua segi. Sarapannya bertaraf professional melihat dari cara penyusunan peralatan. Saya kagum juga...'Everything has its own place'..konsep keadilan di terapkan di dapor..

Manusia pun akan kelihatan janggal jika 'out of place' dari konsep keadilan ini. Contohnya seorang yang berumur ingin berlagak muda memang tak kena dan tidak adil pada dirinya sendiri. Saya insaf sendiri kerana terkadang saya juga lupa dengan usia saya tidak seiring dengan cara berpakaian, bercakap dan berakhlak..tidak boleh di contohi...lantas tidak boleh berdakwah...tidaklah menepati tugas beribadah...lantas saya tidak berlaku adil pada diri sendiri. lni belum lagi menilai keadilan kepada ahli keluarga yang terabai pendidikan alquran dan sunnah...satu taddabur konsep keadilan dalam bermusafir yang amat menginsafkan

 Saya berpeluang ber'takruf' dengan teman saya, ibu pengantin perempuan berasal Batu Pahat. Bertahun saya tidak bertemu dengannya rupanya dia amat mengenang saya kerana katanya waktu beliau berkahwin lebih 30 tahun yang lalu saya tidak hadir tetapi saya mengirim sumbangan dalam sampul surat yang sampai hari ini masih dalam simpanannya... SubhanaAllah...masyaAllah..saya belajar sifat adil darinya...adil kepada sebuah persahabatan...what did i do to her to deserve that honour...pilu hati di buatnya.

 Dia terus bercerita belajar ikhlas dari arwah ayahnya yang mendidiknya bersendirian tanpa ibu sejak berumur 4 tahun. Bapanya tidak pernah berkahwin lagi setia pada isteri yang satu sedangkan isterinya bukan meninggal. Isteri yang cantik di ambil orang lain meninggalkan 5 anak semua di jaga bapanya. Saya terkedu dengan kisah ini...ada rupanya seorang lelaki yang setia sanggup membesarkan 5 orang anak dan menjaga ibu serta kakak ibu tunggal sepanjang hayatnya. 

Bila di tanya bapanya sakit apa sewaktu meninggal.. prostate katanya...simptomnya kalau buang air tidak sedar dan di sanalah ujian menjaga seorang bapa yang mempunyai sifat malu...mujur suaminya seorang yang soleh dan adil pada pandangan saya kerana membantu isterinya menyelesaikan masalah..bukan mencari dan menambah masalah.

Ketidakadilan seorang yang bernama lelaki ialah bila mana mencari salah isteri dan menambah masalah pada isteri...semoga Allah mengampunkan lelaki begini. Cerita teman ini lagi setiap tahun sejak dewasa anak-anak yang lima orang di tinggal ibu akan menemui ibu mereka tanpa meninggalkan ayah mereka... silaturahim...subhanaAllah...bukannya berdendam..si suami ikhlas merelakan isteri cantik di peristerikan orang lain dan terus menjalin hubungan sesama lslam sepanjang hayat. Memang saya tabik sifat ini dan teman saya menutup bicara dengan menyatakan keberkatan didikan seorang bapa ikhlas mereka lima beradik sampai beranak bercucu amat rapat silaturrahim..malah rombongan pengantin datang mengiringi sebuah bas..40 orang...saya terfikir kalau buat koperasi mudah sekali keluarga begini...

Malam ketiga saya menginap di hotel bujet tengah bandar Kangar milik usahawan Melayu seorang guru ahli koperasi guru..beliau menyewa bangunan koperasi. Wah..saya dapat idea..menyediakan tempat penginapan juga aktiviti koperasi rupanya asalkan koperasi ada modal memiliki bangunan. Adil lah kalau koperasi menawarkan peluang pelaburan kepada ahli dalam keadaan begini. 

Semoga wawasan Koperasi Subur Fitrah Johor Berhad (KOSIF) yang dalam perancangan dapat mengutip pengalaman ini.

No comments:

Post a Comment