NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, May 27, 2016

HARGA UMUR WARGA EMAS (THE PRICE OF OLD AGE) 2

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh
 Khamis 19 Mei 2016/ 12 Syaaban 1437H

Alhamdulillah saya dapat menyambung tajuk blog yang lalu.

HARGA UMUR WARGA EMAS 2 ingin menggambarkan betapa cara berfikir yang mula berubah dan kelupaan kepada beberapa perkara yang pernah di lalui dalam kehidupan sebelumnya. Bagi mereka yang berinteraksi dengan fenomena ini jangan sekali terkejut jika Allah izinkan ia berlaku kepada orang yang kita anggap mudah mengingat sesuatu sebelumnya. 
 
Bagi pasangan suami isteri juga jangan gabrah jika salah seorang pasangan mengalami sindrom ini. Malah perlu di santuni dengan hikmah. Di sini peranan anak-anak yang soleh dan solehah amat di perlukan. Bagi yang tidak mempunyai anak pasti Allah rezekikan mereka dengan saudara mara dan teman akrab atau pembantu yang ikhlas.

Teman saya bercerita tentang pembukaan Smartop dalam tahun 2013 dan mengimbau peranan seorang guru core yang memang berasal daripada pengurusan lama. Saya total blank...tak ingat sekalipun di kisahkan suaminya orang Sabah, anaknya dua orang. Teman saya menyergah "how can a recent incident boleh lupa"...saya cuba melakarkan minda di saat penubuhan Smartop...yang nampak cuma Pak Hasni..temuduga guru baru..dll Mengapa saya di kaburkan dengan peribadi ini saya tak tahu...Allah saja yang menentukan.

Keesokannya saya bertanya salah guru asal Subur Fitrah dan bila di beritahu nama guru tersebut cerah dan jelas mukanya dalam fikiran saya. lni contoh HARGA UMUR USIA EMAS...harus di bayar dengan tindakan membangkitkan ingatan bukan menempelak itu ini ketahap seorang yang mengalaminya merasakan ia bersalah kerana sukar mengingat sesuatu sedangkan ia SEBUAH HARGA UMUR WARGA EMAS.

(Di sambung pada 27 Mei kerana capaian internet berada di Tangkak selama seminggu amat low)

Seringkali manusia lupa bahawa yang mengizinkan semua urusan termasuk mengingat adalah Allah, tidak ada kuasa insan tua yang melemah kudrat mampu mengingat sesuatu yang kian tidak penting dalam hidupnya. Bila bergantung kepada pemikiran dan kemampuan berfikir semata ia memang menyakitkan dan kerap rasa lemah dan murung sedangkan fasa beransur kembali kepada Allah wajar di sertai banyak berdoa dan meminta bantuan Allah dalam semua hal mudah mudahan hidup kita di akhiri taqarrub padaNya .

Harga umur warga emas 2 mengajak semua yang terlibat menyantuni orang tua agar lebih sensitif betapa besarnya NILAI sebuah umur yang di pajangkan Allah penuh hikmah. Antaranya ingin memberi ganjaran penjagaan yang ikhlas kepada anak-anak, ingin memberi iktibar kepada semua insan dan memperlihatkan kebesaran Allah dalam ayat-ayat AlQuran bahawa semua ciptaan Allah ada akhirnya dan cara berakhir sebuah kehidupan perlu di perhatikan untuk keredhan Allah semata. Saya berhenti di sini

No comments:

Post a Comment