NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, May 17, 2016

HARGA UMUR WARGA EMAS (THE PRICE OF OLD AGE)

Assalamualaikum wr wbkth
 Selasa 17 Mei 2016 / 10 Syaaban 1437H

Alhamdulillah masih dalam syukur di beri kesempatan hidup dan rezeki menulis.

Semalam lsnin 16 Mei tarikh keramat bagi golongan pendidik yang di sambut di seluruh negara sebagai hari guru.
Tadika Taska Smartop Subur Fitrah Tangkak tidak ketinggalan menyambutnya dengan kerjasama Parent Support Group (PSG)...Rezeki melimpah ruah makanan sumbangan ibu bapa anak-anak. Alhamdulillah kami Ahli Lembaga dapat bersama anak-anak walaupun jurang umur kami ketara jauhnya.

Tersentuh hati kami melihat karenah anak-anak yang sabar di urus guru dan pengasuh penuh kasih sayang dan kelembutan. Semoga Allah mengganjari keikhlasan guru-guru. Amat terasa kelemahan kami yang berumur ini cuba melayan anak-anak yang biasa dengan sentuhan guru mereka...terasa asing dan jauh...sebuah harga yang di bayar mahal bila umur meningkat iaitu tiada upaya menyaingi tenaga muda.

Di sana sini panggilan mula berubah...mak cik...bukan lagi kakak...atau cik...pak cik dan atuk bukan lagi abang gantang...namun di sana ada juga mereka yang di ulit mimpi terpedaya dengan umur yang belum mencicah angka 70an...masih lagi tersangka muda dengan kata-kata"you don't look your age"

Sedar tak sedar fasa hidup dalam era ujian " siapa yang terbaik amalnya" kian berakhir dan kematian amat hampir bak sentuhan jari.

Saya menulis blog tajuk THE PRICE OF OLD AGE kerana terkesan dengan ceramah Ustaz Bakhtiar Nasir yang mengulas ayat 68 dalam Surah Yassin bermaksud "Dan hendaklah di ingat bahawa sesiapa yang Kami panjangkan umurnya Kami balikkan kembali kejadiannya kepada keadaan serba lemah, hakikat ini memang jelas maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya."

Beliau mendedahkan realiti bagaimana setiap nikmat umur yang di panjangkan akan di BAYAR dengan kurangnya pelbagai deria seperti mata kurang jelas, pendengaran pun demikian, otot dan gigi mula kendur, rambut gugur dan bertukar warna dan sebagainya sekalipun teknologi moden cuba mempertahankan perubahan tersebut dengan harga yang lumayan juga.

 THE PRICE OF OLD AGE ternyata mahal jika di nilai dari segi kemampuan menyesuaikan diri bila berhadapan dengan persekitaran yang berubah dan baru. Kedegilan mempertahankan cara hidup dan cara berfikir lama terutama jika berlandaskan nafsu dan kebendaan sukar sekali di atur. Seringkali ini menyebabkan beberapa tekanan lantas penyakit kemurungan. Seorang teman sekolah yang kini bermastautin di Australia menggambarkan warga tua di negara tersebut selalu keseorangan (lonely) dan murung. Sesekali saya membuat komen...as Muslims we believe that Allah is always with us.

 HARGA UMUR WARGA EMAS bermaksud setiap nikmat yang hendak di kecapi di usia tua tidak boleh di anggap mudah dan biasa. la harus di bayar dengan harga yang tinggi. Menikmati makanan manis contohnya bagi pengidap kencing manis harus di bayar dengan suntikan insulin...menikmati pemusafiran di umur tua sering di ganggu keperluan membuang air kecil yang kerap...sukar kalau berada dalam suasana yang kurang kemudahan tersebut. Pengalaman kembara bersama wargamas termasuk diri saya ke Krabi di atur sedemikian rupa agar setiap dua jam mesti ada tempat rehat untuk berhenti biasanya di Amazon seperti R & R di Malaysia.

 Harga yang tinggi untuk mengecapi nikmat Allah tidak terkecuali dalam urusan rumahtangga. Pengalaman mengajar saya tidak ada harga yang lebih mahal daripada SYUKUR dan SABAR. Syukur dengan apa yang di anugerah Allah menghalang manusia berpanjang angan-angan untuk merekacipta nikmat dunia yang sementara  sedangkan sabar ialah menjaga batas tindakan agar tidak termasuk dalam sebarang kezaliman dan maksiat. Sukar untuk mentafsirkan apa itu kezaliman jika seseorang di kuasai hawa nafsu untuk memenuhi kepentingan diri sendiri. Saat kita mula memikirkan kesan tindakan kita kepada insan terdekat kuranglah kita menzalimi mereka terutama ahli keluarga. Harga sebuah kesabaran ialah tidak ada batas....kerana ganjaran orang sabar  bighairihissab....tanpa hisab di sisi Allah. WaAllahualam

Namun bersabar di umur warga emas tidak semudah yang dijangka kecuali bagi yang beriman dan bertaqwa kerana golongan tersebut sentiasa peka agar tidak di cabut nyawa disaat berpanjang angan-angan leka dan lalai dengan keduniaan. Harga sebuah taqwa bagi warga emas ialah hendaklah Allah tidak melihat kita berada dalam laranganNya dan tidak kehilangan kita dalam melaksanakan perintahNya.

No comments:

Post a Comment