NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, April 30, 2016

TAK ADA SELERA

BismillahirrahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sabtu 30 Mei 2016 \ 22 Rejab 1437H

Alhamdulillah syukur sangat sedikit kesempatan di Batu Pahat pagi ini saya dapat menulis.

Saya dan suami di jemput mengiringi majlis pernikahan anak Ustaz Omar daripada Perlis...orang Johor kenalah rai kehadiran orang nun..jauh di utara,tempat yang menghasilkan mangga Harumanis...

Sepanjang minggu yang tidak kurang menguji juga mengendalikan kes taska di tutup dek wabak HMFD. Yuran yang menitis masuk ke kantong Smartop terlalu kurang tidak mampu menampong bayaran gaji staf Smartop. Allah sahaja yang membantu aliran tunai Smartop kerana perlu segera mengadakan sejumlah wang dalam masa yang singkat. Saya hanya ada Allah dan kepadanNya saya bertawakkal di samping menghubungi teman rapat yang 'berduit'...

Dengan izin Allah saya memegang amanah trip ke Krabi 3..mohon izin tangguhkan bayaran deposit barang sehari dua,alhamdulillah jumlah wang yang di perlukan dapat di urus. Dua orang teman berjanji menampong dan menjambatani kewangan Smartop seadanya...syukur dan memang saya banyak sujud syukur akhir-akhir ini setiap selesai permasalahan ..alhamdulillah mampu lagi meletak kening di lantai...itu pun dah banyak syukur berbanding ramai yang hanya sujid di atas angin...(solat duduk dikerusi)

Tajuk blog saya kali ini ada kaitan dengan beberapa kejadian mutakhir ini yang bermula daripada saya mengimbau kenangan trip Krabi 2. Seorang lelaki yang saya anggap agak 'biadab' membuat komen terhadap teman seperjalanan yang di abaikan suami dek isteri baru...kata-katanya menghiris hati saya seolah dia rasa dunia ni dia yang punya dan seolah dia seorang 'muda'

"jalan pun berdingkat-dingkat...TAK ADA SELERA lah suami..tu yang cari baru..." ingin saya menampar mulut celuparnya..namun apakan daya dia pelanggan saya...yang pasti next tripkemana pun orang macam ini out of listlah...maaf.

TAK ADA SELERA  banyak kaitan dengan HAWA NAFSU yang dalam banyak arahan Quran serta hadis Rasulullah agar di tundukkan supaya sejajar dengan akhlak lslam. Malah ia syarat kesempurnaan iman (rujuk hadis 41 Ibnu Rejab) Tapi sedap mulut bercakap mana ada ingat nak sempurnakan iman kerana yang bercakap lupa hukum karma yang akan menimpa dia atau ahli keluarganya kalau tidak minta maaf dan tidak bertaubat. Yang bercakap juga lupa dirinya bukan hebat sangat ke tahap ingin BERSELERA...apa kata kalau dia di jangkiti penyakit kronik...

Orang biadab bertambah ramai di muka bumi ini kerana saya baru sahaja melalui satu episod membeli IKAN SEGAR di sebuah pasar nelayan.Hasrat untuk menikmati rasa segar ikan kecundang bila hasilnya adalah ikan yang lama tersimpan...atau diletakkan ubat sewaktu membeli...bila tiba di rumah ikan jadi longlai tidak sesegar di pasar. Sakitnya hati ini tak terkira..kerana kami sedang menerima tetamu...terpaksalh memasak ikan yang tidak sesegar yang di harapkan. Adik saya menasihatkan berdoa agar orang yang menzalimikita di beri hidayah tidak menzalimi orang lain...terbangnya kos RM200 merpakan kiffarah dosa..ya kiffarah sungguh kerana lama selepasini saya jeran akan ke tempat itu lagi walaupun hati sakit ini ingin sahaja menyeranah penjual yang saya trust akan bercakap benar...

TAK ADA SELERA turut menyentuh satu pertemuan dengan dua ibu yang berkarenah di Smartop..menuduh itu ini tanpa usul periksa semata kerana mengikutkan nafsu marah tidak mau bersusah sedikit demi pendidikan anak. Suami saya selaku pengerusi Lembaga Smartop tiba-tiba sewaktu keputusan di buat penuh tegas..menolak dua ibu ini daripada menyertai Smartop..."Kami tidak paksa puan hantar anak di Smartop...carilah Taska lain...itu akhir katanya.    Yang anihnya dalam TAK ADA SELERA pihak pengurusan Smartop ini rupanya dua ibu tersebut amat sukakan Smartop...mohon maaflah kerana tempoh BERSABAR kami telah luput. Saya di fahamkan mereka akan 'appeal'..tak tau macammana nak bagi BERSELERA semula...WaAllahualam. Saya terpaksa berhenti di sini.

No comments:

Post a Comment