NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, April 15, 2016

WALK IN 3

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh
Jumaat 15 April 2016 \ 7 Rejab 1437H

Alhamdulillah,,,thumma Alhamdulillah. Sentiasalah kita hamba ini memuji Allah dalam senang dan susah kerana di sisi Allah semuanya baik belaka dengan kasih sayang dan rahmatNya semua.

Maka dengan rahmantNya juga saya dapat menulis blog ini kerana  selama menyepi ini laptop kurang sihat dan capaian wifi di Tangkak dan di tempat saya bermastautin kecuali Shah Alam amat lemah...selemah iman umat akhir zamanlah... nauzubillah saya berdoa sangat saya dan ahli keluarga besar saya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang lemah ini..aamiin.

Mutakhir ini saya sering mencari peluang mendengar ceramah Ustaz Budi Ashari tentang sejarah umat lslam dan ciri-ciri kejatuhan yang antara sebabnya ialah kurang berdaya mempertahankan hak Allah dan berharap kepada kuasa selain Allah. Dalam masyarakat akhir zaman ini umat lslam ketara amat bergantung harap kepada kuasa selain Allah tidak terkecuali matawang yang menjadi sejarah 'gempak' di Malaysia.

Tajuk blog saya kali ini ada kaitan dengan keputusan saat terakhir untuk bermusafir, kononnya terus ke Singapura terlanjur menziahari seorang teman kepada baik kawan saya yang sedang sakit di Johor Bahru. Namun konsep 'Walk In' kurang memudahkan kerana untuk menginap di rumah peranginan kepunyaan kerajaan persekutuan di Singapura perlukan dua minggu perancangan untuk mendapat keputusan pihak atasan sekalipun rumah tersebut kosong sekosong-kosongnya.

Kali terakhir saya dan suami menginap di rumah tersebut hampir 10 tahun lalu. Rumah amat selesa bak istana...tidak ada rezeki orang walk in macam kami kali ini lantas cadangan 'keluar negara' terpaksa di batalkan..he he

Rupanya konsep WALK IN menjadi satu fenomena di kalangan pengusaha hotel dan rumah penginapan kerana status WALK IN akan di kenakan charge lebih. Ini berlaku sewaktu kami ingin mendaftar masuk ke Tune Hotel kepunyaan Air Asia...jika booking di buat melalui internet katanya ada diskaun...waddduh dah macam booking tiket kapalterbang bunyinya...apakan daya kami pun mula belajar bahawa apa pun PERANCANGAN RAPI adalah awal keselesaan.

Alhamdulillah selama dua malam di JB banyak perkara yang saya kutip sepanjang perjalanan,antaranya kisah sebuah keluarga yang bukan asal lslam tetapi peribadi dan cara hidup lebih lslamic. Bayangkan setiap waktu solat seorang suami mampu di tunaikan cara berjemaah di masjid dengan berjalan kaki untuk memenuhi tuntutan jasad yang perlukan exercise, tuntuan ruhani yang mengikut sunnah Rasulullah...puasa lsnin khamis untuk memenuhi tuntutan dalaman badan yang 'penat' makan itu ini...memelihara kerharmonian keluarga dengan aktiviti terapi membuat 'patchwork' bersama....si isteri membuat amal jariah kebajikan merawat pesakit kronik kanser hingga sembuh dengan izin Allah ...sekarang beliau sendiri sedang sakit...rawatan rukyah dengan ayat mathur alquran dan sunnah turut di kongsi bersama kami...alhamdulillah.

Saya menulis blog dalam kesempatan sedikit ini kerana pada saya konsep WALK IN adalah anugerah Allah di samping minat kami ingin menjelajah melihat kebesaran alam di sana sini ikut kemampuan. Perancangan yang rapi memang perlu antaranya persiapan bag pakaian jika kecemasan dan pastinya kos yang perlu di belanjakan. Teringat semula kisah suami saya dan bag keperluannya yang sentiasa ada dalam kereta, kali ini beliau sempat menyelamatkan kami berbelanja lebih membayar kemudahan 'towel' di tune hotel kerana kami boleh memakai towel sendiri..alhamdulillah.

Menyentuh sedikit tentang perancangan rapi saya akur dalam hidup ini jangan suka 'terjah' terutama dalam urusan selain bermusafir...kerana banyak bahayanya. Contoh hasrat berkahwin untuk membina sebuah keluarga baru jangan sekali kita ikut nafsu impulsive untuk menyelesai masalah syahawat sahaja...amat bahaya jika WALK IN MARRIAGE bak kahwin Mutaah kaum Syiah kerana perlu disana banyak persiapan mental, emosi dan kemampuan fizikal.

Jika umur sudah lanjut pastikan kita fokus untuk tidak melanggar HAK ALLAH sekalipun seorang lelaki itu BERHAK kahwin emat isteri...ini yang punca kejatuhan umat kerana tidak berfikiran wholistic...fikir keperluan sendiri.  Semua urusan akan terbengkalai jika emosai orang terdekat dan keluarga lama terganggu...apakan daya saya hanya mampu menyuarakan pandangan... di akhir zaman orang sudah mula lupa akhirat hidup yang kekal abadi. Semua ikut motto orang moden..I WANT IT ALL... I WANT IT NOW....manalah daya seorang hamba memerintah Maha Pemberi...mesti ada harga untuk di bayar dan di korbankan...nothing is for free...WaAllahualam

InsyaAllah jika ada rezeki saya sedang merancang untuk menimba ilmu di umur tua ini dengan ustaz muda di Indonesia sepanjang tiga minggu Ramadhan akan datang kerana khabarnya beliau ada kursus yang mengesahkan sejarah lslam di samping penghayatan Ramadhan yang barokah. Saya berdoa Allah sentiasa tempatkan saya dalam persekitaran soleh bersama orang-orang soleh anak-anak soleh dan solehah...kerana aura soleh ini amat menyebar dan memberi ketenangan. Semoga Allah izin dan permudahkan..amiin.

No comments:

Post a Comment