NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, March 21, 2016

GERHANA DI MANA-MANA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Isnin 21 Mac 2016 / 30 JamadilAwal1437H

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih memanjangkan umur ini...pasti ada hikmah untuk di cerahkan di umur senja ini. 

GERHANA GERHANA  dimana-mana... Masyarakat dunia di taddaburkan oleh satu fenomena alam GERHANA Matahari tanda kebesaran Allah SWT pada 9 Mac baru-baru ini. Fenomena planet bulan menutup sinaran matahari berlaku secara total di kawasan Belitung Bangka Indonesiar

Pelabagai versi pandangan di utarakan berikutan fenomena ini,ada yang bercorak kajian perubahan alam ada yang mistik entah apa-apa sedangkan berlaku fenomena ini di zaman Rasulullah saw ketika anak baginda Ibrahim meninggal dunia dengan jelas baginda menyatakan ianya kuasa Allah bukan ada kaitan dengan kematian anak kesayangannya.

Satu pandangan atau telahan yang menarik kesan gerhana adalah suasana dunia akan lebih kacau, kejam, ganas dan mendominasi. Dalam suasana keluarga dominasi suami mengatasi isteri yang lemah...terkedu juga menelah antisipasi ini. Selama ini yang saya tahu daripada peribadi Rasulullah contoh suami terbaik ialah semakin lama berumahtangga semakin intim,mesra dan mengasihi bukan mendominasi...

Selama tidak menulis blog pelbagai kegiatan berlaku kepada saya dan persekitaran, antaranya berziarah ke Mersing, Rengit, tawaran tiket murah Lion Air ke Jakarta menyertai Islamic Book Fair ke 15, ke Sekolah Menengah lslam Situwangi Garut dan menjadi tour leader lawatan ke Krabi Thailand selama 6 hari...capek juga bahasa orang lndonesia. Namun saya lebih suka masa terisi dengan aktiviti taddabur alam dan ilmu kerana akan mengisi fitrah jiwa yang kehausan rasa syukut...kerana kalau sebaliknya jika termenong kosong, fitrah nafsu akan managih kegilaan syahawat kerana minda sepi daripada memikirkan kebesaran Allah...untuk bersyukur dan bersyukur..

GERHANA DI MANA MANA motif blog saya cuba mencari sedikit pencerahan tentang beberapa peristiwa yang memeranjatkan saya antaranya berita seorang teman yang menikahi isteri baru yang muda..berita di perkukuh kisah seorang peserta lawatan ke Krabi bahawa suaminya di umur 61 tahun berkahwin dengan setiusaha berumur 24 tahun melepaskan tanggungjawab menyara keluarga kerana menghirup nikmat isteri muda. Sakit juga hati mendengarnya kerana selama ini saya seorang aktivis memperjuangkan hak ibu tunggal...adduuh...

Di kisahkan ramalan ahli peramal seorang lelaki berada dalam aura bahaya di umur 20, 40 dan 60...kegatalannya memuncak dan kena cari rawatan..antaranya berkahwin, berjihad di jalan Allah atau aktiviti sosial, paling-paling menjaga cucu...ha ha ha..kalau tidak terisi masanya akan penuh lamunan seks...ini bukan saya cakap.. ini ramalan dan pemerhatian...tanya ahli saikologi.

GERHANA DI MANA MANA menunjukkan satu dunia tidak aman dengan gangguan syaitan dan dajjal dan satu saja cara penyelesiannya LAWAN SYAITAN...dan hampirkan diri kepada Allah yang kita akan bertemu akhirnya. Harap-harap pertemuan itu dalam keadaan aman sentosa...tidak banyak soal jawab tentang nafkah isteri cukupkan, layanan suami puaskah dan pendidikan anak-anak beres kah? Saya pun seriau dengan pertemuan ini kerana betapa kurangnya ilmu di dada....betapa lalainya hati ini dan betapa serabutnya memikirkan GERHANA DI MANA MANA...SATU FENOMENA JIWA yang di bayangi pelbagai pengaruh ganas yang hanya boleh di lenturkan dengan kekuatan Allah...Allahuakbar!!

No comments:

Post a Comment