NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, April 19, 2016

2ISO

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selasa 19 April 2016 \ 11 Rejab 1437H

Alhamdulillah saya berada di Shah Alam seminggu kali ini untuk memberi ruang melihat suasana rumah yang sering di tinggalkan. Banyak peralatan rumah yang perlukan rawatan.

Berat juga hati meninggalkan Taska Tadika Smartop Subur Fitrah yang sedang bergelut dengan wabah HFMD (Hand Foot Mouth Disease) dan arahan Jabatan Kesihatan untuk menutupTaska selama dua minggu.

Setinggi syukur saya masih di hidupkan dalam umur menjangkau 68 tahun, kalau umur Hijrah menghampiri 70 tahun. Sihat, bertenaga dan berwawasan mencari keridhaan Allah dalam semua aktiviti. Terngiang-ngiang tulisan seorang ulama..

TAQWA ADALAH HENDAKLAH ALLAH TIDAK MELIHAT KAMU BERADA DALAM LARANGANNYA DAN TIDAK KEHILANGAN KAMU DALAM MENTAATI PERINTAHNYA..

Lantas sebaik mungkin saya cuba mempraktikkan falsafah 2ISO (2 I iaitu Iman dan Ikhlas) S-Sabar dan O-Optimistik. Itulah tajuk blog saya kali ini yang cuba bermuhasabah samada saya layak memakai tagline TAQWA dan slogan 2ISO.

Teman saya selalu berkata cakap senanglah belum di uji dan rasa sakitnya perasaan jika di guris....wah..memang saya mudah bercakap sesuatu yang baik namun praktikalnya perlu melalui sesuatu kegetiran.

Sewaktu pulang ke Shah Alam anak angkat saya Anas ada di rumah, bila di tanya kenapa tidak pergi kerja... perlahan dia menyatakan bos suruh cuti seminggu...tergerak hati bertanya mengapa dan di beritahu bahawa ia berkaitan dengan teguran saya terhadap perkhidmatan 'stain plate' (pinggan berdaki kuning dek kuah) di sebuah restoran yang tak perlu saya sebut di sini. Ini ujian sabar kepada semua pihak yang menuduh saya 'berdengki' sedangkan tujuan saya ikhlas agar pelanggan senang menikmati makanan dalam pinggan yang bersih.

Lama saya termenung memikirkan patutkah saya menjelaskan suasana ini namun anak angkat saya melarang saya bertindak kerana beliau telahpun mendapat kerja baru sebagai francisor mesin kesihatan berjenama. Semoga Allah memudahkan.

Begitulah tegarnya kesombongan setengah manusia yang sukar menerima teguran dan golongan ini memang elok di tinggalkan sebentar hingga sifat SABAR mendominasi hati yang terguris dek sama-sama ego.

Selang beberapa jam ibu bapa anak-anak taska yang telah di maklumkan penutupan taska 'membantai' kami dalam wassap...memang saya tidak wajar bersuara kerana falsafah saya kita jangan sekali melayan karenah sewaktu hangat...setelah muhassabah, maklumat di terima bahawa ibu bapa yang lantang membelasah kami adalah golongan mereka yang ber 'isu' yang tidak perlu di jelaskan di sini. Sebagai kalimah akhirah saya hanya menyatakan penutupan taska membolehkan kami muhasabah dan menilai semula kaedah kemasukan anak-anak yang mana akan di hadkan bilangan anak demi keselesaan semua. Terus wassap terhenti. Pengajaran... senang membantai orang tapi terimalah risiko berani buat berani tanggung. WaAllahualam

2ISO cuba mengajar saya bahawa untuk mendahulukan IMAN perlukan matlamat yang IKHLAS, sifat berSABAR dan sentiasa bersikap POSITIF tentang masa depan. Saya amat yakin ummat lslam perlukan generasi yang terdidik dari awal tentang keujudan Allah dan contoh Rasulullah..maka program LITTLE ABD di terapkan sebaiknya.  Sedikit ujian seringkali merupakan tapisan siapa calun yang kami boleh dan mampu didik..bagi ibu bapa yang kurang peka untuk bekerjasama dan menempelak sana sini di persilakan cari institusi selain kami yang mungkin lebih baik. 

Feedback staf yang saya perolehi juga mempaparkan kebosanan mereka melayan karenah setengah ibu bapa yang melihat segala masalah di nilai dengan wang ringgit...maka di persilakanlah belanjakan wang anda di tempat lain.

Seringkali blog merupakan medan meluahkan perasaan tidak terkecuali saya...semoga hati saya lebih tenang dan tidak meluahkan rasa terhiris dengan menghiris hati manusia lain.Biar Blog berkata-kata..he he WaAllahualam
  

No comments:

Post a Comment