NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, April 21, 2016

FOBIA IKAN TONGKOL

BismillahirRahmanirRahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Khamis 21 April 2016 \ 13 Rejab 1437H

SubhanaAllah... MasyaAllah....Alhamdulillah..Syukurlillah

Saya tunduk patuh dengan ketentuan Allah petang ini...Alhamdulillah saya masih hidup. Rumah masih utuh...suami dan anak-anak yang ada di rumah sihat belaka..tak tau saya nak luahkan perasaan ini kecuali SubhanaAllah dan tak ramai pun yang tahu...ia sudah jadi sejarah

Fobia di hati ini masih bergetar kerana hampir sahaja trajedi kebakaran dan letupan tong gas di rumah saya petang ini berlaku. Allahuakbar kepada rahmat Allah menyelamatkan kami...Alhamdulillah Anas bertindak pantas mematikan api sebelum menyambar tong gas...mujur kami tidak hangus serentung IKAN TONGKOL yang sedang di masak di dapor sebelah luar..yang saya TERLUPA menjenguknya.

Saya di lupakan Allah kerana sebab umur atau lalai tidak pastilah...saya fobia kerana ini kali kedua memasak ikan TONGKOL gagal menepati hasrat, Kali pertama di rumah BBT Tangkak pressure cooker tidak berfungsi...petang tadi ikan yang sama rentung dek lalai atau umur lupa...nauzubillah...macam jeran rasanya untuk menyentuh dapor. Namun saya telah berazam memasak makanan sendiri dan kurangkan makanan di luar.

Agaknya masuk jam yang ketiga ikan di atas api yang di tahap maksima di masak di dapur...langsung saya lupa selepas solat zohor yang sepatutnya saya menutup api di dapor. Pintu menghala luar dapor di tutup kerana cuaca panas...

Tiba-tiba jiran Cina sebelah masuk rumah...ada masak ke di dapor...asap banyak...tup teringat...saya meluru ke dapor...buka pintu...api sudah marak...saya kaku tidak bergerak...panik

Anas bergegas mencari air...saya ada maklumat kalau api marak air akan memarakkannya lagi...ketar lutut tak terkata..jiran ambil handfon saya untuk talipon bomba. Anas berusaha memadamkan api dengan kain basah. Saya melihat tong gas yang hampir di jilat api... lagi gigil...terpaku tak boleh bergerak langsung...nak panggil suami pun mulut terkunci.

Suami sedang di bilik bahagian atas memerhati petugas membetulkan alat penghawa dingin dan pintu bilik tertutup..namun anas yang pernah melalui trauma Tsunami di kampongnya tahun 2004 terus berusaha memadamkan api...saya hanya mampu ke bilik air buka paip yang di pasang getah tanpa sebarang tadahan kerana satu-satunya baldi Anas sedang guna. Terketar keluar semula melihat kesan api yang masih meliar...jiran cina dan anak lelakinya turut membantu menyimbah air...Bomba menjawab akan datang...namun anak jiran melihat kami mampu mengawal api...batalkan kedatangan bomba.

Ya Allah kau hantar Anas membantu tepat waktunya....sebab anas baru sahaja sampai sebelum kejadian berlaku dan jika saya bersendirian...nauzubillah mungkin saya sama rentung dengan IKAN TONGKOL...bayangkan jika tong gas meletup...SUBHANAALLAH...

Begitulah Maha Suci Allah memelihara saya dan ahli rumah petang ini...hanya Allah yang mampu berbuat demikian dari ada dapor ke tiada dapor...dari ikan cantik bersih jadi rentung...pagi rupa ikan petang rentung...Mengapa manusia tidak pernah memikirkan kebesaran Allah yang memindahkan suasana...dari sihat ke sakit...dari berharta kepapa...dari sebarang suasana harmoni rumahtangga kepada berantakan...kalau kita tidak kukuh yakin kepada Allah memang goyah di buatnya.

Alhamdulillah dalam keadaan puasa abiadh saya yakin sedikit ujian ini tidak seharusnya saya merungut...cuma amat insaf...kerana setiap musibah walaupun kecil mesti ada hikmah dan mesej tertentu. Baru petang semalam saya di kuatirkan dengan bacaan gula meluncur turun kepada 2.1...berpeluh dan menggigil...teringat arwah adik saya yang baru meninggal..beliau melalui simptom yang sama dan saya rasa masa saya telah sampai menghadap Allah. Dengan kalimah bismillah saya capai sebiji pisang,minum air manis dan mengajak suami pergi makan di mana-mana. Azan asar baru di laungkan...mulanya nak tangguh solat...memikirkan maut tidak akan di tangguh terus kami solat di masjid. Dan petang ini sujud syukur saya kerana masih bernafas lagi dengan izin Allah.

Saya berkesempatan mendengar ceramah Sh Hamzah Yusuf untuk mencari sedikit hikmahnya. Beliau menyebut kes Wheel of Fortune...atau pusingan nasib yang merupakan giliran senang dan susah silih berganti. Bagi kaum yang tidak beriman bila dalam kesulitan akan ingat Allah,namun sebaik terlepas kesulitan dan selesa mudah lupa Allah kerana dua sebab..BOSAN dan MUDAH TERPERANGKAP (DISTRACTION)

Saya nukilkan disini pandangan beliau kerana saya yakin bagi orang beriman pusingan nasib tidak relevan...kerana kita tidak bergantung kepada senang atau susah...bagi yang memegang paksi kehidupan kerana Allah dan mencari redhoNya senang dan susah sama sahaja akan tetap ingatkan pencipta...tidak ada kompromi. Ingat Allah bila keadaan susah sahaja adalah sikap sekular...memisahkan perasaan 

Kesimpulannya FOBIA IKAN TONGKOL tidak seharusnya saya turutkan kerana Maha Suci Allah yang mengizinkan  rentunganya IKAN TONGKOl bukan kerana sebarang insiden petanda atau menyebabkan saya fobia. InsyaAllah lepas ini saya akan cari IKAN TONGKOL yang tak perlu masak ...ready made dalam tin yang berjenama HALAL..mudah-mudahan THAIBBAN keluaran orang beriman...jom berbusiness makanan sihat, ia punca hati yang sihat insyaAllah. WaAllahualam 

No comments:

Post a Comment