NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, February 19, 2016

PANJANG ANGAN-ANGAN

BismillahirRahmaniRahim
Jumaat 19 Februari 2016/10 JamadilAwal 1437H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamadulillah masih Allah beri kemampuan untuk menulis...PANJANG ANGAN-ANGAN sebenarnya kerana ingin menukilkan lebih banyak sejarah yang saya lalui dalam hidup ini terutama setelah membaca tulisan jawi ibu saya dalam hayatnya.

Dalam hidup ini sering kita bertembung dengan sejarah berulang..kalau ikut tafsir AlQurqn sejarah berulang adalah untuk mentarbiyyah hamba Allah supaya mengambil iktibar dan memohon hidayah Allah jalan yang di redhai. Saya amat terkesan dengan ceramah Ustaz Muhaimin dalam program Ikram malam ini kerana beliau menyentuh tepat ke tali jantung saya betapa kita sebenarnya tidak layak menerima banyak nikmat Allah kalau bukan kerana kasih sayang dan rahmatNya.

Betapa perlu seorang hamba itu menrujuk kembali kepada JANJI untuk mengingati dan mentaati Allah setiap detik tanpa mensyirikkanNya. Sedikit pengaruh syahawat dan nafsu akan memusnahkan hubungan dengan Allah ketahap orang-orang soleh berdoa agar menyampaikan umur mereka sekedar untuk waktu solat terdekat ...untuk memperbaharui akidah agar selalu suci dan luhur. Begitu PENDEK angan-angan mereka...sebaliknya kita manusia hari ini masih merasa hidup lebih lama...berlandaskan ada orang masih lagi hidup walau umur 80 tahun atau bergantung kepada ubatan untuk kekal sihat...bla bla bla...jauh tersesat kita nauzubillah
.
Kisah seorang teman karib mengulang semula kisah arwah ibu dan bapa mertua saya di umur senja mereka. Walaupun dari segi syarak apa yang di lakukan bapa mertua saya halal iaitu mengambil isteri kedua yang berumur senja juga, namun kesan kepada minda dan perasaan ibu mertua saya drastik sekali hingga beliau terkena stroke yang membawa maut akhirnya...kerana arwah bapa mertua saya kurang membaca betapa dalamnya hubungan hati ibu mertua saya kepadanya. Apapun iktibar kepada semua dalam sejarah ini satu sahaja iaitu utamakan Allah dalam setiap tindakan. Banyak cara untuk mengawal perasaan seperti banyakkan beribadah, jauhi persekitaran fitnah dan khianat serta berdoa dengan SABAR.

Perihatin kami kepada pasangan akrab teman ini ialah mereka kurang sihat dan perlu banyak bantuan orang lain. Mudah-mudahan isteri baru teman ini kuat untuk memikul tanggungjawab baru bersuamikan seorang wargamas yang berpenyakit,,aamiin.

Blog PANJANG ANGAN-ANGAN sekadar menasihati diri sendiri betapa rapuhnya perasaan yang tidak di balut kuat untuk ingatkan Allah dan kembali bertauhid,berkasih sayang keranaNya serta berjihad melawan segala musuh dalaman dan luaran. Sifat mazmumah seperti ego dan sombong merupakan Tuhan baru yang di sembah dan di besarkan jika di biar berleluasa dalam kehidupan. Begitu juga kalau ikutkan perasaan lemah, bergantung kepada selain Allah dan kurang muhassabah diri untuk menjaga keikhlasan berTuhan ia meletakkan peranan Allah jauh kebelakang.

Ustaz Muhaimin membuat kami insaf dan sedar bahawa satu saat akan tiba kepada semua bahawa untuk sampai kepada nafas teerakhir sebelum maut menjemput kita pun nanti kita akan rasa sukar,,,dan ketika itu tidak guna lagi kita berpanjang angan-angan...semuanya akan menyahut seruan Allah untuk di hisab. Kepada yang berumur bonus seperti saya hati-hati untuk merancang hidup kerana kita tidak boleh menjamin detik selepas ini yang kita akan hidup lagi. PANJANG ANGAN-ANGAN di ikuti mujahadah yang berterusan hanya sesuai untuk mencari redho Allah,memohon syurgaNya dan menjual diri dan harta di jalan Allah,memuliakan agamaNya serta berkasih sayang semata keranaNya..semoga Allah beri saya kekuatan untuk lakukan ini sahaja,Aamiin.

No comments:

Post a Comment