NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, February 17, 2016

WALK IN

BismillahiRrahmanirRahim

Rabu 17 Februari 2016 / 8 JamadilAwal 1437H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah di atas segala anugerah rezeki Allah, umur kesihatan iman dan lslam. Masih mampu berfikir,bersolat  berzikir,berdoa semoga Allah redho segala amal yang dilakukan,Aamiin.

Musim cuti 'Super Peak' Tahun Baru Cina baru berlalu, cuti yang panjang termasuk anak-anak sekolah dan pasti ramai yang memanfaatkan cuti bermusafir bersama keluarga. Di sudut hati saya dan suami memang ada hajat untuk bercuti bersama cucu namun kurang merancang sejak awal kerana kesibukan Smartop menghadapi tahun baru.

Dengan izin Allah kesihatan saya juga agak merosot kesan pengabaian cara makan dan penyakit keturunan. Hampir dua bulan merawat dengan pelbagai rawatan tradisional dan hospital alhamdulillah agak terkawal dengan satu syarat...KENA MASAK MAKANAN SENDIRI. Sentuhan ajinomoto, kopi,makanan laut, beragi (yeast),  pulut semuanya mengundang gangguan keselesaan duduk dan baring. Sesekali teringatkan sakit,bisa dan gatal yang tak terkawal bila melihat bahan-bahan yang menyebabkan penyakit itu saya dah gerun...kata orang dah terkena baru tahu...

Bak orang berpantang...sebaik saya sihat teringin rasanya untuk melancung dan melihat tempat beristirihat,,tiba-tiba sahaja dalam perjalanan pulang ke Shah Alam perbincangan kami dalam kereta bertukar kepada meninjau tiket kapalterbang ke Langkawi...tempat bersejarah saya dan suami memasang cita-cita mengurus homestay dan Cafe Langkawi Lite satu ketika dahulu...yang kini tinggal sejarah..ia melibatkan juga arwah adik saya yang baru meninggal dunia kerana beliau cuba membawa kemahirannya ke Langkawi Lite...Allah tidak izinkan ia berterusan...semuanya memang penuh hikmah.

Di lapangan terbang Subang manusia berpusu menunggu giliran menempah tiket atau penerbangan...kami usaha juga bertanya semua penerbangan penuh hingga ke akhir cuti. Cuba menalipon keretapi begitu juga...malah tambang penerbangan ke Alor Star pergi balik untuk seorang mencicah  RM900. Dengan langkah longlai kami terus ingin pulang ke Shah Alam...tiba-tiba kereta melencong ke arah Banting Morib...tempat percutian tempatan. Cuba menalipon resort hotel yang biasa semua FULL HOUSE..senja baru dapat berhenti di Garden Hotel taraf dua bintang di pekan Banting... kelelahan.

Tajuk WALK IN  blog saya kali ini ada kaitan dengan menyoroti sejarah saya berada di lokasi yang di sebutkan serta perubahan drastik suasana yang saya pernah alami. 

Lebih dua puluh tahun saya melibatkan diri dalam program motivasi remaja dan wanita. Di Morib lah tempat program di adakan. Sesekali saya berkerjasama dengan pakar motivasi lain di Bakau Grove, Kem Azhar dan Prostar di Camar laut. Terkenang semangat memuncak cuba mendidik diri melalui mendidik orang lain...namun persiapan tidak kukuh..program tinggal program. Hubungan dengan peserta juga longgar kerana tidak ramai yang dapat saya sentuh hati nurani mereka walaupun memang ada yang pertalian semacam keluarga masih berjalan hingga sekarang.

Sayu juga dalam peristiwa WALK IN saya mengimbau perjalanan kerjaya saya yang tidak seberapa kesannya. Selain itu saya melihat perkembangan masyarakat yang kian kesempitan...di kawasan yang dahulu kami mudah membeli makanan laut harga semua jenis ikan melambong tingga malah tidak mudah untuk medapatkannya. Keberkatan hasil laut sudah mula menghilang. 

Dua malam yang penuh kenangan di pesisiran pantai Morib saya mula merindui zaman kanak-kanak kerana bapa saya seorang yang amat suka membawa kami berkelah di Pot Dickson. Arwah emak akan memasak makanan biasanya nasi lemak dan kami akan makan dengan enaknya selepas mandi laut...keyakinan saya mula kuat bahawa di zaman kanak-kanak kalau kita puas bermain dan menjelajah kita akan lebih kreatif dan yakin diri. 

WALK IN terjadi sebaik seorang petugas Indonesia yang saya minta membantu membersihkan rumah tidak dapat datang kerana menghadiri jamuan bosnya. Kembalinya saya baru beliau datang dengan temannya mengemaskan segala barang lama yang perlu di buang dan di susunsemula. Saya sama-sama memilih buku-buku lama...tup..tup...terlihat sebuah tulisan jawi dalam sebuah buku...rupanya catitan arwah emak yang mencurahkan isi hatinya sebaik arwah bapa saya meninggal dunia dalam tahun 1991. Dalam lima lembar tulisan jawi saya dapat baca perasaan ibu saya terhadap anak-anaknya yang ramai...semua anak-anak emak BAIK BAIK  belaka...alhamdulillah...berkat doa emak kini semua anak-anaknya tahu diri dan daratan dan melalui kehidupan dengan tabah.Itulah berkat doa ibu,Aamiin.

No comments:

Post a Comment