NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, January 31, 2016

AKTIVITI SUNNAH MEMANAH

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Ahad 31 Januari 2016 / 20 RabiulAkhir 1437H

Alhamdulillah Allah masih memberi nyawa dan semangat untuk saya menulis.

Terlalu lama meninggalkan dunia blogging membuatkan saya ketinggalan banyak perkara. Perkembangan negara dan kepimpinan pun merudum terus tidak ketentuan arah tuju. Saya cuba serf sebuah blog yang sering update perkembangan kepimpinan, namun blog teleh di sekat...apa nak jadi dengan sistem pemerintahan yang takut berhadapan kebenaran entahlah...waAllahualam.

Tahun baru 2016 sedang menghabiskan bulan pertama dan masyarakat sekitar sedang menunggu cuti atau membuat persiapan Tahun Baru Cina (CNY) pada 8 & 9 Februari.

Kesibukan saya sebelum ini ialah mengharapkan perancangan bulan Januari berjalan lancar dan di permudahkan Allah terutama pendaftaran anak-anak tadika dan taska. Alhamdulillah semua berjalan baik termasuk memperkenalkan aktiviti tambahan sukan sunnah memanah dan berkuda sebagai sumber kewangan tambahan kepada Smartop.

Penghujung Januari juga menyaksikan Skuad Smartop menganjurkan musafir ke Krabi bersama ahli keluarga dan kenalan daripada Kajang kerana masing-masing belum pernah sampai ke destinasi pelancung negara jiran yang begitu popular.  Tanpa di sedari musafir yang bermula daripada nawaitu memperkenalkan ETS kepada wargamas melangkau ke negara jiran dan semuanya dengan izin Allah berlaku penuh hikmah.

Kerunsingan membawa pelancung yang sama-sama 'buta' sejarah Krabi menyebabkan saya dan suami berdoa semoga semua aktiviti musafir berjalan lancar dan kami menyediakan buku kecil taklimat di sertai check list kepada 20 orang peserta yang berbagai ragam selera namun semuanya akur...alhamdulillah selepas musafir tamat masing-masing merindui pengalaman yang di lalui masyaAllah...ini yang di katakan tak kenal maka tak cinta.

Satu perkara yang saya belajar daripada penganjuran musafir tanpa pengalaman ini ialah jangan panik...berlaku sesuatu kejadian bertenang dan serahkan kepada Allah...Bersegera membuat keputusan dan bersegera memohon maaf. Seorang peserta yang juga teman seperjuangan sewaktu bekerja dahulu mengamati pergerakan saya..."kejap2 arahan...tak dan kawan tu nak makan kena arah..."beliau maksudkan cadangan saya kepada suami untuk mengurus peserta pelancung. Di akhir pelancungan beliau dan isteri memahami kenapa saya bertindak demikian dan mengucapkan jutaan terimakasih kerana berjaya mengatur perjalanan dengan baik.

Rezeki Allah juga saya berkenalan dengan pemandu van pelancung ke Thailand yang pada mulanya sebagai urusan resmi namun selepas musafir kami menjadi sahabat karib. Di mulai dengan beliau menyemak senarai peserta pelancung yang di dalamnya menyebut Dato dan Datin peserta...beliau mungkin mengimbau cara kami memberi layanan kepadanya dengan baik...sekarang suami saya menjadi idolanya. Sekejap sekejap wassap bertanya apa kabar brother kita...he he...lucu...

Tajuk blog AKTIVITI SUNNAH MEMANAH cuba merakamkan kesyukuran kerana kami berjaya merintasi pelbagai persepsi mengenai aktiviti tersebut. Ketika program hampir di tangguh saya fokus untuk mentadabbur konsep 'Taat Rasul' kerana dalam sebuah hadis soheh Bukhari Muslim di sebutkan sabda Rasulullah saw "ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah'  Konsep taat Rasulullah sebaris dengan beriman, beramal soleh bermaksud sebaik mungkin kita sebagai umat yang ingin berjaya wajib mematuhi setiap perentah baginda termasuklah dalam aspek kehidupan yang lain untuk mendapat rahmat Allah (Surah AliImran 132)
Alhamdulillah sambutan untuk program pembuka jalan pada 30 Januari amat memuaskan walaupun banyak pendekatan perlatihan dan keselamatan perlu di beri perhatian. Sebatang busar panah terus meluncur ke perkarangan rumah jiran cina di belakang padang Smartop. Iktibarnya kami akan berusaha mengadakan bidai lapisan kain dalam program akan datang untuk mengelakkan kejadian ini berulang.

Sedikit yang saya dapat kutip kelebihan memanah ialah ia memberi ketenangan sewaktu membedek sasaran menggunakan pandangan mata yang lurus mengarah ke target. Selain menguji kesabaran memanah juga membangkitkan keinginan menjadi yang terbaik dalam mencapai hasrat dan cita-cita. Bagi anak-anak ransangan ini penting agar mereka tidak mudah berputus asa dengan mencuba dan terus mencuba menepati sasaran. Kecantikan postur memanah melibatkan pemusatan (concentration) seluruh anggota badan. 

Jurulatih meransang kaum wanita agar menyertai aktiviti memanah kerana ketara kekurangan peserta wanita dalam beberapa pertandingan yang di sertainya. Lebih ramai coach (jurulatih)  akan cuba di lahirkan daripada team Smartop untuk aktiviti ini di masa depan terutama di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Alhamdulillah melalui penganjuran ini kami telah berkenalan dengan sepasang suami isteri muda yang berminat untuk meneruskan aktiviti dan mempromosikannya di kalangan teman dan rakan seperjuangan mereka. Mudah-mudahan ini memberi ruang yang baik untuk perkembangan aktiviti ini.  Jurulatih juga meminta izin padang Smartop di jadikan tempat pertandingan atau tournment ...alhamdulillah semoga menjadi kenyataan

Tiada perkataan yang lebih tepat untuk saya ungkapkan di saat menyambut tahun baru 2016 kecuali ALHAMDULILLAH ...kerana Skuad Smartop dengan aktiviti melancung dan Sunnah memanah telah MAKE A DIFFERENCE... Saya sering di tanya mengapa datang sejauh Tangkak untuk menguruskan sebuah Tadika...jawabnya TO MAKE A DIFFERENCE..

2 comments:

  1. Alhamdulillah...zaman penghayatan Islam dagang, perlu ada ummah contoh yang membangunkan masyarakat dengan kefahaman Islam yang jelas menepati kehendak Allah dan Rasul..Semoga Allah permudahkan segala urusan team work SmarTop..aamiin

    ReplyDelete