NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, February 18, 2016

WALK IN 2

BismillahirRahmanirRahim

Khamis 18 Februari 2016/ 9 JamadilAwal 1437H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah seminggu berada di luar Tangkak banyak menguruskan perancangan cuti sekolah bulan Mac,antaranya trip kedua ke Krabi bersama wargamas Tangkak pada 11-16 hb nanti. Semakin ramai yang berminat namun pilihan kami hanyalah wargamas yang ingin menimba pengalaman dalam ETS dan kami yang akan bersama mengetuai pakej Sunnah Bermusafir.

Pengalaman dalam trip pertama memberi sedikit sentuhan kerana peserta amat terkesan dengan cara pengendalian yang sentiasa peka dengan kesejahteraan mereka ke tahap mereka bertanya adakah kos yang mereka bayar mencukupi. MasyaAllah...kemudahan dari Allah kerana setiap saat saya mohon Allah permudahkan termasuk menganugerahkan kepada kami akhlak memberi lebih daripada menerima.

Mungkin ramai di kalangan mereka yang berpengalaman mengikut pakej musafir komersial yang sentiasa mementingkan kos itu kos ini. Dalam team kami semuanya pemurah...berhenti sahaja di mana-mana R&R berebut peserta yang akan berbelanja untuk rakan lain...itu kemudahan Allah beri dalam Sunnah bermusafir kerana dalam taklimat kami tekankan agar sentiasa bertaqwa,berwuduk dan galakkan sikap memberi.

Seronok lagi seorang peserta menganjurkan REUNION peserta Krabi 1 di villa indahnya di Kajang pada 14 Mac...dengan makanan yang enak kerana suami isteri adalah Caterer terkenal pelbagai majlis keraian. Alhamdulillah semoga group wassap yang kami ujudkan bermanfaat untuk menjalin silaturrahim berterusan tidak terkecuali seorang pesera berbangsa cina...aamiin.

Sebaik keluar sahaja daripada majlis REUNION anak saya menghatar mesej sebuah resort di Bukit Katil Melaka menawarkan voucer murah tinggal di apartment dua bilik dengan harga RM75 semalam. Mulanya kami menganggap sepi mesej tersebut namun suami saya bertanya tentang kemudahan yang ada di resort.. ..ternyata ada kolam renang untuk cucu-cucu yang tak berkesempatan bercuti Tahun Baru Cina. Terus beliau membelokkan kereta menghala ke Melaka.  Saya terpinga...mana mungkin selepas majlis yang saya berlenggang tangan tanpa sebarang keperluan diri akan bermalam di Resort. Ah..tak pe beli barang perlu di Mydin Air Kroh...jawab suami saya...ini benar-benar WALK IN...Rupanya amalan suami saya keluar rumah membawa bag packnya dengan keperluan asas memudahkan dirinya. Saya mula mencongak banyaknya barang yang saya perlukan ..biasalah perempuan...tidak terkecuali naskah AlQuran..wadduh quran dalam kereta pun tak kelihatan sebab baru sahaja di bawa masuk ke rumah bimbang jarang di baca dalam kereta.

Alhamdulillah terpenuh hajat suami saya memberkan 'holiday' kepada cucunya di Tangkak...banyak juga RM terbang dek keperluan mendesak..iktibarnya setiap keluar rumah pastikan keperluan asas ada dalam sebuah bag kecil kerana sebarang kecemasan boleh berlaku...ini mujurlah yang memudahkan dan dalam keadaan sihat. Tiba-tiba teringat kesulitan saya perlu memasak makanan sendiri...di apartment tidak di benarkan memasak walaupun tuan punya mengizinkan masak. Di restoran hotel wadduh harga melambong tinggi...sebotol sprite harga RM11.

Rezeki lah tuan rumah REUNION membekalkan kami rendang sedap cukup untuk makan malam dengan roti dan anak saya serta cucu pun terpaksa pulang kerana esok isnin sekolah dah dua hari bermula di Johor. Alhamdulillah Allah memudahkan.

Konsep WALK IN mutakhir ini satu fenomena bagi saya dan suami.  Antaranya memanfaatkan setiap detik masa bersama. Dalam umur bonus sekarang kami tidak lama lagi dapat bersama. Suami saya juga suka menjelajah sambil bersolat dimana-mana masjid yang berhampiran...oo sekarang saya faham mengapa dia ada bag pack...bila memasak dan makan bersama di kejauhan..ia suatu yang indah dan barokah.

Keesokannya saya masih berada di apartment dan perlu mempersiapkan keperluan selanjutnya. Kami ke pasar dan ke pasaraya mencari dapur memasak...menjadi sungguh dalam WALKIN kami membekalkan diri siap dengan dapor dan selamatlah sehari lagi di perantauan. Anak dan cucu tidak berkesempatan menyertai hari kedua dan keesokannya kami pulang ke Shah Alam dengan bag yang bertambah...what an experience...a WALK IN experience. 

Terkini dalam kereta sedia ada sebuah bag yang memuatkan keperluan asas untuk bila-bila sahaja kami WALK IN..di mana-mana tempat tanpa bershopping dan menyusahkan orang lain. Saya teringat sewaktu kecil emak saudara sering berkunjung ke rumah dan mereka selesa sahaja tanpa sebarang pakaian kerana akan menggunkan pakaian emak saya dan keperluan asas tidak begitu penting...ubatan kurang daripada zaman sekarang...dan saya pun sewaktu WALK IN kali kedua ini memang tidak berbekal ubatan...balik ke rumah sugar reading 17...kalut juga mengawalnya dengan BERPUASA...rawatan terbaik untuk semua penyakit...Amiin

No comments:

Post a Comment