NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, October 15, 2015

CHECK LIST (SENARAI SEMAK)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Khamis 15 Oktober 2015 / 2 Muharram 1437H

Alhamdulillah lebih sebulan tidak menulis saya dah mula kaku berfikir lebih-lebih bahan bacaan di sekitar yang berlaku kepada negara ini malah seluruh dunia mirip sekali dengan apa yang di gambarkan dalam AlQuran dan Sunnah Rasulullah saw iaitu fenomena akhir zaman yang penuh fitnah dan kerosakan.

Saya pun sudah mula mencari kebenaran hanya dalam Qala AllahuTaala...dan Qala Rasulullah sahaja (merujuk kata-kata Ustaz Bachtiar Nasir daripada Indonesia).

Setiap kata-kata selain dua sumber ini perlu 'tabaiyyun' (di buktikan kebenarannya) kata seorang anak saudara saya yang menjadi penyokong tegar sebuah parti politik negara ini.

Terlalu banyak isu berbangkit selama saya tidak menulis dan saya pun tidak pakar memberi pandangan namun yang paling menyakitkan hati ialah sikap pemimpin negara 'memperbodohkan' rakyat yang seolahnya di cucuk hidung untuk di heret kemana sahaja oleh para pemimpin. Amat benarlah penjelasan AlQuran menceritakan sikap Firaun di zaman Nabi Musa yang menindas dan menzalimi rakyatnya sehingga datang ketetapan Allah menenggelamkannya dan kuncu-kuncunya, nauzubillah.

Tajuk blog kali ini adalah hasil renungan saya sewaktu menguruskan adik lelaki saya yang menderita sakit kesan kencing manis dan buasir yang di abaikan daripada pemeriksaan doktor sejak beberapa lama. Tiga kali beliau di masukkan ke hospital untuk rawatan. Kali pertama di hospital Tangkak beliau meminta di bawakan AlQuran terjemahan. Saya merasa lega dengan sikap dan komitmen adik saya dan berdoa beliau istiqamah berada di jalan yang lurus hingga akhir hayat.

Hospital kedua ialah Hospital Pakar Muar..ternyata quran yang di mintanya sewaktu di Tangkak tidak juga di bawa.  Terfikir saya bahawa anak-anak perlu ada CHECK LIST dalam mengurus ayah mereka. Namun saya tidak bersuara kerana kerenah hospital dan kehendak anak-anak adik saya celaru sedikit.

Rawatan di hospital pakar Muar yang begitu sesak pesakit tidak dapat di terima oleh anak-anak adik saya yang kasihan melihat ayahnya menderita kesakitan. Seorang anak yang kuat berpegang kepada rawatan tradisional ingin ayahnya di bawa pulang sahaja. Pemerhatian saya dalam perkhidmatan perubatan pula ialah tekanan (stress) yang di alami petugas termasuk doktor-doktor pakar perubatan yang keterlaluan kerana ramainya pesakit. Seolah-olah tanggungjawab kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan sebaiknya teruk terjejas dan masih belum mencapai tahap yang di harapkan sebagai negara 'hampir' maju.The whole system dalam kerajaan sekarang seolah kaku tidak memiliki ruh dan semangat 'memberi', masing-masing mementingkan kehendak sendiri. WaAllahualam

Tajuk CHECK LIST juga menyentuh persiapan akhir kita sebagai HAMBA ALLAH di saat ujian datang tanpa di sedari seperti yang di hadapi adik saya. Sebagai seorang yang bekerja sendiri segalanya tanggungjawab beliau dan keluarga sendirian. Di saat berita pemeriksaan awal doktor pakar yang menyebut kemungkinan adik saya mengidap CANCER USUS perkara pertama yang kami sekeluarga fikirkan ialak rawatan kimoterapi yang berpanjangan dan mungkin memerlukan kos yang tinggi. 

Respond adik saya menginsafkan juga kerana beliau tidak pernah di rawat di hospital dan ada sedikit phobia mendengar kajian doktor yang menyatakan bacaan gula dalam darah beliau amat tinggi. Keadaan isterinya yang kini mengidap penyakit kencing manis yang serious juga menakutkan beliau lantas pelbagai 'wasiat' di sampaikannya kepada anak-anak dan adik beradik yang lain (saya dan suami terkecuali entah mengapa)

Hospital ketiga yang adik saya mendapat rawatan ialah hospital swasta Pantai di Melaka. Keadaan beliau yang amat tenat sehingga tidak dapat tidur menyebabkan salah seorang adik saya membuat keputusan menghatarnya kesana. Ketetapan di capai adik beradik berkongsi kos perubatan dan saya selaku penyelarasnya. Bil hari pertama mencicah lebih RM 5 Ribu amat membimbangkan saya dan usaha di cuba sedayanya menghubungi ahli keluarga untuk memberi sumbangan.  

Terdetik di sudut hati saya bahawa menjelang tahun baru Hijrah dua hari lagi (adik saya di masukkan ke Hospital Pantai Sabtu 10 Oktober /28 Zulhijjah) inilah 'bucket list ' keluarga kami untuk memulakan komitmen berkorban, berinfaq dan bersilaturrahim. Pagi Isnin 12 Oktober kami bersepakat menemui doktor yang merawat adik saya dan betapa leganya kami setelah doktor menjelaskan kesakitan yang adik saya alami adalah kesan bisul di kawasan buasirnya yang perlu di operate serta merta. Kesan cancer ternyata negative (tiada) kerana ujian kamera ke dalam usus tidak mendapati sebarang jangkitan. Doktor juga menyatakan adik saya boleh pulang kerumah keesokannya.

Alhamdulillah di saat akhir jumlah bil dapat di jelaskan dengan selesa dan sedikit baki sumbangan di serahkan kepada anak adik saya untuk merawat dan menjaga terus ayahnya yang di kesan juga 'undernourished' (kekurangan zat) berikutan beliau sukar membuang air besar dan kurang berselera makan hampir dua minggu sebelum menerima rawatan.

CHECK LIST membuat saya merenung lagi di sudut hati saya peristiwa mengendalikan pesakit yang di anggap 'kronik' juga ke tahap saya banyak berdoa dan berserah kepada Allah membantu kami adik beradik memberi sumbangan IKHLAS. Sambil menyaksikan sebuah potongan video kisah tentera AlQassam di Gaza yang bersiap untuk berjihad dan syahid saya mengaitkan dengan cara fikir insan kerdil yang penuh kelemahan seperti diri saya. 

Tentera AlQassam siap menyemak keperluan perang...bekalan, senapang,peluru...tetapi masih berkurangan...apa lagi...lantas beliau menyorot ke HATInya samada siap untuk berjihad KERANA ALLAH..Ternyata ada keraguan...belum beres. Tentera AlQassam membatalkan penyertaanya ke medan jihad dan kembali MEMPERSIAPKAN  HATI dengan solat berjemaah,solat malam,zikir dan istighfar waktu subuh,bacaan AlQuraan dan solat sunat yang lain....MasyaAllah begitu rupanya medan juang.

Bukankah semua insan sedang berada di medan juang selagi belum bertemu Allah...saya insaf dan pasrah bahawa CHECK LIST sebenarnya adalah menyemak sudut hati samada bersiap siaga melakukan semua aktiviti KERANA ALLAH..caranya ialah melakukan kerja ketaatan yang amat serius sekali bermotokan hidup berpaksikan akhirat tanpa meninggalkan tanggungjawab di dunia bukan sebaliknya.

Kata-kata akhir saya kepada adik saya sebelum beliau discharge daripada hospital...jaga solat berjemaah dengan masyarakat terdekat...kerana difahamkan beliau di pengaruhi sebuah 'jemaah' nun jauh di Muar...yang menyifatkan diri mereka 'suci' dan pelbagai sikap yang menyerupai ajaran sesat. Hikmah sakit beliau rupanya untuk beliau sendiri merenung bahawa di saat beliau sakit tidak ada seorang pun ahli 'jemaah' menjenguk...apatah memberi sumbangan sedangkan beliau sering di katakan menyumbang kewangan yang bukan sedikit sebelum ini kepada jemaah tersebut.

CHECKLIST (SENARAI SEMAK) tajuk blog saya kali ini memang penuh keinsafan dan renungan bahawa sentiasalah kita bermuhasabah di saat kita merasa sesuatu yang pelik atau kurang enak. Hati perlu di 'HIDUPKAN' dengan ruh yang dapat menyelamatkan kita hidup di dunia dan akhirat.

Disaat akhir wang terkumpul untuk membayar bil perubatan, saya mengucap syukur kerana ternyata PERTOLONGAN ALLAH AMAT DEKAT..satu pengalaman yang sukar saya ungkapkan semoga ia menjadi iktibar kepada semua insyaAllah, Kepada yang memberi sumbangan IKHLAS saya yakin Allah mengganjarinya dengan baik aamiin.

No comments:

Post a Comment