NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, September 11, 2015

I CANNOT HEAR YOU

Assalamualaikum 
Jumaat 11 September 2015/26 Zulkaedah 1436H

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang tidak menjadikan saya bosan menulis setelah begitu lama memeram perasaan di sertai gigi yang merengek kesakitan. Alhamdulillah juga rawatan dan rehat memulihkan semula gigi yang di makan usia semoga dapat bertahan hingga ke akhir hayat insyaAllah,aamiin.

Pencetus tulisan kali ini adalah satu maklumat yang saya terima melalui telegram mengenai kisah lucu sebuah filem Hindi yang menggambarkan karenah pilihan raya di India yang di tandingi peribadi Ghost/Hantu. Yang lucu namun tersentuh juga ialah calun hantu tidak betah di bunuh lantas seorang remaja men jadi galang ganti sebagai mangsa semata-mata untuk menghalang calun bertanding dan memenangi pilihan raya.

Pembaharuan calun Hantu adalah melalui menggerakkan semua pengundi keluar mengundi supaya SUARA MEREKA DAPAT DI DENGAR untuk mengubah sistem pemerintahan yang penuh penipuan dan penindasan. Gerakan tersebut mengakibatkan sesiapa yang tidak mendaftar untuk mengundi  mendapat reaksi negatif tidak mendapat layanan dengan kata-kata I CANNOT HEAR YOU.

Senario yang tidak banyak beza daripada rakyat Malaysia yang telah bosan dengan kaenah politik NONSENSE sehingga ada yang tidak ambil kisah tentang apa yang berlaku, siapa calun yang memimpin mereka...semuanya SAMA sahaja.

Terkesan juga saya dengan beberapa prinsip dalam filem tersebut kerana hari ini Malaysia berhadapan dengan lalinya seorang pemimpin yang tuli setuli-tulinya sehingga beliau pula yang memakai prinsip I CANNOT HEAR YOU (RAKYAT). Berhimpunlah BERSIH 4 ke 5 ke tidak sedikit pun terkesan sifat seorang pemimpin yang setaraf dengan Idi Amin dari Uganda satu ketika dahulu (1971-79)...sehingga Time Magazine membuat komen 'It takes God to stop him' maksudnya dia mati dalam buangan setelah tidak di redhai rakyat. Kalau di teliti maksud sebuah hadis seorang pemimpin yang di benci rakyat (yang beriman)...haram baginya syurga...Nauzubillah.

Terlalu merebak berbagai persepsi, fitnah dan pandangan malah tuduh menuduh sepanjang kemelut politik di negara ini saya jadi lemas malah ada dikalangan rakan teman dan ahli keluarga yang bertegang leher memihak kepada sesuatu aliran atau pandangan. Ujian ketidak teraturnya sistem pemerintahan yang berlandaskan materialistik atau keduniaan semata memerlukan jiwa-jiwa yang terlibat bermuhasabah dan merenung untuk apa sebenarnya perjuangan dan matlamat hidup ini akhirnya,

Kemimbangan saya dan ramai lagi manusia yang menghuni bumi Allah bernama Malaysia ini ialah keberkatan yang kian menipis di mana-mana. Ramai yang di berhentikan kerja, kos sara hidup meningkat, korupsi tahap tak terbendung dan akhlak kian luntur di semua peringkat kecuali yang percaya mereka berTuhan dan akan berdiri di hadapan Allah untuk menjawab setiap perlakuan sepanjang di beri amanah kehidupan.

I CANNOT HEAR YOU...merupakan sikap nafsi nafsi masakini yang berlaku di mana-mana kerana perbuatan dan perlakuan seseorang lebih ketara memekakan sesiapa yang melihat mereka. Inilah yang di namakan WATAK ATAU PERIBADI seseorang yang tidak dapat di lindungi oleh sejuta alasan...

Dalam kemelut ini saya menasihatkan diri saya dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini satu sahaja harapan untuk memulihkan suasana dan keadaan iaitu BERTAUBAT...Kembalilah mengaku bahawa sebagai HAMBA ALLAH kita perlukan bimbingan dan hidayah untuk melangkah kehadapan, antaranya merenung kebesaran Allah di sekitar kita, belajar daripada peristiwa silam dan mentaati wahyu Ilahi yang di turunkan melalui alQuran dan contoh Rasulullah saw serta para Rasul yang membimbing umat sejak bermulanya penciptaan. Tidak ada pilihan selain itu sahaja. WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment