NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, August 17, 2015

DEAD END- JALAN BUNTU (MATI)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Isnin 3 Ogos 2015 / 18 Syawal 1436H di sambung 17 Ogos

Alhamdulillah...bulan Syawal terus berlalu...sama dengan bergilirrnya malam dan siang sebagai tanda kebesaran Allah  yang di perhati oleh ULILALBAB...manusia yang berfikir(mafhum Surah AliImran 190)

Nun di persada pemerintahan sebuah negara yang saya mimpikan menjadi negeri barokah satu ketika dahulu seseorang sedang menuju DEAD END -JALAN MATI semacam Firaun cuba berdalih itu ini ketika berdialog dengan Nabi Musa.  Namun Nabi Musa tetap dengan Tuhanku dan Tuhanmu Allah...semoga Allah memberi jalan keluar yang segera dalam kemelut kegilaan yang melanda Malaysia hari ini. Kegilaan yang berpunca daripada syubahat dan syahawat...mainan syaitan.

Ibrah dan iktibar yang Allah tunjukkan dalam peristiwa malang di Malaysia ialah manusia tidak suka belajar daripada tiga sumber hidayah iaitu merenung dan mensyukuri keadaan dan kejadian sekitar,menoleh dan belajar daripada pengalaman orang terdahulu dan tidak sudi mengambil peringatan Alquran. Tanpa sumber ini manusia terumbang ambing di dorong nafsu dalam pelbagai bentuk- yang ketara di Malaysia CASH IS KING.  Wang ringgit telah di pertuhankan lantas seluruh negara berkecamuk di buatnya.

Tajuk DEAD END senghaja saya bawa dalam blog kali ini sebagai peringatan pada diri saya juga bahawa pusing ikut mana pun manusia memang terperangkap dengan kesudahan yang pasti iaitu MENGADAP ALLAH BERSENDIRIAN... Mungkin di dunia kita diulit kuasa dan kemampuan pelbagai untuk lari daripada masalah dan kemelut namun di hadapan Allah Tuhan Hari Pembalasan tidak ada lagi daleh,mulut terkunci,yang berkata-kata anggota lain yang di paksa bersengkongkol dengan pelbagai kejahatan, nauzub illah.
di situlah DEAD END atau JALAN MATI yang perlu di geruni bagi mereka yang beriman dengan Hari Pembalasan.

Hampir dua minggu saya dilanda kesibukan yang bukan sedikit cuba menguruskan Hari Terbuka Aidilfitri Smartop 8 Ogos. Alhamdulillah beres. Sebelum itu saya meninjau tawaran seorang kawan menjadi agen jualan barangan Household cadar dan towel berkualiti sebagai menambah dana Smartop. Mutakhir ini saya mungkin terpaksa menyerahkan kepada orang yang lebih mahir dan mampu menguruskannya. 

Satu iktibar saya menziarahi seorang kawan yang akan menunaikan fardu haji dan sempat ke flatnya di  Sg Besi kawasan padat dan tersibuk di Bandaraya KL.  Sayup flat 18 tingkat di diami pelbagai bangsa namun tidak hairan jika persekitaran kurang bersih dan kemudahan lif yang menguji kesabaran. Kawan saya dan isterinya duduk di tingkat 5,adik iparnya yang di potong kaki kesan penyakit kencing manis tinggal di tingkat 3. 

Siapa kata hidup di badaraya dan zaman moden IT dengan segala kecanggihan menarik...adduhh..terkenangkan Tangkak rumah yang masih berkawasan bertanah,udara masih segar, penduduk yang di ulit ketenangan... saya melihat tekanan manusia di bandaraya sulit sekali.Mudah marah,kurang senyum...kecuali Pak Mat yang kudung kaki akibat kencing manis. Cara beliau bercerita kisah sehariannya menarik sekali.  
    
Kak Su (isteri Pak Mat) sudah hampir dua tahun sakit urat saraf tidak boleh bercakap dan bergerak...PakMat memulakan cerita. Tiga bulan duduk hospital daripada icu, ccu dan wad biasa. Pak Mat dengan kerusi roda berenjin kecil berulang ke hospital menjaga Kak Su.. tak susah ehh...dah biasa tak berkaki diamenyambung kisah. Bergerak di rumah menggunakan skate board buatan kawan...seronok katanya. Sekarang kak Su dah boleh makan dalam segengam nasi...dan mula kepingin makanan sedap,kuih apam balik dan macam-macam katanya. Pak Mat nanti keluar rumah naik kerusi roda masuk lif turun berbelanja...balik memasak...kemas rumah basuh baju.

Terkebil-kebil saya membayangkan Pak Mat dengan kaki sebelahnya macam LIPAS KUDUNG bergerak dalam rumah flat tiga bilik menggunakan skate board...Ya Allah keredhaan Pak Mat mengajar saya selagi nyawa di izin Allah...belum DEAD END .... yang perlu KEIKHLASAN, KEJUJURAN,KASIH SAYANG.

Begitulah manusia kerdil tidak ada kelebihan selain akhlak yang di contohkan Rasulullah saw mendidik umatnya agar berusaha, bersabar,berdoa dan BERTAUBAT... supaya di buka pintu kemudahan segala urusan. 

Sepanjang perjalanan pulang menziarahi Pak Mat saya dan suami diam seribu bahasa mentaddabur peristiwa gigih seorang suami mithali pada sayalah...keceriaannya yang spontan mengingatkan saya bahawa di sudut hati manusia ini ada satu unsur FITRAH INSANI yang akan melakukan sesuatu dengan relahati dan suci bak cerita seorang wanita penzina kaum Bani Israel yang terkesan dengan kehausan seekor anjing. Dia turun ke sumur mengambil air menggunakan cebisan kain dan kasut agar anjing tidak mati kehausan. Perit jerihnya dinukilkan sebagai mendapat KEAMPUNAN Allah...SubhanaAllah...kita tidak tahu amal kecil kita yang mana Allah redho dan memberi kita ganjaran terbesar iaitu PENGAMPUNAN DAN SYURGANYA. Apatah lagi mereka yang dianugerah Allah di ulit amal soleh siang malam... pasti akan mendapat ganjaran lagi besar jika SEPONTAN IKHLAS menyahut fitrah insan yang di bekalkan Allah sejak azali. WaAllahualam

No comments:

Post a Comment