NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, July 27, 2015

ORANG BESAR-WAWASAN AKHIRAT

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Sabtu 25 Julai 2015 /8 Syawal 1436H di sambung Isnin 27 Julai

Alhamdulillah telah lebih seminggu Syawal dilalui, pelbagai kisah di terokai.

Di antara tetamu yang datang berziarah ke rumah, saya menerima kehadiran seorang anak angkat yang pernah tinggal di rumah saya waktu beliau belajar.  Kini punya 5 orang anak dua daripadanya sedang belajar di perantauan di sebuah pesentren negara jiran. Kisah bagaimana suaminya terkesan dengan kalimah ORANG BESAR... (orang yang sanggup menginfaqkan ilmu, masa dan keringat semata untuk deen (agama) lslam yang mulia di sisi Allah).

Konsep yang amat asing daripada nilai masakini yang melihat ORANG BESAR punya segalanya besar termasuk DOSA ..HUTANG  DAN PECAH AMANAH. Di taqdirkan Malaysia terpampang dengan nilai ORANG BESAR yang meresahkan semua orang namun masih belum dapat di cari penyelesaian. Viral fitnah berlelusa tidak dapat di bendung lagi. Isu lain untuk mengalihkan fokus mula ditimbulkan merata antaranya pepecahan ummah dan masalah perkauman.

Senario kepimpinan tertinggi di Malaysia telah merosot ketahap minus amat menyakitkan kerana kesannya meluas sekali terhadap nilai matawang dan pelaburan luar. Bagi orang awam yang menerima kesan kenaikan harga dan kos yang melambung tinggi mnurunkan taraf kemajuan hidup ke peringkat 'daruriat' iaitu manjaga makan minum tempat tinggal sahaja...yang tergadai ialah bidang memurnikan ilmu, kebudayaan dan akhlak kerana masing-masing tidak punya masa untuk semua itu.

Tajuk WAWASAN AKHIRAT tercetus sewaktu cuti hari raya cucu-cucu bermain satu permainan soal jawab yang di namakan WAWASAN 2020. Memikirkan umat lslam baru selesai menyempurnakan ibadah Ramadhan saya terus menukar tajuk bahawa kita akan buat soalan WAWASAN AKHIRAT. Daripada berkerut memikirkan nama pemimpin Malaysia yang bermasalah lebih baik fikirkan nama abadi orang-orang soleh yang banyak berjasa kepada umat lslam teutama Nabi Muhammad saw ikutan kita. 

Respond yang baik di kalangan cucu yang turut meraih 'duit raya' membuatkan saya serius juga mentaddabur betapa kita telah di jauhkan daripada matlamat hidup sebenar hanya dengan perkataan WAWASAN 2020... sewaktu di perkenalkan oleh Tun Mahathir tidak ramai yang bertanya 'what's next?'. Makin kurang yang bertanya 'what if we die?' nak bawa bekalan apa?

WAWASAN AKHIRAT bermula dengan menjadi ORANG BESAR iaitu konep mewakafkan semua deria insan untuk membesarkan Allah dan mencari ridhaNya sahaja kerana semua sumber persiapan dan kemampuan segala macam adalah anugerah Allah yang harus di terjemahkan dengan penuh keikhlasan untuk mendapat ganjaran terbaik daripadaNya sahaja,  Mungkin saya bercakap semacam sufism namun hakikatnya kita insan kerdil tidak punya sekelumit apa pun hak dan harta kalau bukan dengan izin Allah.

ORANG BESAR perlu di didik berjiwa berani melangkah ke hadapan sekalipun orang lain masih tercari-cari panduan. Keberanian datang daripaada anugerah Allah bermula daripada akidah yang matap tanpa ragu. Anak angkat saya yang menghantar anaknya di pesentren sedang memulakan proses menahan hati agar tidak kecundang memikirkan anak-anak di perantauan menghadapi sedikit kesulitan untuk berakhlak 'qanaah' tidak bermewah macam anak orang lain. Namun ganjarannya anak yang baru 3 bulan di perantauan telah fasih berbahasa Arab dan Inggeris kerana suasana di pesenteran moden menggunakan pelbagai bahasa, yang utama 3 bahasa Indonesia, Inggeris dan Arab.

Saya mengimbau masa ramaja saya bersama keluarga yang besar dan bersekolah nun jauh di bandar Muar. Kesulitan bangun awal pagi dan pulang tengahari bergegas ke sekolah agama berjalan kaki mengajar saya apa yang perlu di utamakan sekalipun bab bersolat kurang di tekankan zaman itu.  Andainya ibu bapa saya terfikir menghantar saya belajar jauh mungkin saya telah jadi ORANG BESAR kerana berjiwa tahan lasak...WaAllahualam.

Namun saya berpengalaman menghantar seorang cucu yang berpotensi menguasai berbagai ilmu di sebuah sekolah ala pesentren moden. Malangnya JIWA agak terganggu kerana sering membandingkan anak orang lain yang selalu berkunjung saudara mara, makan sedap dan berpakaian moden...doa saya cucu saya ini masih ada sedikit kenangan manis bersama teman-teman yang kini ramai yang menyambung pengajian di luar negara.  

Berbalik tentang anak angkat saya yang jitu akan terus menghantar anak-anak ke perantauan mereka berpandangan ORANG BESAR zaman berzaman memang memilih guru untuk mendidik anak-anak mereka terutama pengalaman hidup yang mendahulukan Allah dan meyakini perjalanan hidup Rasulullah saw,menguasai tradisi ilmu bersanad (memastikan ilmu yang di ajar bersambung kepada Rasulullah saw dan para sahabat ajamain). Saya akur tentang ini kerana mendengar kisah Shaikh Hamzah Yusuf di umur awal 20an pun cukup untuk saya merasakan pentingnya kita 'bertemu lutut' dengan ORANG BESAR yang ikhlas menginfaqkan segalanya untuk Allah...bukan berbangga 'rubbing shoulders' di kalangan ORANG BESAR masakini yang makin memualkan akhlak mereka.

Tradisi bangsa Inggeris turut melepaskan anak-anak mereka di ajar oleh golongan penglima dan orang besar mereka sekalipun bukan bertujuan mendapat redha Allah,maksudnya mereka di pisahkan daripada keluarga untuk menguasai kemahiran hidup yang menjadikan mereka BERJIWA BESAR bila dewasa. 

ORANG BESAR sebenarnya adalah besar di sisi Allah bukan orang yang di dewa dewakan  asal usul mereka. Masalah hari ini adalah kekeliruan mentafsirkan setiap kalimah yang menjadikan berbagai konsep jadi terbalik. Saya dapat maklumat seorang yang membuat tuntutan agar isu negara di bentangkan secara telus telah di gantung pasport perjalanan serta keanggotaan PAC (Public account Committee) kerana di katakan TIDAK TELUS... anak-anak yang belajar Bahasa Malaysia hari ini terus confused dan terpaksa merujuk banyak sumber untuk mengetahi makna sebenar sebuah kalimah...wadduh...berat kes ni

Terkini saya komit untuk menjadikan WAWASAN AKHIRAT sebuah realiti pada diri saya dan orang sekitar kerana saya yakin ia merupakan jalan pintas menjadi ORANG BESAR...dalam solat pun kita berjanji sesungguhnya solatku..,hidup matiku.. adalah kerana Allah...mana mungkin kita akan tersasar mencari matlamat selain Allah yang menjadikan kita dan segala nikmat sepanjang hidup kita. waallahualam.

No comments:

Post a Comment