NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, January 1, 2015

SENTAP

Assalamualaikum

Khamis 1  Januari 2015/ 10 Rabiulawal 1436


Alhamdulillah dunia terus melangkah ke tahun baru tanpa menoleh ke belakang. Ini lah sifat masa yang meluru kehadapan meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis yang di harungi sepanjang tahun berlalu 2014.

Seingat saya tahun 2014 adalah tahun pasrah pada saya kerana Smartop melangkah ke tahun kedua dalam tahun 2014 dengan menerima apa sahaja yang di ajukan termasuk pengambilan petugas yang berbagai cita rasa semata-mata untuk menyesuaikan kemampuan yang ada. Lupakanlah berbahasa pengantar Bahasa Inggeris dan susupan bahasa mandarin pun terus malap setelah perginya petugas tempatan berbangsa cina menjawat jawatan seorang Farmasi. Bahasa Arab dan aktiviti kompang turut longlai apabila guru khusus melahirkan anak keempatnya.

Tahun pertama Parent Support Group (PSG) berperanan di Smartop dan alhamdulillah potensi amat baik untuk di teruskan menjalin hubungan silaturahim dengan ibu bapa. Kutipan jariah di lancarkan namun tidak serancak yang di rancang kerana hasilnya cukup untuk merawat padang dan membaikpulih bangunan sekadarnya. Fokus yang lebih di Tangkak mengakibatkan hubungan saya dengan kariah di Shah Alam kian longgar sekalipun maklumat Wassap dan telegram terus berfungsi. Urusan di Langkawi agak kabur kerana Langkawi Lite di jadikan Restoran terapong di chalet terapong. Penglibatan di Situwangi Islamic Boarding School (SIBS) terus terhenti sepanjang tahun 2014.

Maksud saya menyebutkan rentetan peristiwa ini adalah untuk mengingatkan kelemahan diri yang tidak mampu menguasai natijah apa yang di rancangkan. Namun saya tidak merasa sebarang kesulitan menerima apa yang di takdirkan kerana tidak pernah rugi jika semua dinawaitukan untuk mencari redho Allah. Malah kesyukuran yang tinggi kepada Allah kerana saya mendapat bantuan suami dan teman yang menyokong hasrat melibatkan diri dengan sistem pendidikan IHES (Integrated and Holistic Education System) walau sekelumit pun ia di terapkan di SIBS dan di Smartop.

Tajuk blog saya cuba membawa konsep SENTAP bermaksud kejutan yang berlaku mutakhir ini. Meninjau sekitar trajedi BANJIR di Kelantan dan beberapa negeri satu yang ketara ialah berlakunya musibah dengan cepat sekali seolah nyawa di SENTAP dari jasad. Sekelipmata harta benda di hanyut air dan masing-masing hanya menyelamatkan nyawa semampu mungkin. Ada pemerhatian yang mengiktibarkan kejadian banjir sebagai satu peringatan huru hara di akhirat kerana yang jelas masing-masig membawa diri dari bahaya di SENTAP banjir yang tidak terkawal.

Menjelang hari Natal 25 Disember nyawa 155 penumpang pesawat Air Asia di SENTAP dalam trajedi kemalangan kapalterbang di udara Belitung. Saya mendengar rakaman blackbox dan dapat di bayangkan begitu laju pesawat menjunam ke dasar lautan tidak ada masa kecuali menyebut kalimah AllahuAkbar!!

Semoga tajuk blog pembuka tirai tahun 2015 tidak begitu pessimis kepada saya dan keluarga atau sesiapa sahaja yang membacanya.  Sepanjang saya memikirkan menulis blog ini saya mendengar ceramah seorang lagi Shaikh daripada Amerika bernama Umar Faruq Abd Allah yang memeluk agama lslam sejak tahun 1970. Kupasan tenangnya tentang hati yang salim (sihat) ialah merasa hiba apabila musibah menimpa orang lain dan tumpang gembira jika orang lain mendapat kebaikan.Selain daripada perasaan itu adalah petanda hati yang tidak sihat. Pada dasarnya memang terhiris hati melihat musbah yang menimpa mangsa banjir. Setakat terdaya saya sempat mengirim sumbangan melalui anak saudara yang kembali bertugas di hospital Kubang Kerian. Beliau dan suaminya tersekat di Kuala Krai dan terpaksa tidur dalam kereta waktu malam kerana air masih belum surut. Beliau melaporkan suasana gelap kerana tiada letrik dan suara tangisan anak-anak kecil bersahutan dengan hiba dek kelaparan. Jika adalah mana-mana pihak yang mengabaikan penderitaan rakyat dan melewatkan bantuan saya yakin itu adalah satu kezaliman.

Apa pun 'aftermath' atau fasa selepas kejadian sedang di alami sekarang,antaranya penyakit berjangkit, kekurangan air bersih dan kerja pembersihan dan pemulihan kerosakan rumah, hartabenda dan ternakan.  Semuanya mengambil masa. Bantuan dariapda segala ceruk sedang dihantar semoga menjadi amal soleh mereka yang terlibat dalam jihad ini. Aamiin.

No comments:

Post a Comment