NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, December 23, 2014

THOHARAH WA KAFARAH (PEMBERSIHAN ATAU PENGHAPUS DOSA)

Assaalamualaikum

Selasa 23 Disember 2014/ 2 RabiulAwal 1436H

Sewaktu saya menulis blog ini situasi banjir di negeri Kelantan kian memburuk. Sebuah kampong di Gua Musang di tenggelami air. Maklumat wassp bertubi masuk tentang kisah banjir di pantai timur yang sudah lama tidak berlaku. Ada yang menyatakan bahawa ini musibah sedangkan semua kejadian yang Allah tentukan adalah untuk peringatan dan kebaikan manusia, tidak ada yang sia-sia apatah lagi yang memberi mudarat kepada kesudahan makhlukNya.


THOHARAH WA KAFARAH  tajuk blog kali ini cuba mengimbau sejauh mana kafahaman kita terhadap semua takdir dan perancangan Allah dalam kehidupan manusia. Apabila manusia di ciptakan untuk mengenal Tuhannya, menunaikan amanahNya dan menjadi khalifahNya adakah kita telah benar-benar memahami tugas tesebut atau kita sentiasa dalam auto mood (istilah Shaikh Hamzah Yusuf) melakukan sebarang tugas mengikut rutin tanpa sedar akan tiga tugas penting tadi. Malah kita sering menjadi pak turut melakukan semua kesilapan generasi dulu dan sekarang atas alasan kita hanyalah MANGSA keadaan tanpa kemampuan mengubahnya.

Mengenal Allah yang bersifat Kasih Sayang serta Pemurah akan meletakkan kita sentiasa sedar bahawa di sekitar kita ada maklumat untuk di ambil iktibar memperbetulkan kelemahan dan kesilapan kita sebagai insan ciptaanNya yang serba lemah dan berkeluh kesah. Kelemahan inilah yang perlu di perkuatkan dengan mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya. Bukan sekadar melakukan solat auto pilot atau ibadah lain sebagai rutin yang tidak ada ruh tetapi sebagai asas perhambaan yang jelas bahawa kita adalah HAMBA TUHAN MAHA PEMURAH (IBADURRAHMAN). Dalam surah AlFurqan 63-74 tersenarai sifat-sifat HAMBA ALLAH :

 Berjalan di bumi dengan sopan (tidak sombong)
 Tekun beribadat (sujud dan berdiri) di malam hari
 Berdoa agar di sisihkan dari azab neraka
 Membelanjakan harta tidak boros dan tidak juga bakhil
 Tidak syirik atau menyembah yang lain kecuali Allah
 Tidak membunuh jiwa manusia
 Tidak berzina
 Bertaubat, beriman dan beramal soleh
 Tidak hadir tempat-tempat maksiat dan terlarang
 Ketika di nasihati tunduk mendengar peringatan Alquran
 Berdoa untuk memperoleh ahli keluarga bertaqwa

 Membaca senarai sifat hamba tidaklah sesukar melaksanakannya kerana pelaksanaan memerlukan keakraban dengan Allah,sering membaca KitabNya (AlQuran) dan bersama orang-orang soleh. Ia berkaitan dengan pendidikan jiwa yang memerlukan tiga unsur penting MANHAJ (PROGRAM), KHUDWAH (CONTOH) dan BIAH SOLEHAH (PERSEKITARAN YANG BAIK)

Sepanjang musim cuti sekolah ramai yang memikirkan cuti-cuti Malaysia. Janji untuk membawa anak cucu ke Langkawi belum kesampaian . Semoga Allah meredhai usaha kami yang cuba memakmurkan Smartop kerana apabila kami berazam...bertawakkal. Ketiga-tiga orang bekas pegawai kerajaan yang terlibat dalam progam institusi pra sekolah Smartop Subur Fitrah berusaha semampu mungkin atas nama lslam yang amat kami kasihi. Demi Allah yang Maha Pemurah kami tidak merasa susah dan sempit walaupun PERLU MERANCANG DENGAN BAIK sumber yang ada. Malah kami akan sepi tanpa projek ini seolah menunggu kematian yang pasti.

THOHARAH WA KAFARAH sentiasa bermain dalam minda saya setiap menerima ujian kerana saya yakin saya punya Allah yang Maha Pengasih, Penyayang, Pemurah dan segala sifat ihsan yang saya perlukan. Ini memungkinkan urusan saya dapat berjalan dengan tenang sekalipun saya insaf bila-bila masa saja Allah akan menjemput saya dan suami kepangkuanNya. Kalau ujian berkaitan perasaan ia pembersihan daripada sifat zalim dan hasad, Jika ujian berkaitan kehilangan sesuatu Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik insyaAllah.

Anak-anak cucu yang sempat bersama mengikut beberapa aktiviti di Damai Laut memberi peluang kami menggembirakan mereka sementara di Tangkak kami hanya mampu membantu keperluan apa yang patut.. Saya dan suami hanya mendoakan sifat-sifat IBADURRAHMAN akan menghias kami semua semoga bertemu di jannah insyaAllah.

 Proses pembersihan hati dan Penghapus dosa yang merupakan dua anugerah Allah dalam setiap penentuanNya boleh menjadikan seseorang itu insaf bahawa tidak semua hajat hatinya akan tercapai. Progam yang di atur untuk saya ke Sarawak penuh hikmah bila terbatal kerana minda saya terfokus menyantuni Smartop yang serba kekurangan. Zalim kiranya saya ke Sarawak separuh fokus kerana urusan Smartop perlu diselesaikan. Penangguhan ini walaupun menganggu pertemuan saya dengan seorang pembantu yang lama tak bertemu merupakan pembersihan hati kerana jika saya berhasrat untuk infaq berbagai cara boleh saya lakukan.

Apa pun diumur senja ini saya lebih selesa menyerahkan 'baton' larian kepada mereka yang mampu dan lebih layak. Semoga Allah merahmati. Doa saya kepada  mereka  yang menyambut baton itu berlapang dada dan berfikiran terbuka bahawa kita adalah hamba Allah yang kerdil tidak ada apa kelebihanpun hanya perlu tunduk dan patuh, redha menerima dan menyantuni insan-insan yang mencari hidayah. SEMUA lapisan masyarakat  berhak mendapat hidayah dan taufiq dari Allah. Semua berhak dibimbing menuju redha Allah. .Semoga SmarTop kelak  akan menjadi medan amal yang menjalinkan ukhuwwah  semua golongan kerana  mengharapkan  redha Allah semata-mata. Semua NGO Islam ada kelebihan yang perlu disatukan dan kekurangan yang perlu kita saling melengkapinya agar  generasi pewaris kita  semua dapat  merasai nikmat iman dan ukhuwwah hingga ke syurga-NYA

Ini juga sifat yang di tegur oleh Shaikh Hamzah bila sifat 'sectarian' atau berpuak-puak menyebabkan perpecahan dan hukum menghukum sedangkan umat beriman hanya bertuhankan Allah yang satu. Kesabaran juga perlu kerana cita-cita kami awalnya berteraskan IHES kini digabung dengan modul Little Abd agar tercerna kefahaman yang lebih utuh membangunkan potensi anak-anak dan membimbing akhlak mulia.

IHES terbukti melahirkan pemimpin boleh berbahasa lebih daripada empat bahasa asas (english, arabic, bah malaysia dan mandarin), menguasai bahasa Jepun, German,Perancis dan Sepanyul; mendapat ijazah di umur muda dan berakhlak 'loving Abd'. Mudah-mudahan Smartop menjadi pembuka minda anak-anak yang kami santuni.

Keselesaan menulis blog agak terganggu kerana saya 'kehilangan' lap top. Rupanya sering berpergian menyebabkan salah satu beg yang berisi lap top tertinggal.  Semoga hasrat saya menulis sebagai ibadah tidak terhalang. Maksud menulis kerana Allah ialah terlalu banyak nikmat Allah nak di ungkapkan, biarlah sebahagiannya tercetak dalam blog, Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment