NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, January 28, 2015

CARA BERSIKAP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rabu 28 Januari 2015/ 6 RabiulAkhir 1436H


Alhamdulillah keinginan menulis muncul semula setelah hampir sebulan saya 'contemplating' (perkataan lucu bersama teman satu ketika dahulu yang pertama kali beliau mendengar perkataan ini...'terpelanting' katanya) apa yang saya ingin fokus di umur senja atas senja ini (umur 63 tahun had umur manusia selepas itu bonus atas bonus). Yang terngiang di minda adalah kata-kata Nouman Khan...i don't care whether you are 7 years or 70 years old...learning Arabic is a must....Di tambah pula dengan kefasihan Shaikh Hamzah Yusuf menguasai alQuran dan bahasa arab...saya tidak boleh menafikan naluri dan fitrah ingin berjalan di atas jalan yang sama walaupun nun jauh tertinggal di belakang.

Keputusan di buat bahawa saya akan menyambung langkah longlai yang tertinggal menghadiri usrah dan pengajian bahasa arab yang dua tahun menyepi di sudut hati.  Setiap hari Selasa saya akan balik ke Shah Alam kerana pada malamnya ada usrah dan kembali ke Tangkak petang Khamis setelah selsai pengajian bahasa arab paginya. Kos pulang balik berkereta RM200 (20 kali ganda) berbanding menaiki bas express ( harga tiket wargamas ke KL RM10). Namun di umur senja apalah erti wang ringgit jika tidak di manfaatkan untuk tujuan manusia di ciptakan-mengenal Allah dan beribadah setiap saat.

Tajuk blog saya kali ini ingin menyentuh  bagaimana CARA BERSIKAP atau menganggap sesuatu isu. Ia banyak kaitannya dengan cara pandang seseorang yang terpengaruh dengan ilmu yang dikuasai serta persekitaran ia berada. Tidak ada siapa yang ingin mengaku dirinya salah di hadapan orang lain sekalipun Allah Maha Tahu siapa dirinya yang sebenar. Ini tepat dengan fitrah sesama manusia tidak ada sesiapa yang berkuasa atau dapat memberi mudarat kepada orang lain TANPA IZIN ALLAH. Kalau kita melakukan sesuatu berdasarkan kudrat semata atau ilmu cetek dan sebarang kelebihan (pangkat dan harta) ia tidak kemana tanpa PERTOLONGAN ALLAH. Maksud saya sering manusia terpedaya bahawa kemampuannyalah penyebab sesuatu tanpa mengaitkan dengan KUASA  DAN PERTOLONGAN ALLAH. Apabila manusia menerjah masalah dengan kemampuan sendiri sampai bila ia tidak akan selesai. Namun inilah kebodohan manusia terus menerus menambah masalah kerana gagal membuka kunci pernyelesaian dengan kalimah BISMILLAH.

Berbelit penjelasan saya kan? Ia berteraskan kebodohan saya semata. Menurut para ilmuan yang saya menghabiskan masa mendengar ceramah dalam youtube dan seumpamanya cara pandang yang tidak berlandaskan fakta alquranlah yang menyebabkan manusia terbabas. Contohnya konsep DUNIA yang di kaitkan dengan alat ciptaan, wang ringgit serta peralatan boleh terseleweng dengan cara MEMBUANGNYA secara sebenar kononya untuk membuang DUNIA. Kemudahan Television contohnya boleh dimanfaatkan ke arah membesarkan Allah jika siaran dan programnya diatur oleh orang beriman. Satu masa dahulu pernah TV di buang ke sungai semata kerana MEMBUANG DUNIA. Hari ini saya tidak punya masa menonton TV walaupun tidak membuangnya kerana saya sedar kelalaian yang di bawa TV, hiburannya yang melampau dan penipuan beritanya yang meloyakan. Orang lain mungkin akan memilih program yang di minatinya kerana tidak mudah terlalai atau terhibur...terpulang kepada selera dan kemampuan masing-masing.

CARA BERSIKAP turut di pengaruhi semangat juang dalam diri seseorang kerana ingin beramal dan mendapat ganjaran sebaiknya daripada Allah di dunia dan di akhirat. Keterikatan dengan Allah bukan sekadar dalam solat sahaja menyebabkan setengah orang beriman berjaya meraih anugerah melalui amalan zikir, infaq, kerja kebajikan dan nawafil yang lain. Anugerah pula bukan dalam bentuk wang ringgit atau harta sahaja kerana keberkatan juga merupakan kelebihan.  Terhindar daripada bermaksiat dan mampu mengawal nafsu serakah adalah sebahagian daripada rezeki dan pertolongan Allah. Isu sebenarnya yang melilit manusia mutakhir ini ialah kita kurang kenal siapa Allah Tuhan kita dan tidak yakin dengan pertolonganNya. Terlalu banyak bergantung kepada asbab dan mencari sebab berlakunya sesuatu membuatkan kita sering tenggelam mencari dan menyalahkan orang lain sebagai asbab. Kurang berdoa dan memohon panduan Allah dalam perjalanan sering menjadikan manusia stress dan hilang punca.  

Dalam sebuah kisah seorang penceramah mengajar anaknya mengenal Allah dengan tidak terus menunaikan hasrat anaknya ingin membeli sebiji bola. Sebaliknya di ajaknya anak ke masjid bersolat jemaah dan berdoa agar Allah mudahkan dia memiliki sebiji bola untuk bermain dengan kawan-kawannya. Cara seorang bapa mengenalkan siapa Allah menarik perhatian saya kerana CARA BERSIKAP kebanyakan manusia tidak mengaitkan kehidupan dunia dengan Allah. Semua urusan keduniaan di urus wang ringgit; ada wang semua beres sedangkan wang sumber rezeki haruslah diperolehi dengan cara yang baik dan berkat. Seorang teman saya bercerita kisah peniaga yang kurang jujur menjalankan perniagaan lantas perniagaannya gulung tikar. CARA BERSIKAP peniaga ini hanya menyalahkan sewa tinggi dan harga bahan mahal. Mutakhir difahamkan peniaga ini terlibat dalam pelbagai maksiat yang sukar di rungkai KECUALI kembali kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang secara jujur dan ikhlas.

Saya membawa kisah diatas kerana Smartop mula melangkah dengan program Little Abd mengenalkan siapa Allah sebagai Rab yang menjadikan alam dan yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk manusia berperanan sebagai khalifah dan beribadah keranaNya sahaja. Saat kita melakukan sesuatu tugas untuk mendapat pujian, penghormatan dan kerana wang ringgit ia telah lari daripada CARA BERSIKAP sebenar yang ingin di terapkan kepada semua yang terlibat termasuk para murobbiah. Doa saya semua pihak dapat menghargai pentingnya CARA BERSIKAP yang mendahulukan Allah sebagai Penguasa langit dan bumi kernan inilah yang di wariskan para nabi dan Rasulullah saw kepada umatnya. Sempena RabiulAwal bulan maulidilRasul yang baru berlalu doa saya kita sama-sama menghangatkan rasa kasih kepada Rasulullah saw dan mencontohi sunnah baginda,antara yang tujuh penting ialah sentiasa membaca alquran, berwuduk, solat dhuha, berjemaah di masjid, tahajjud, istighfar dan bersedekah,

Seorang isteri jiran terdekat di Shah Alam di sahkan mengidap kanser stage 3 yang 'aggressive'. Saya terkesan dengan berita ini kerana ternyata jiran ini baik amalannya. Pesan saya semasa berziarah adalah peringatan bahawa peningkatan martabat seseorang beriman mungkin beraku dalam sikap bersabar menghadapi penyakit. Semoga jiran ini pasrah dan saya mendoakan keajaiban kepadanya kesan banyak amal kebajikannya,amiin.

No comments:

Post a Comment