NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, December 14, 2014

VALUE ADD

Assalamualaikum
 Ahad 14 Disember/22 Safar 1436H

Alhamdulillah berkali-kali kerana masih sihat dan Allah tidak menurunkan musibah kerana dosa-dosa kita yang banyak.

Lama tidak menulis kerana di rumah baru Tangkak wifi amat daif, kata pihak talikom belum pasang cable untuk streamyx boleh di pindahkan. Apa pun banyak hikmahnya kerana memberi ruang saya ber'tapa' memikirkan jalan keluar pelbagai isu yang melanda. Tidaklah ke tahap neurotic memikirkan semua masalah orang dan tidak juga berlepas tangan mengambil pertanggungjawaban kepada amanah yang terpikul.

Suasana rumah baru memberi suntikan baru untuk melaksanakan wawasan diri saya yang tiga: Mantapkan akidah; Eratkan silaturrahim dan Jadi tangan yang memberi. Pengerusi Pertubuhan Mawaddah baru-baru ini juga memperbarui komitment yang saya pegang sejak mendengar ceramah Shaikh Hamzah Yusuf tentang empat amalan asas: Sebarkan salam; Beri orang makan;Hubungkan silaturrahim dan Solat malam.

MasyaAllah...selain rumah baru ini dapat meraikan staf makan malam teman persekolahan saya Sultan Abu Bakar Girls termasuk yang bukan lslam dapat di raikan sewaktu mereka merancang berpiknik ke kaki Gunung Ledang pada 6 Disember. Anak saya turut sempat berziarah bila menghantar suami saya pulang dari Shah Alam, Alhamdulillah...sedikit tergambar di minda kita Allah jadikan kenyataan, masyaAllah Allahuakbar. Semoga pintu keberkatan sentiasa terbuka untuk kami penghuni di rumah sewa baru ini.

Tajuk blog saya kali ini ingin menyentuh tentang sikap kita manusia yang di uji dengan sifat 'Mementingkan diri' sendiri. Kalau Rasulullah saw dan para sahabat awal meletakkan orang lain dahulu serta berprasangka baik setiap saat, kita semua di era mutakhir ini memang terlalu sukar mencontohinya kecuali iman memang solid, ikhlas bak susu di perut lembu yang tak tercemar aliran najis dan darah serta hati sebening air.
 Bermula dengan permintaan mengubah tandas rumah sewa, kami penghuni rumah sewa di uji sedikit dengan sikap toleran. Setelah tandas di tukar dengan jenis mangkuk kesan semen pemasangan terbiar. Bila di minta agar di tilekan agar nampak kemas tuan rumah menyatakan tak mengapa. Mau tak mau saya minta bantuan tukang di Smartop memperbaikinya. Sebaik siap di dapati lubang air dalam bilik air lebih tinggi dan takungan air sukar di salirkan. Permintaan kedua kepada tuan rumah agar membaiki saliran air telah di tepati namun air tetap bertakung. Dalam fikiran saya terus bercambah idea bahawa selagi kita tidak membuangkan akhlak 'berkira' dan 'mementingkan diri' masalah tidak selesai. Lantas saya dan teman pasrah akan membaiki tile di tandas dengan nawaitu memberi 'VALUE ADD' atau 'NILAI TAMBAH' kepada tempat tinggal sementara kita dan jika kami tidak menyewa pun nanti biarlah ia menjadi amal jariah kepada tuan rumah. MasyaAllah...kesan pasrah, kami tidak lagi ada isu untuk di rungutkan. Sesungguhnya setiap tindakan bernawaitu lillahitaala akan berkembang menjadi kebaikan yang bertambah. Semoga rumah sewa kami dengan taman kecilnya sentiasa Allah berkati.

 Hampir dua minggu kini saya meninggalkan rumah yang banyak VALUE ADDED feature namun hati saya pasrah ada yang membantu menyirami taman dan membersihkan rumah yang di tinggalkan. Sementara cuti sekolah anak saya cuba membantu urusan ini.

Sekarang saya berada di Langkawi urusan 'meninjau' renovation sebuah hotel lama untuk di jadikan pejabat dan penginapan staf syarikat pelancungan adik saya. Terkejut besar bila kami lihat semua wiring dalam hotel di musnahkan oleh seseorang kerana di fahamkan pengusaha hotel sebelum ini tidak menjelaskan hutang mereka.  Terfikir di benak saya sikap yang tidak manusiawi boleh berlaku. Di mana letaknya matlamat hidup seorang insan sehingga sikap keanak-anakan berlanjut sampai ke tua. lni juga yang dirunsingkan Shaikh Hamzah Yusuf bilamana mendapati di Amerika orang dewasa menghabiskan masa bermain game di handphone dan tv semata-mata mengikut nafsu yang tak terbendung dek iman atau kesedaran akan tanggungjawb.

Saya menekankan ciri VALUE ADDED dalam semua aspek kehidupan kerana inilah bezanya manusia di ciptakan iaitu untuk 'MEMAKMURAKAN' alam ini. Konsep memakmurkan semacam cerita dongeng 'Mida's touch' bila mendapat sentuhan menjadi emas. Jika jelas hubungan insan dan Robb kita akan merasa terlalu banyak terhutang budi dengan Allah Maha Pemurah dan tak akan dapat membalasnya kecuali dengan mentaati perintahNya memakmurkan bumi dan mencegah kerosakan. Namun kelicikan syaitan memanipulasikan anak adam menyebabkan yang sebaliknya banyak berlaku. Kerosakan bukan setakat di muka bumi....dalam benak manusia pun di rosakakan dengan syirik, ugutan,hiburan melampau dan sifat lupa akhirt kerana ingin kekal hidup di dunia.


Saya sedang mendidik jiwa saya sendiri agar meletakkan konsep VALUE ADDED di mana saja saya berada agar terserlah nikmat Allah untuk di kongsi bersama tanpa mengenal erti rugi. Saat amal soleh tercerna sesekali jangan kita mengungkitnya kerana semua kebaikan adalah dengan izin Allah, bukan kudrat kita sendiri. Alhamdulillah kita balikan pujian keada Allah yang mengizinkan kita berbuat baik kepada orang susah dan yang memerlukan bantuan. Sekalipun orang yang kita bantu berpaling tadah kita tidak pernah rugi asalkan ikut formula alQuran: AlFatir 29-

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca AlQuran dan melaksanakan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI"

Titis air mata saya bila baru-baru ini dua anak angkat saya mengungkapkan penghargaan sekalipun saya tidak pernah terfikir mengenainya. Ia merupakan rawatan hati berbanding beberapa akhlak lupa daratan yang saya hadapi. Hanya doa yang berterusan perlu di panjatkan kepada Allah agar kita bersama orang-orang yang soleh. Sedikit sebanyak jika di ulit sikap tidak soleh dan mementingkan diri syaitan akan mendesak kita bertindak seumpamanya. Paling tidak syaitan akan menuduh kita 'bodoh' membiarkan orang melakukan onar kepada kita. Sedangkan terpampang dalam sejarah kebenaran Rasululullah dan para sahabat di uji dengan penghinaan yang berlipatganda teruk...kita lupa atau kurang menghayati keberkatan hidup mereka hingga di kenang zaman berzaman.

Ya Allah pandanglah aku dengan keredhaanMu dan jadikan aku orang yang dapat MENAMBAH NILAI pada setiap yang aku lakukan..aamiin

No comments:

Post a Comment