NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, November 8, 2014

A TRAP-PERANGKAP

Assalamualaikum
Sabtu 8 November 2014/15 Muharram 1436H

Terlalu lama saya meninggalkan blog sehingga terlepas meraikan kehadiran tahun baru Hijrah yang juga menjadi tarikh peringatan walimah anak saudara saya Anizah Aishah. Sebelum itu rombongan teman sekolah Sultan Abu Bakar Girls bermusafir 3 hari 2 malam ke Langkawi meninggalkan kenangan manis yang sukar di lupakan.
Sempena Hijrah semangat umur senja tidak luntur terutama memikirkan lakaran masa depan Smartop. Kesan lawatan ke sebuah Taska di Johor Baharu yang di urus secara professional dan cekap teringin rasanya kehadiran Smartop di Tangkak menjadi contoh institusi terurus, kemas dan teratur where all things has its own place. Situwasi 'cluttered' (bersepah) melemaskan pengurusan kerana rekod dan dokumen sukar di perolehi.

Bersama teman saya meninjau rumah sewa baru untuk memungkinkan Smartop memiliki sebuah 'quarters' menempatkan staf yang memerlukan, bukan sekadar menumpang tidak terurus. Kedatangan dua orang staf baru sebagai penyelaras dan guru bahasa Mandarin mendesak keperluan ini. Di taqdirkan usaha mencari tidak sukar di Bandar Baru Tangkak kira-kira 10 minit perjalanan daripada Bandar Tangkak dan tuan rumah juga berperawakan mesra. Terus keputusan di buat untuk memperbaiki clutter di pejabat Smartop. Isu kewangan Allah takdirkan anak soleh teman saya 'infaq',masyaAllah besar ganjarannya dan saya yakin perniagaan anak teman saya akan barakah kerana membantu ibunya.

Teringat saya kisah seorang 'anak' yang cuba melarikan masalah ke tahap memutuskan silaturrahim kerana 'berhutang'. Ibu bapa si anak sudahpun merelakan hutang namun 'ego' anak dan keluarga di akhir zaman ini sukar di tundukkan. Semoga si anak di beri petunjuk dan keinsafan segera terutama mengambil iktibar anak teman saya yang yakin dengan kalimah 'waAllahu khairul razikin' (Allah sebaik-baik pemberi rezeki.)

Tajuk blog kali ini ingin merakamkan kisah TRAP (PERANGKAP) yang sebenarnya mengintai insan lemah di mana sahaja tidak terkecuali saya dan teman. Kalau menurut pandangan Shaikh Hamza Yusuf TRAP adalah perangkap musuh manusia syaitan yang 'memukau' mangsa dengan budaya TV, hiburan dan Consumerism ciptaan dunia barat yang bertuhankan kebendaan sehingga fitrah manusia tercalar dan tergelincir. Beliau juga risau memikirkan tanda-tanda akhir zaman yang 'manifest' (terjelma) dalam banyak tindakan manusia terutama anak-anak yang durhaka terhadap ibu bapa, merebaknya zina, peperangan, penipuan dan kezaliman.

Kisah saya dan teman terjerumus dalam TRAP berlaku berikutan mencari peralatan asas rumah baru. Saya di fahamkan sebuah kedai yang biasa menjadi pembekal perabut Smartop mudah untuk kami berurusniaga. TRAP pertama yang saya berhadapan ialah bilamana ingin menjelaskan bayaran bekalan alat Taska. Janji yang di beri ialah ansuran tanpa tambahan kos selama empat kali, tiba-tiba menjadi dua kali dan ada pertambahan kos. Kos peralatan baru juga bertambah jika tidak di bayar tunai.Kami sepakat akan membeli tunai. namun hati kecil ini kurang senang dengan 'auta' pembantu yang membuat sebutharga agak tinggi.

Lantas saya dan suami mencari kedai menjual barangan terpakai di Bukit gambir. Yang tinggal untuk di bekalkan hanyalah dua buah katil dan meja dapur.

Salah satu sebab manusia terperangkap adalah terlalu percaya kepada pengalaman dan kata-kata manis penjual. Tanpa mengesyaki apa-apa saya terus meminta di hantar bekalan katil dan beberapa barangan lain. Sepanjang hari menunggu barang masih tidak sampai dan bila talipon alasannya ada orang lain di Sagil yang mendahului saya jadi kena ikut giliran. Sabar saja dan keesokannya barang di hantar. Menjelang petang teman saya sampai daripada KL dan akan menggunakan katil barunya.

Jam 8.30 malam saya di kejutkan dengan panggilan teman saya yang menyedari katilnya 'patah'. Antara yang ketara patah ialah kaki katil dan papan dalaman katil. Ternyata bahan buatan katil tidak berkualiti. Dalam kesabaran saya mengimbau satu persatu 'auta' pembantu kedai yang telah MEMERANGKAP  kepercayaan saya dan teman juga staf Smartop. Rasa marah,menyesal mula mengasak. Rupanya selain kurang kualiti kos peralatan juga telah di 'overcharge'. Seriklah nak membeli barangan di kedai tersebut dan kami berazam akan memulangkan dua buah katil walaupun sebuah masih utuh (tidak patah).

Di pendekkan cerita saya dan teman tidak beri peluang pembantu kedai 'auta' dan taukeh kedai terus setuju katil di ambil semula tanpa mengganti yang baru. Kos akan di tolak dalam pembayaran bulan hadapan.

Saya belajar satu kaedah melalui pengalaman ini iaitu BERSABAR dalam membeli, jangan sekali-kali mudah percaya kata-kata manis tukang jual terutama setelah melihat peribadi dan cakapnya. Mudah lagi membei tunai di kedai barangan terpakai kerana kualiti mungkin lebih baik (terutama barangan daripada hotel besar). Sekalipun masa memang kurang untuk membuat tinjauan adalah lebih baik 'berbincang' sebelum membuat keputusan dalam pembelian terutama bila melibatkan wang orang lain.

Hikmah tribulasi TRAP besar rupanya kerana sebuah katil berkaki yang memang di perlukan teman saya sedia di infaqkan oleh adik saya daripada rumah sewa lama. Dengan bantuan petugas pemandu lori petang berikutnya katil dan sofa malah mesin urut telah sedia di gunakan dalam rumah sewa baru. Doa kehilangan barang atau peluang rupanya di ganti Allah dengan yang lebih baik. Pelajaran kedua yang saya perolehi melalui pengalaman terperangkap ialah JANGAN SESEKALI MERAGUI KUASA ALLAH MENGGANTIKAN sesuatu yang hilang dengan YANG LEBIH BAIK. Begitu juga dalam perhubungan yang di rosakkan pengaruh syaitan dan ego manusia,Allah akan ganti dengan perhubungan dengan orang lain yang lebih baik. Inilah FITRAH kebesaran Allah ArRahman...waAllaualam.

No comments:

Post a Comment