NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, October 8, 2014

POTONG KEPALA PAIP


Assalamualaikum

Rabu 8 Oktober 2014/13 Zulhijjah 1435H

Alhamdulillah saya berpeluang melakukan ibadah korban di kalangan masyarakat Rohinga Myanmar Bukit Malut Langkawi. Pertemuan yang penuh barokah di kalangan anak-anak kaum pendatang yang tidak mahu ketinggalan hidup bersama AlQuran. Seorang pejuang akidah bersama team UUM giat menghidupkan suasana tahfiz ini sejak tahun 2010. Objektif utama melahirkan mukmin (orang beriman)


DUA EKOR LEMBU YANG CANTIK UNTUK DI KORBANKAN

Kisah blog kali ini saya ingin nukilkan dalam suasana kelakar penuh kepayahan. Pertama tiada 'wifi' di homestay yang adik saya sewa sejak setahun lalu berikutan perubahan konsep syarikat pelancongan yang sedang di usahakannya. Keadaan homestay pun tidak terurus kerana difahamkan semua staf  yang sibuk dengan ' floating chalet' di Pulau Tuba. Teman saya dari UUM  sempat menyemak bil yang bersepah di meja. "wah...tingginya kos nak maintain rumah ni..dia bersuara. Bil air sampai RM200 lebih"

Saya tak dapat nak menjawab kerana lama tidak menyertai program  di Langkawi. Kini adik saya baru lepas menjalani pembedahan. Doa saya agar  adik saya cepat pulih dan usaha jerih adik saya akan terus bertahan dan berjaya demi maslahat Ummah, InsyaAllah. Hari kedua tiba-tiba air cond seisi rumah 'black out'. Mujur letrik masih utuh. Cuba nak masak gas pula kosong. Cari seluruh Langkawi Cina kedai runcit menjawab.."tang mana pun takdak ni cuti raya." Teman saya yang melakukan korban lembu ketiga berkongsi dengan pengasas Maahad Tahfiz tentang ketiadaan gas. Tawaran menggunakan gas spare maahad terus kami terima dan akan di pulangkan setelah bekalan pulih di Langkawi.
PERTEMUAN PERSAHABATAN DENGAN PENGGERAK MAHAAD


Hari ketiga lega sedikit kerana wifi digi dalam tab yg saya sedang buat blog ini  ,asih bernyawa.... Alhamdulillah kerinduan mendengar ceramah  Shaikh Hamza Yusof terisi sedikit. Tapi...hari ketiga di Langkawi ada kisah lucu. Saya bersiap untuk memasak sedikit juadah untuk sahur malam nanti (esok khamis). Sebaik selesai membasuh bahan-bahan tiba-tiba air di sinki kosong...

Allahu Akbar..hari tasyrik ketiga ujian POTONG KEPALA PAIP AIR di homestay. Memang benar bil tertangguh kerana terlepas pandang. Hampir jam 4 petang petugas syarikat adik saya datang untuk mengambil bil dan menjelaskannya, malangnya SADA (Syarikat Sir Darul Aman) dah tutup kedai dan minta bayaran di buat keesokannya.

Haru juga tanpa bekalan air kerana keluarga adik lelaki saya yang sudah dua hari berada di floating chalet akan balik ke homestay untuk membasuh pakaian. Dengan izin Allah suami saya teringat temannya yang 18 tahun bertugas di Taliworks kontrektor bekalan air. Setelah menaliponnya dan bercerita panjang di fahamkan syarikatnyalah yang menerima arahan SADA untuk POTONG KEPALA PAIP bagi pelanggan yang tertunggak bayaran. Semua kepala paip/meter memang dalam simpanannya untuk di serahkan kepada SADA esok.

Allah juga mengizinkan sifat teman suami saya yang memahami kesulitan kami dan selaku CEO syarikat kontrektor tersebut dia mengarahkan petugasnya memasang semula walaupun bil akan di bayar esoknya. Allahu  Akbar sekali lagi bergema di hati saya kerana memudahkan urusan kami. Jam 6.30 petang air di sambung semula dan keluarga adik saya pun muncul untuk membasuh baju dan berehat di homestay.

Saya dan suami ada rancangan ke Masjid besar Langkawi menyertai solat Gerhana Bulan yang berlaku antara 5 petang hingga 8 malam. Syukur dapat melakukan sunnah solat yang amat jarang berlaku dan cara solat pun pertama kali saya belajar iaitu dua kali ruku' dan bacaan fatehah. Terasa kebesaran Allah mentaqdirkan Gerhana yang hanya ditujukan kepada kuasa-Nya bukan di sebabkan unsur syirik dan khurafat masyarakat. Daripada jemaah yang saya perhati kian ramai masyarakat yang peka kesan maklumat yang disebar melalui media sosial, Alhamdulillah.

Demikian sekelumiit kisah lucu di Langkawi kali ini. Saya berdoa setiap saat menghabiskan baki umur ini diberkati Allah dengan menginsafi bahawa tidak banyak yang dapat saya lakukan berbanding umur muda. Azam yang kuat sahaja tidak mampan jika tidak diikuti perancangan pelapis mengambilalih tugas yang saya cuba lakukan.

Maklumat yang di terima mengenai urusan Situwangi Islamic Boarding School Garut menggamit rasa peka bagaimana dapat membantu. Saya kunjungi teman yang pernah ke Garut meminta pandangan untuk menghulur bantuan. Kalau belajar daripada Shaikh Hamza Yusof bergabung dengan aktif dan berdakwah serta berdoa kepada pemberi rezeki adalah kaedah terbaik. Solat istiharah juga boleh membantu. Semoga saya tidak di jangkiti penyakit hati dalam menunaikan tanggungjawab apa pun kerana Allah maha melihat.

Dalam surah Fatir 8 Allah berfirman bermaksud..."maka jangan engkau (Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat."

No comments:

Post a Comment