NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, March 31, 2014

MEMBUDAK-BUDAKKAN ANAK

Salam
Isnin 31 Mac 2014/ 1 JamadilAkhir 1435H

Alhamdulillah sejak Rabu 26 Mac saya di Tangkak meninjau perkembangan Smartop sewaktu Tadika bercuti seminggu. Ada poster abjad yang perlu di siapkan, ada TV Plasma yang perlu di pasang di Taska, almari dapor yang perlu di siapkan, gaji warga Smartop yang perlu di bayar dan penyusunan semula jadual di Tadika.

Kabarnya cucu lelaki saya Muhammad Sallehuddin berumur 5 tahun telah bersunat. Selang tiga hari nampaknya sudah pulih, alhamdulillah teknologi terkini memudahkan.

Berita kehilangan MH370 kian membingungkan. Saya sudah berhenti mengikuti perkembangannya semoga Allah yang maha mengetahui memudahkan urusan umatNya terutama hukuman yang di jatuhkan kepada lebih 500 anggota Ikhwan Muslimin Mesir yang berlaku serentak ketika seluruh dunia di kecohkan dan memusatkan perhatian kepada kehilangan MH370.

Tajuk blog saya kali ini mengimbau proses pendidikan yang berlaku sewaktu anak-anak kecil. Entah mengapa saya ingin membincangkan isu ini kerana pembacaan saya mutakhir ini banyak menyentuh tentang peribadi LEADERSHIP IN ME yang di publisitikan Steven Covey seorang penulis popular terutama bukunya THE SEVEN HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE.. Gist atau intipati penulisan beliau dalam buku terbaru THE 3rd ALTERNATIVE ialah sinergi untuk menghasilkan kebaikan kepada semua tidak terkecuali bersinergi dengan anak-anak kecil.

Songsangnya dunia yang kita huni sejak berzaman ialah dua ILMU asas kehidupan sering di abaikan.1. Ilmu beriman dan bertaqwa sebagai bekalan hidup yang kekal hanya di sekularkan kepada sekolah agama sesi petang (di Johor). 2. Ilmu mendidik anak-anak sebagai pewaris yang akan medoakan ibu bapa di biarkan sebagai trial and error dan di warisi zaman berzaman. Kedua-dua ilmu ini jarang mendapat sentuhan serius sewaktu melaksanakannya kerana ia merupakan WARISAN bukan KESEDARAN.

Konsep MEMBUDAK-BUDAKkan terbit daripada perkataan BUDAK, kecil, hamba, tidak bererti dan tak tau apa-apa almaklum budak. Jarang orang menghargai kehadiran anak-anak yang masih BUDAK ke tahap meletakkan anak-anak tidak menerti apa itu tanggungjawab dan hanya mewarisi akhlak orang yang mendidik mereka. Jika didikan berlaku dengan penuh kasih sayang alhamdulillah kuranglah suasana GERSANG KASIH SAYANG dalam masyarakat; jika penuh herdikan malanglah kerana anak akan kenal bahasa herdik sepanjang hidup mereka. Begitu juga dengan bahasa ejekan, penghinaan dan ketidakpercayaan, sepanjang hayat seorang manusia itu akan mengekaklkan kesan negatif  KECUALI dengan sedar ia mengambil tindakan mengubah dirinya untuk menjadi orang yang bertaqwa dan melalui proses yang panjang mencari ilmu untuk mengubah diri terutama menguasai AlQuran dan Sunnah sebagai peninggalan abadi Rasulullah saw kepada umat baginda.

Smartop sedang mengkaji jadual dan modul serta sistem pembelajaran anak-anak di taska dan tadika. Misi melahirkan bakal pemimpin masyarakat terletak pada kami yang berwawasan agar anak-anak keluaran Smartop sekurang-kurangnya tidak mudah di lentukkan anasir perosak dalam masyarakat. Cadangan MENCERIAKAN suasana Taska telah bermula untuk membuat mural dengan gambar yang memberi inspirasi kepada semua yang berada dalam institusi Smartop terutama anak-anak.
KECERIAAN TASKA SUBUR FITRAH

Tidak MEMBUDAK-BUDAKKAN  anak-anak bermula daripada menyedari hakikat anak-anak belum baligh dan tidak berdosa serta penuh kecerian. Potensi mereka perlu di gilap sebelum padam sinarnya dek pengaruh negatif di sekitar. Di saat kita MEMBUDAK-BUDAKkan anak kita melalaikan haknya untuk beriman dan bertaqwa serta menjadi anak soleh/solehah. Di kerah sesuka hati, di marahi sekehendaknya dan di kesampingkan sewaktu kita beragenda besar dengan teman dan handai. 'Budak budak jangan masuk campur..ini kerja orang tua-tua.' Kalimah yang biasa di dengari anak-anak sampai ke tua.

Mungkin kita juga menjadi mangsa di BUDAK-BUDAKKAN sampai sebahagian besar masyarakat sedia terima KEBODOHAN  yang di hidangkan kepada kita oleh berita perdana, pemimpin atau dunia global sekalipun. Tak boleh banyak tanya kerana BUDAK-BUDAK tau apa?

But time has changed. Manusia berusaha semampunya mengemudikan perubahan agar tidak keciciran terutama daripada khafilah KEBENARAN yang sedang berjalan menuju sasaran ada atau tidaknya kita sebagai orang tua atau budak-budak. Maksud saya khafilah menuju akhirat tidak MEMBUDAK-BUDAKKAN  kita kerana ia kebenaran yang harus di persiapkan selengkapnya.

Baki cuti sehari dua bersama cucu, saya dan suami membawa mereka mengecat mural di Smartop dan membuat pertandingan menghafal alquran dengan sedikit hadiah. Sekedar tidak MEMBUDAK-BUDAKKNA  cucu yang berjumlah 12 orang (5 orang yang kami santuni) saya berharap mereka mula menyedari tanggungjawab yang harus di pikul bersama menceriakan Smartop sebagai warisan umat lslam setempat.
BERSEDIA MELAKUKAN KERJA MEWARNA MURAL

KINI PELANGI BERADA DI SMARTOP

Seingat saya sewaktu kecil arwah bapa saya menganggap saya dewasa kerana sering membawa saya menemaninya ke Muar dan sewaktu khenduri rumah saudara mara saya seorang yang tidak bermalam di rumah saudara mara kerana bapa saya akan menyuruh saya memanjat seiling rumah dan membuka pintu dari dalam. Mau tak berani dalam gelap memanjat, masuk kerumah dan membuka pintu ia satu kekebalan kepada seorang anak kecil. Selepas adik-adik lelaki saya yang berderet 9 orang lahir dan membesar tugas itu mereka ambilalih. Maksud saya sedikit ciri keberanian dan kepimpinan yang saya warisi adalah kerana bapa saya tidak MEMBUDAK-BUDAKKAN  anak-anaknya yang di anggap teman seperjuangan menhagrungi pelbagau ujian berkeluarga besar BERAT SAMA DI PIKUL.

No comments:

Post a Comment