NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, April 17, 2014

SMARTOP: GENERATING LITTLE CALIPHS

Salam

Khamis 17 April 2014 / 17 JamadilAkhir 1435H

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan kita di bumi yang penuh cabaran. Namun bagi orang yang beriman dan  yakin akan matlamat akhir mencari redha Allah setiap cabaran merupakan peluang mendekatkan diri kepadaNya yang terlalu banyak berbuat baik kepada sekelian makhluk, syukur alhamdulillah.

Lama saya tidak menyentuh blog kerana terasa sukar menulis jika jiwa tidak di ransang. Hari ini saya tersentuh dengan titis air mata seorang ibu kepada anak yang berada di tadika Smartop. Beliau di tugaskan ke tempat lain dan berpindah di turuti anaknya yang terpaksa mencari pra sekolah lain di Gopeng Perak. Namun kata-kata anaknya menyentuh hatinya..'mama pergilah kerja tempat lain kakak nak sekolah Smartop, biar kakak duduk dengan nenek dan bibik'. Ibu mengadu betapa kuatnya ikatan anak kepada sekolahnya melebihi ikatan seorang ibu dan beliau tersentuh dengan keujudan Smartop.

BATRISYA (BERTUDUNG) TAMPIL DEWASA DARIPADA UMURNYA BELUM 5 TAHUN

Saya apatah lagi...bertambah sayu kerana seorang anak yang saya dampingi mulai beliau kuat menangis sampai berani berkawan dan tampil membaca doa di hadapan kawan-kawan kini akan meninggalkan Smartop. Tiap hari ibu berkenaan menyatakan anaknya melapor...sekolah kakak dah cantik mama...wow berderau darah saya kerana mulai esok anak kesayangan Smartop akan berhijrah dan jarang akan mengingati perubahan pra sekolahnya yang sedang rancak berjalan sekarang.

SENTUHAN ARTIS MUDA LEPASAN SPM DENGAN MURAL DI SMARTOP

Begitulah sedikit rasa kasih sayang anugerah Allah yang saya dapat berkongsi dengan seorang ibu dan anak yang bersekolah di Smartop. Ibu berkenaan menjadi ahli jawatan kuasa Parent Support Group (PSG) dan sering berinfaq untuk kemajuan Smartop. Kabarnya dia pernah menghadap boss di Putrajaya untuk mengekalkan jawatannya di Tangkak kerana beliau berasal daripada negeri Johor. Namun masih belum ada rezeki kerana jawatan kenaikan pangkat berada di Gopeng Perak. Janjinya ialah sebaik dapat rezeki bertukar semula ke daerah Tangkak pasti anaknya akan menyambung persekolahan di Smartop. Ameen saya mengucap selamat jalan kepada ibu dengan sedikit cendrahati dan doa agar dapat kembali semula bertugas di kampong halamanya Johor.
CENDERAHATI BUAT PENAWAR RINDU

Tajuk blog kali ini amat dekat di hati saya kerana sering memikirkan apa perbezaan keujudan Smartop dengan institusi lain yang cuba menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat lslam di Tangkak. Proses memberi pendidikan yang seharusnya menawarkan penambahbaikan kepada sistem sedia ada tidak lain adalah untuk melahirkan anak-anak yang akan bertanggungjawab dengan title KHALIFAH.  Konsep khalifah terlalu luas untuk di bicarakan dalam blog sekelumit maklumat ini namun tersirat dalam impian semua ahli Lembaga Pengelola Smartop dan PSG adalah untuk menyediakan barisan pemimpin masa depan yang lebih berjiwa taatkan Allah dan Rasul serta menampilkan akhlak yang tertanam kukuh sejak kecil. Menepati kata-kata hukama dalam frame cenderahati kepada ibu yang saya kisahkan diatas 'mendidik anak sewaktu kecil ibarat mengukir di atas batu, ia kekal selamanya' 


Smartop akan mengadakan Sukaneka pada 26 April dan ke arah itu semua sumber perlu di pergunakan semaksimanya. Berkat doa semua yang terlibat kegiatan menuju ke hari yang di sasarkan aktif sekali. Tiap hari mural sedang di siapkan, padang di ratakan untuk menanam rumput dan latihan anak-anak bertanding di jalankan. Ini pertama kali Smartop mengadakan hari sukan dan ternyata keujudan PSG membantu kerana petugas Smartop yang tidak berapa kerat perlukan kerjasama semua pihak.


PADANG SEKOLAH YANG LAMA TERBIAR SEDANG DI URUSKAN

MASA DEPAN UMAT INI TERLETAK KEPADA ANAK-ANAK SEKARANG

Alhamdulillah kutipan sumbangan jariah yang di luluskan pejabat kadi Ledang turut dapat di percepatkan kerana kos membiayai setiap aktiviti bukannya sedikit. Doa saya keberkatan berada di mana-mana berlaku sumbangan tenaga, wang ringgit dan kepakaran yang di tawarkan oleh mereka yang terlibat. Kiriman resit sumbangan jariah kini menjangkau ke UK dan Sarawak. Semoga konsep khalifah yang bersifat global akan tercerna dan tercetus daripada Smartop, ameen.

Melahirkan khalifah kecil memerlukan visi yang jelas bahawa seluruh kehidupan seorang insan harus di pertanggungjawabkan di hadapan Allah akhirnya. Empat perkara akan di tanya di akhirat: Umur bagaimana di gunakan, Harta untuk apa di manfaatkan, Ilmu bagaimana di sebarkan dan jasad kemana di arahkan-dunia atau akhirat. Soalan untuk jasad mudah sahaja di tentukan. Jika sesuatu di berikan kepada kita adakah kita lebih bergembira berbanding sesuatu yang di ambil atau di minta daripada kita. Maksudnya jika kita lebih suka mengambil daripada memberi ertinya kita lekat di alam dunia kerana sesuatu yang diberikan dengan ikhlas melayang-layang untuk persiapan kehidupan di akhirat. Ini seorang ustaz yang mengajar saya. Jadinya marilah kita memberi apa sahaja yang termampu untuk meraih keredhaan allah di dunia sana bukan di dunia sini.

Senario dunia dan negara terkini ibarat lalang; kemana tiupan menghala lalang akan terbuai. Pencarian MH370 melewati lebih sebulan dan mengikut saikologi manusia sesuatu yang melewati 21 hari hingga ke 100 hari akan mudah di lupakan, sama seperti kisah 9/11 dan seumpamanya. Katanya era Dajjal memukau manusia telah bermula kerana yang kurang kukuh pendirian(iman)mudah termakan racun dengan berita bercorak logik dan keduniaan. Manusia mula gentar denga ancaman dan ugutan kecuali meraka yang jelas akidah bahawa tidak akan berlaku suatu apa pun kecuali dengan IZIN ALLAH. Bagi yang melalui musibah dengan keredhan, insyaAllah Allah akan MEMBERI PETUNJUK KEPADA HATINYA ( Surah AtTagabun 11). Inilah antara persiapan LITTLE CALIPHS mudah-mudahan akan lahir generasi yang kental akidah, sayangkan lslam dan sanggup berkorban demi mencari keredhaan Allah. Prosesnya bukan mudah macam mi segera. It takes a generation to change a nation..Saham mengubah generasi inilah tugas utama Smartop insyaAllah GENERATING LITTLE CALIPHS FOR FUTURE LEADERS. Semoga Allah meredhoi.Ameen.

1 comment:

  1. salam perkenalan.. sy plan nk masuk kan anak ke LC thun depan.. nie yg tengah baca blog ttp pengalaman anak2 yg pernah belajar di LC. Tq for sharing
    jemput singgah ke blog saya follow sekali yer :)

    http://izzanyrosdin.blogspot.com/

    ReplyDelete