NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, March 11, 2014

ALLAH LEBIH MENGETAHUI ('ALIM)

Salam
Selasa 11 Mac 2014/ 9 JamadilAwal 1435H

Dalam Surah Yusuf ayat 76 antaranya bermaksud ''Kami angkat darjat orang yang Kami kehendaki; dan di atas setiap orang yang berpengetahuan ada yang lebih mengetahui"

Kegawatan isu MH370 yang hilang dengan pelbagai spekulasi dan berita yang tersebar mengingatkan saya maksud Surah Yusuf bahawa tidak ada siapa yang dapat menentukan kesohehan sesuatu berita sekalipun terdapat bukti yang di sahkan pelbagai pihak kecual ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

Saya taat mengikuti Berita Astro Awani yang membuat laporan khas 24 jam mengenai trajedi kehilangan kapalterbang MAS sejak awal pagi Sabtu 8 Mac. Pelbagai pakar dalam dan luar negara di temuramah ingin mendapat maklumat mengapa dan bagaimana kapalterbang boleh hilang daripada radar pemantauan. Semuanya menyatakan takjub tidak mampu menjawab dengan fakta yang saya jawab hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI kerana ayat Surah Yusuf awal-awal memberi amaran sepakar mana pun seorang manusia itu ada lagi yang lebih pakar dan yang paling tahu hanyalah pencipta segala kejadian di langit dan bumi ALLAH.

Terkini media sosial menjadi sasaran marah pelbagai pihak yang mewakili kerajaan yang bertanggungjawab menyelesaikan isu mencari kapalterbang yang hilang. Berita, spekulasi, andaian dan seumpamanya menjadi caca marba kerana tidak tahu maklumat mana yang lebih soheh. Sesungguhnya DI ATAS SETIAP ORANG YANG BERPENGETAHUAN ADA YANG LEBIH MENGETAHUI.

Istimewanya kejadian MH370 ialah ia melibatkan pelbagai warganegara. Terkini semua negara yang warganya terlibat dalam kehilangan kapalterbang sama-sama menyertai misi cari dan bantu mangsa kehilangan yang belum di ketahui di mana. Taddabur insiden mengejut ini boleh menjangkau ke tahap adakah ia merupakan rangkaian konspirasi untuk merosakakan akidah kita? Kini semua di sibukkan dengan insiden kehilangan MH 370 jarang mengaitkan dengan KUASA terakhir menentukan mengapa ia berlaku. Kelakar juga ada isu bomoh yang berperanan.

Mengakhiri blog ini saya tertarik dengan temuramah Kapten Norudin Abd Majid dengan Buletin Utama TV3. Fikrah yang sama yang saya sedang bicarakan.

No comments:

Post a Comment