NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, February 10, 2014

BOMOH DAN MANDRAM

Salam
Isnin 10 Februari / 10 RabiulAkhir 1435H

Nauzubillahi min zalik (kami berlindung dengan Allah darinya) begitulah kalimah yang menyertai berita mutakhir yang saya terima kisah seorang di BOMOH dan di MANDRAM pasangannya.

Pertama saya agak terkejut dengan berita ini kerana samasekali saya tidak boleh menerima kebenarannya tanpa bukti yang soheh (jelas dan nyata). Kedua sebagai umat lslam perkara ini taboo,haram dan hina. Ketiga kalau pun berlaku ia suatu yang amat lemah berbanding kekuasaan Allah. Keempat di era moden kononnya sekarang ini mana ada orang yang berprofesion bomoh, penipu adalah. Kelima rekod dan kisah kemelaratan orang yang mengamalkan syirik sejak di dunia Allah tunjukkan dan keenam sudah hampir mencapai tahap negara maju anih bagi rakyar Malaysia dan umat lslam kembali ke zaman purba animisma dan segala bentuk amalan kufur,khurafat, zalim dan ahli neraka, wal iyazubillah (semoga di jauhi Allah)

Dengan izin Allah saya baru kembali daripada Multaqa (perhimpunan) wanita IKRAM yang bertujuan memantapkan komitmen bekerja untuk lslam dan mendidik masyarakat ke arah mendaulatkan agama mulia ini sebaiknya, terutama membina rumahtangga yang di penuhi KETENANGAN, KASIH SAYANG dan DIDIKAN. Alhamdulillah juga sekembalinya ke rumah WiFi oleh UniFy telah pulih mudahlah saya mencurahkan rasa hati ini.

Ayat paksi yang menjadi rujukan Multaqa ialah Surah AtTaubah 41 bermaksud "Segeralah kamu berangkat baik dengan rasa ringan dan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"  Memang tidak ada pilihan bagi insan umur senja seperti saya berlengah-lengah atau bermalas-malas untuk menyegerakan jihad berkerja untuk membebaskan manusia daripada kegelapan ilmu syirik BOMOH DAN MADRAM yang balasannya tidak mencium syurga.

MANDRAM ertinya jampi serapah yang di lakukan BOMOH untuk satu tujuan antaranya menundukkan musuh (kalau suami berpoligami isteri-isteri bermusuhan suami jadi mangsa) atau membuat daya penarik agar di sukai orang (bukan Allah) dan seumpamanya termasuk pelaris kedai atau jualan yang banyak persaingan. Selain status syirik saya menganggap amalan mandram dan bomoh ketinggalan zaman kerana orang yang sering melakukannya biasanya berstatus tua keriput, hodoh dan tidak bertamaddun. Kadang-kadang bahan di guna juga daripada yang kotor, haram dan menjijikkan. Jadinya apabila saya di hadapkan dengan maklumat MANDRAM DAN BOMOH  sama sekali tidak masuk akal pada saya walaupun amalan sihir ada di sebut dalam AlQuran.

Kes yang berlaku bermula dengan perubahan sikap seorang suami beristeri dua beranak 10. Beliau menjadi begitu tertekan dan tidak mampu mengawal kehendak dua isterinya. Selain kekeringan sumber kewangan kerana tidak bekerja saraan keluarga perlu di penuhi ke tahap lelaki ini berkorban apa saja demi menyenangkan anak isteri dari dua keluarga. Tersirat dalam insiden ini kekeringan rasa ihsan dan kasih sayang dua isterinya kerana tidak dapat menilai pengorbanan suami. seorang mengugut, seorang merajuk. Akhirnya lelaki ini kelelahan dan ingin menyendiri. Persepsi saudara dan kenalan lelaki ini beliau telah di BOMOH dan di MANDRAM, keadaannya macam kain buruk,maa sha Allah....

Saya tidak suka mengulas perkara yang saya kurang arif. Namun saya ingin segarkan ingatan mereka yang terlibat kepada insiden di Bandar Baru Bangi beberapa minggu lalu tentang seorang ayah menyembelih anaknya kerana tekanan. Mungkin dalam kes tersebut si suami mengidap penyakit mental. Namun tidak di nafikan jika seorang suami terlalu tertekan dek isteri yang kurang memberi ketenangan kepada hatinya sejarah trajis akan melanda masyarakat kita sebagai wabak.

Sebaiknya semua pihak yang merasa dirinya berTuhan jangan mudah menuduh kerana hanya Allah yang Maha tahu mengapa setiap kejadian berlaku. Mungkin si suami terlalu jauh daripada mengingati Allah sehingga tidak pernah berdoa memohon ketenangan hidup. Mungkin solat di abaikan, maksiat judi di lakukan selain menghambur wang dengan merokok non stop.

Anak, suami dan isteri adalah anugerah Allah. Jangan diabaikan kerana 3 perkara penting dalam keluarga perlu di penuhi: KETENANGAN, KASIH SAYANG DAN DIDIKAN. Sakinah atau ketenangan datang daripada mengingati Allah,oleh itu cuba semarakkan hubungan dengan banyak bersyukur kepada Allah bahawa kita masih boleh melakukan ibadah dan berinteraksi dengan manusia lain. Bila jasad menjadi mayat semua ini tidak dapat dilakukan. 

Bersegera berjihad dengan harta dan jiwa bermula dalam keluarga sebelum kemedan juang yang lebih mencabar kerana harga sebuah jihad ialah syahid. Kalau isteri hanya berkira untuk menang dan tidak memikirkan kelelahan suami ia boleh menjadi ketidaktenangan. Sesungguhnya sebuah rumahtanggan di bina oleh dua pihak dengan penuh keikhlasan bukan tuntutan. Allah akan membalas keikhlasan dengan sebaik ganjaran ketenangan dan kasih sayang, namun akan mengazab tuntutan dengan rasa kecewa serta resah di hati.

Akhir kata dalam kisah yang saya terterakan isu BOMOH, dan MANDRAM tidak ujud.Ia mainan imaginasi mereka yang tidak melihat hakikat sesuatu yang berlaku itu mesti ada punca dalaman/kejiwaan/kerohanian dan mesti ada hikmah. Punca dalaman banyak di sebut dalam AlQuran bahawa jika inginkan perubahan ia mesti bermula daripada diri manusia sendiri. Tidak ada magic dalam memelihara tanggungjawab dan hubungan manusia. Ia perlu di rancang dengan baik,di amalkan dengan sedar dan di hargai pengorbanan yang berlaku. Jika seorang suami mulai bosan dengan karenah isteri cubalah didik anak dan isteri ke jalan Allah, bukan di tinggalkan tanpa sebab. Kalau tidak mampu didik serah kepada mereka yang mampu mendidik dengan ilmu akhirat kerana semua yang berlaku akan di pertanggungjawabkan di akhirat. Life is not an experiment (ujikaji), ia satu fasa yang terus berlalu tanpa menunggu kita. Jika kita tersilap mohonlah maaf, Jika bermasalah selsaikan. lnsan soleh di cipta untuk menyelesai masalah bukan penyebab masalah. Cuba fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment