NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, February 14, 2014

KINI GILIRAN KITA

Salam
Jumaat 14 Februari 2014/14 RabiulAkhir 1435H

Awal pagi saya keluar dari rumah di Tangkak menepati janji menjemput kakak cleaner yang bersetuju bekerja dengan Smartop mulai Ahad. Cuti pagi Jumaat beliau bersetuju juga membersihkan rumah tumpangan kami di Tangkak. Mujur saya menyimpan nombor handfonnya kerana hampir setengah jam beliau tak muncul-muncul saya terus menaliponnya.

"Mintak maaf... kakak saya di jemput majikan dulu yang beria-ia mahu dia bekerja di tempat lama." Demikian jawapan adik kepada kakak cleaner kerana handfon di tinggalkan pada adiknya. Hati saya di terobosi ragu dengan janji seorang kakak cleaner yang bersungguh mahu mengubah tempat kerja kerana tepat lama mendaki tangga yang tak mampu dilakukannya. Berumur sebaya saya membuatkan saya tak sampai hati menolak malah mensyaratkan kerja 3 hari dalam seminggu 3jam sekali datang antara 9 pagi-12 tengahari.

Hampir tengahari saya menerima penggilan kakak cleaner memohon maaf kerana tidak tahu no talipon saya untuk memaklumkan perubahan mendadak pada jadual paginya. Beliau bersetuju ke rumah saya untuk meneruskan kerja yang di janjikan. Saya di maklumkan adiknya memujuknya datang ke rumah saya dengan satu sebab atau alasan "kak..rumah cina kita kerja takpe lah kita ke rumah orang melayu'

Sedih bercampur sayu saya mendengar alasan adik kepada kakak cleaner dan peluang ini saya cuba bertakruf dengannya tentang keluarganya dan pekerjaan sehariannya. Walaupun adikkakak cleaner bertugas dalam agensi kerajaan bosnya membenarkan dia keluar 3 jam sehari untuk bertugas di sebuah pejabat parti politik kerana bosnya kawan baik setiausaha parti tersebut. "Harga barang naik, semua benda perlu duit,kenalah kerja tambahan."

Seingat saya sewaktu saya kecil ramai keluarga orang melayu dan bertugas dengan kerajaan termasuk bapa saya mampu menggaji pembantu rumah sebahagian besarnya daripada kaum bukan melayu. Malah keluarga suami saya mempunyai pengasuh berbangsa cina bertahun-tahun bekerja dengan taat setia. KINI GILIRAN KITA orang melayu bekerja dengan bos berbangsa cina. Apakah iktibarnya?

Ayat AlQuran menggambarkan konsep pergiliran dalam Surah Ali-Imran 141 bermaksud...."Kami pergilirkan antara manusia agar mereka mendapat pelajaran dan agar Allah membezakan orang-orang yang beriman dengan orang-orag yang kafir.' Saya bukanlah orang yang arif mentafsir Surah yang di tujukan kepada para sahabat Rasulullah saw yang berjuang menegakkan kebenaran,namun konsep bergilir peranan ada di sentuh kerana semua yang diciptakan akan musnah akhirnya. Siapa yang beriman akan kekal imannya hingga ke akhirat, siapa yang kufur akan musnah dan di gantikan dengan kaum yang lain yang beriman insyaAllah kerana tugan insan hanya beriman dan beribadah kepada Pencipta. Nokhtah.

Menyelusuri sejarah di kampong saya yang berdekatan bandar Muar dan Tangkak 40-50 tahun lalu penduduk berbangsa cina tidaklah begitu ramai berkampong bersama kaum melayu dalam keadaan daif. Saya ingat lagi jiran saya berbangsa cina rumahnya amat daif. Dalam keadaan daif pun mereka berniaga runcit dan sekarang rumah mereka besar dan salah seorang anak menjadi taukeh besar. Ini berlaku kepada sebahagian besar keluarga cina yang menetap sekitar kampong melayu. Pekerja pula hari ini jadi terbalik kerana ramai orang melayu bekerja dengan taukeh cina yang berubah taraf daripada daif kepada taukeh besar dalam pelbagai bidang termasuk landskap dan tanaman di nurseri.

KINI GILIRAN KITA memberi iktibar bahawa isu jatidiri bangsa mudah bertukar tangan jika kita lalai memertabatkan identiti bangsa dan agama kita. Kalau dulu seingat saya membakar mercun di sekitar kampong melayu amat susah kerana di bantah penduduk yang tak suka bising. Kini di Tangkak letupan mercun tak kira masa dan ketika bebas dilakukan oleh mereka berbangsa cina. Saya bukan bercakap tentang ras atau bangsa semata kerana sebagai umat lslam saya jelas semua makhluk adalah hamba Allah dan layak beriman. Saya hanya tertanya-tanya dimana silap perancangan masa depan umat majority dalam bidang pelajaran, keusahawanan dan sebagainya kerana ternyata semua bidang di bolot kaum lain termasuk kaum minority lndia yang kini lantang bersuara jika hak mereka di ketepikan.

Saya berhenti di sini kerana ada urusan lain.       

No comments:

Post a Comment