Assalamualaikum wr wb
Ahad 5 Januari 2014/4 RabiulAwal 1435H
Alhamdulillah hari ini hari bekerja di negeri Johor. Saya ingin mengambil iktibar perjalanan sebuah sungai yang bernama RIVER OF LIFE. Di takdirkan saya menerima watssapp mengenai salahfaham antara adik beradik satu keluarga terdekat. Terlalu kecil untuk dijadikan isu lantas saya jawab watssap tersebut begini 'DALAM MENGHARUNGI RIVER OF LIFE JANGAN BIARKAN SAMPAH MENGGANGU KITA'
Cara bertindak seseorang sering menggambarkan suasana dalaman sekeping hati.Jika hati di tadbir nafsu ia akan rasa puas mencurahkan segala kepahitan samada melalui kata-kata atau tulisan dan terkini menggunakan watssapp. Kata-kata yang beracun akan mengguris hati, tulisan yang penuh geram akan mencabar tindakan.
Teringat saya program MAWAR di Sarawak yang juga saya jelaskan tentang RIVER OF LIFE yang di ganggu banyak sampah sarap. Jika kapal yang mengharungi sungai itu besar dan kukuh semua sampah akan ketepi,namun jika sampan kecil dan robek pula pasti sampah akan menggangu pelayaran. Pilihan kita ialah mempersiapkan kapal agar tidak mudah tercuil dengan gangguan. Kalau Nabi Nuh mengambil masa ratusan tahun membina sebuah kapal ertinya sepanjang hidup kita perlu merawat kapal kehidupan untuk mengharungi RIVER OF LIFE. Segala cerca nista baginda ketepikan,ejekan juga baginda abaikan malah fitnah tidak menggugat baginda kerana perintah Allah wajib di patuhi untuk terus melayarkan kapal akidah.
Hanya setelah umatnya keterlaluan mendustakan dakwahnya baginda berdoa dengan doa yang paling maqbul iaitu hapuskan orang-orang kafir. Yang tinggal mengikut Nabi Nuh hanya orang yang beriman. Tahukah kita mereka adalah waris datuk nenek kita yang datang daripada rumpun orang beriman? Siapa yang mencuilkan kita daripada landasan iman mutakhir ini jika bukan faktor jahil, hawa nafsu, hasad dengki, persepsi songsang/serabut/sekular dan bisikan syaitan yang di simbolkan dengan TONG MERAH. Malah teman saya menegaskan kepada peserta program MAWAR syaitan hanya berbisik bukan menggerakkan tindakan seorang yang bernama manusia. Manusia sendiri bertnaggungjawab terhadapa nasib kapal mereka dalam RIVER OF LIFE.
Nah..isu yang menjerukkan hati seorang yang berwassap saya datang daripada salah faham sendiri. Kalau belum faham atau kurang faham situasi haruslah bersabar mencarinya hingga tindakan kita hampir tepat kepada apa yang Allah kehendaki iaitu menjaga akidah biar mantap, membelai silaturrahim agar kukuh dan jadilah orang yang memberi kebaikan sepanjang melalui RIVER OF LIFE.
Blog ini di tulis diTadika Smartop Tangkak. Saya senghaja menghabiskan masa peringkat awal tahun ini memantau Smartop. Sekilas pandang kami seolah dalam situasi yang kurang aktif daripada tahun pertama. Seorang guru Tadika telah berhenti dan peraturan tadika turut ketat berbanding tahun sebelumnya. Taska pula diminta menyediakan pelbagai kemudahan asas termasuk CCTV dan menukar lantai dengan marble tile. Kos melakukan keperluan ini agak tinggi dan saya dan teman terus menginfaqkan pendapatan latihan kami di Sarawak ke Smartop. Dengan penuh yakin saya membayangkan beberapa program lagi akan di aturkan untuk kami selepas ini di beberapa daerah di Sarawak,insyaAllah,ameen.
Smartop komit untuk menghasilkan roti sendiri dan buat permulaan menu makanan yang berbentuk roti bun adalah hasil sendiri. Syukur saya di pertemukan dengan peserta MAWAR kerana ada di antara mereka yang pakar membuat roti lantas memberi banyak tips kepada saya,alhamdulillah. Lima tahun dari sekarang sekalipun jika umur saya tidak kesampaian saya meramalkan Smartop akan ada bakery sendiri dengan pilihan roti yang menjadi icon di Tangkak insyaAllah.ameen.
RIVER OF LIFE turut ingin berkongsi keserabutan cara berfikir masyarakat yang saya santuni di Tangkak. Seorang ibu merancang untuk menghantar anaknya tahun hadapan kesekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan tahun ini persekolahan pra anak-anaknya tidak disambung di Tadika Smartop.Namun anak-anaknya transit di Taska Smartop menunggu sekolah KAFA sebelah petang. Terburai habis konsep INTEGRATED yang cuba di jelmakan di Smartop kerana masih ada lagi yang berfikiran mengasingkan agama dengan pendidikan. Di sebelah pagi anak-anaknya ke Tadika Cina memakai gaun,begitu juga nanti dalam sekolah rendah. Sebelah petang bertudung lingkup untuk persiapan kesekolah agama. Tak ubah macam saya bersekolah rendah dahulu, langsung tidak terfikir bahawa menutup aurat bukan hanya untuk sekolah agama. Sesungguhnya Allah berada di sepanjang perjalanan RIVER OF LIFE.
Mengendalikan sebarang program atau projek turut melalui RIVER OF LIFE. Tidak ada istilah mengaku kalah, berburuk sangka, bermusuhan atau bermasalah kerana MASALAH TIDAKLAH LEBIH BESAR DARIPADA ALLAH. Jika kita jujur dan jelas matlamat serta bernawaitu untuk mencari redho Allah pasti pertolongan Allah akan tiba di saat kita memerlukan insyaAllah. Dengan keyakinan ini saya dan semua yang bersama dalam kapal-kapal amal soleh yang kami rancang akan terus belayar dalam RIVER OF LIFE menuju ke destinasi yang amat pasti iaitu mendapat keredhoan Allah yang bernama SYURGA. Visi Smartop ialah berkongsi doa saidatina Asiyah isteri Firaun 'Ya Allah binakan aka sebuah rumah di sisiMu di Syurga (AlQuran Tahrim 22). Ameen
No comments:
Post a Comment