NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, January 7, 2014

MENCARI MAKNA DALAM KEBENDAAN

Salam

Selasa 7 Januari 2014/6 RabiulAwal 1435H

Satu perjalanan yang sungguh jauh menemukan makna tajuk blog saya kali ini. la bermula dengan sedikit maklumat saya terbaca tentang orang-orang soleh yang hanya bahagia dengan tiga (3) perkara: 1. Puasa pada hari panas membakar. 2. Solat malam ketika orang nyenyak tidur 3. Suka berada dalam majlis ilmu. Sebaliknya masyarakat hari ini akan bahagia jika banyak harta, rumah besar, anak bijak, berpangkat tinggi, kereta mewah dan miliki perabut world class.

MENCARI MAKNA DALAM KEBENDAAN cuba menyelusuri perubahan drastik zaman moden yang membawa 5 ciri berikut:
MEMBAZIR
BERHUTANG
NAFSU CARI KEKAYAAN WALAU CARA TAK BERMORAL
TAMADDUN DI UKUR DENGAN WANG
KEARAH KEMUSNAHAN DAN BERMUSUHAN

Mau tak mau kita kena akur bahawa ciri yang memusnahkan bumi tempat tinggal sementara ini ada pada setiap kita. Cara fikir yang bagaimana harus kita ubah agar kita tidak di MANGSAkan cara percuma?

Satu cara yang boleh di cuba ialah MENCARI MAKNA DALAM KEBENDAAN /KEPUNYAAN KITA (FINDING MEANINGS IN THINGS/POSSESSIONS)

Pernah dalam satu insiden yang saya lalui beberapa dekad lalu. Ketika itu saya berada dalam sebuah kereta yang baru di beli. Anak saya berumur 5 tahun sedang demam dan termuntah di atas lantai kereta. Tuan punya kereta marah menyinga. Saya terdiam, sedih sambil membersihkan muntah anak. Tak silap saya lebih sepuluh tahun lepas kejadian itu kereta tersebut terlibat dalam kemalangan dan menjadi besi buruk. CUBA ANDA CARI MAKNA DALAM KEBENDAAN BERNAMA KERETA TERSEBUT?

Teringat juga saya dalam program MAWAR check point MASA BERKUALITI. Di ceritakan sebuah kisah anak kecil mengukir dengan shilling pada kereta baru ayahnya.Tanpa di sedari ayahnya memukul dengan kuat tangan anaknya menggunakan tukul besi sehingga hampir hancur dan anak di rawat di hospital. Anaknya ingin menulis kata-kata 'l love you papa' pada kereta bapanya. Keesokannya si ayah membunuh diri. Adakah ini cara MENCARI MAKNA DALAM KEBENDAAN?.

Kalau Nabi Yusuf mencari makna dalam mimpi yang terjelma kebenarannya selepas lebih 40 tahun apakah makna kebendaan yang kita miliki hari ini? Sounds berbelit ya? Maksud saya apabila masyarakat kita terperangkap dalam sistem kapitalis atau materialistik yang mendahulukan BENDA bukan ILHAM atau PERASAAN atau IMAN dan TAQWA natijahnya adalah KAHANCURAN. Contoh negara kita yang tidak mampu melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa adalah kerana kurangnya pembangunan jiwa untuk memperjuangkan kebenaran dalam AlQuran dan Sunnah. Malah ramai yang mencemoh nilai tersebut sebagai kolot dan backward.

Rasa sayu juga kerana ramai yang masih terperangkap dengan kebendaan ke tahap mencetuskan salah faham. Pengalaman di Smartop cukup untuk kami mengambil iktibar kesan kenaikan yuran Taska dan Tadika. Hilang perasaan untuk membantu pengasuh yang bertungkus lumus mengasuh anak bila di sentuh yuran akan di naikkan. Ramai yang menghantar anak di rumah orang atau ke sekolah lain. MENCARI MAKNA DALAM KEBENDAAN berupa wang ringgit adalah YANG MURAH bukan sifat memberi,berkorban,bantu membantu, istiqamah dan kepercayaan. Seorang ibu tidak menghantar anak-nya ke taska. Bila saya bertemunya ringkas sahaja saya berkata anak-anak belajar waktu kecil, dah besar susah sikit. Dia tersenyum. Di sebalik senyuman ialah 'terpulang pada saya yang mengeluarkan wang persekolahan anak saya'
'    
Tertekannya masyarakat kita hari ini semuanya berpunca kebendaan. TIADA WANG TIADA CAKAP, TIADA BUSINESS. (NO MONEY, NO TALK, NO BUSINESS). Semacam telur dan ayam siapa dan apa yang patut di dahulukan masih misteri. Seorang Ustaz melalui pengalamannya membuka sekolah tahfiz meluahkan keterkesanan dengan sifat TAWAKKALnya. 'Bila kita betulkan nawaitu untuk membela agama Allah pasti Allah akan menghantar tenteranya berupa manusia untuk membantu kita.'itu keyakinan kuatnya. Kisahnya beliau bersimpati kepada dua orang adik beradik miskin yang ingin belajar tahfiz tetapi kos agak tinggi lantas bapa anak-anak merayu ustaz mengajar anaknya. Tanpa sesen dalam poket ustaz berkongsi kisah anak miskin tersebut dan selepas kuliah seseorang menginfaqkan sebidang tanah untuk tahfiz, Allahu Akbar. Inilah MAKNA DALAM KEBENDAAN berupa sebidang tanah untuk di wakafkan ke jalan lslam. Pada mata kasar betapa ruginya pemilik tanah kerana melepaskan haknya untuk sebuah tahfiz,namun di sisi Allah maknanya infaq yang mengalir tanpa henti sekiranya anak-anak tahfiz mula belajar dan menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan umat manusia.

MENCAR MAKNA DALAM KEBENDAAN harus mengajar kita untuk mendapat semaksima ganjaran hasil dunia untuk bekalan akhirat. Teringat dalam program MAWAR di Sarawak modul  BEG HITAM (menggambarkan bekalan akhirat) dan periuk yang di bawa sepanjang perjalanan kehidupan. Terlalu sedikit sumbangan periuk (keduniaan) dalam beg hitam, malah tiada langsung sewaktu program berjalan. Tidak di sedari juga beg hitam mungkin tiris dek akhlak buruk dan maksiat yang dilakukan. Amal terbatal dalam keadaan tersebut, maka kosonglah beg hitam pada hari perhitungan.

Terlalu fokus dengan kehidupan harian yang semakin sibuk kita lupa MENCARI MAKNA DALAM KEBENDAAN. Hidup sebahagian besar manusia malah terhenti kepada kebendaan yang di perolehi,memuja memuji kebendaan dalam pelbagai bentuk sehingga terjebak dalam sifat riak,pamer,ujub,sombong dan banyak lagi penyakit hati. Jika berlaga pula dengan sikap orang yang suka bersaing maka berlakulah persaingan hebat, caci mencaci,dengki mendengki.Bukankah itu berakhir dengan KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN ??? Tepuk dada tanyalah iman. WaAllahu'alam

Seharusnya MENCARI MAKNA DALAM KEBENDAAN bermula dengan nawaitu sentiasa berjiwa ingin memberi peluang,perkhidmatan dan sumbangan kepada kerja-kerja bermanfaat. Saya merindui WHITE HORSE (kereta Toyota Mark X) pemberian adik saya 3 tahun yang lepas kerana sekarang WHITE HORSE tidak mudah di gunakan,perlu di rawat sistem power steering yang rosak. WHITE HORSE di beri kepada saya kerana adik saya melihat kerja saya banyak ingin melakukan segala kebajikan yang terjangkau. Benarlah tuan punya yang menginfaqkan WHITE HORSE memang berkongsi kebaikan setiap kereta tersebut berada di tempat yang soleh. Semoga WHITE HORSE  akan terus mendapat makna yang besar setelah di rawat .Ameen.
        

No comments:

Post a Comment