NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, January 18, 2014

PARENT SUPPORT GROUP SMARTOP

Salam
Sabtu 18 Januari 2014/17 RabiulAwwal 1435H

Alhamdulillah..tabarokaAllah. Empat hari saya terkapai-kapai tanpa internet di rumah walaupun talian unify ada. Saya mencari punca masalah ke tahap menghantar laptop untuk di perbaiki. Rupanya TM ada masalah teknikal di kawasan Shah Alam.

Blog ini di tulis menggunakan tab suami saya dan dalam suasana mengejar masa tidur yang perlu di awalkan mengikut nasihat teman saya bahawa tidur awal terbukti terapi kesihatan dan mengelakkan serangan kanser (kajian pada ayam)
Sejak majlis MaulidilRasul pra sekolah Smartop pada 14hb saya dan suami di sibukkan mengurus keperluan asas kereta Mark X yang siap di selenggara di workshop asal kereta import seksyen 25. Bilnya memang di luar persiapan lantas adik saya menampongnya, alhamdulillah rezeki adik beradik yang suka memberi. Road tax pula tamat tempoh kenalah menguruskannya hampir sehari.

Mulai Jumaat suami saya menghadiri program tarbiyyahnya lantas saya berkurung di rumah cuba mengurus apa yang patut kerana kali ini agak lama saya berada di Shah Alam. Hari Khamis sebelah malam sempat bertemu dua orang adik saya berbincang hal kekeluargaan dan cadangan mengadakan perjumpaan keluarga lepas cuti hari raya cina. Jumaat cuti Thaipusam, agak pelik mengapa kaum lndia mempunyai dua kali cuti termasuk Deepavali. Wesak untuk Buddhist dan Tahun Baru Cina untuk kaum Cina. Tepatlah di Malaysia ini cuti amat banyak, itu belum di kira cuti kaum lain di Malaysia Timur. Hari bekerja yang produktif mungkin tak sampai 10 bulan.

Pagi ini saya menerima tetamu yang lama tidak bertemu, seorang penulis novel lslamik dan anak kecilnya berumur 1 tahun 7 bulan. Kedatangan yang membawa berkah kerana saya dapat keluar bersamanya ke pasar membeli keperluan. Sebenarnya suasana sekitar seksyen 7 Shah Alam mutakhir ini agak menggerunkan untuk keluar rumah kerana berlaku beberapa kes ragut dan mangsannya wanita berkereta, samada tingkap kereta di pecahkan dan serangan peribadi meragut barang kemas di anggota badan. Saya melihat ini sebagai musibah yang berat juga kerana kes berlaku di siang hari dan dalam kawasan perumahan.

Suami saya dan pasukan rondaan malamnya anjuran Surau AtTaqwa dan MPP melakukan rondaan bergilir dari jam1.00 pagi hingga ke waktu Subuh dan ternyata yang dapat di sorot hanya pasangan berkasih dalam kereta. Bila di tanya mengapa tiada rondaan di siang hari,  suami saya terus menjawab mungkin suri rumah boleh membantu memberi maklumat kerana para suami sibuk bekerja. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, suri rumah yang di mangsakan, nauzubillah.

Seorang teman saya sedang merancang membuat kajian bagaimana memanfaatkan pesara yang mempunyai pelbagai sumber agar mereka tidak hanya bertemu teman lama di kelab-kelab dan melancung keluar negara. Mungkin mengawal persekitaran daripada gangguan luar boleh di fikirkan. Malah saya mencalun diri menjadi salah seorang sample kajiannya.

Blog ini saya catitkan untuk memperingati majlis perjumpaan ibu bapa Smartop pada 14hb lalu. Di sebut penubuhan PIBG namun saya lebih suka di sebut PARENT SUPPORT GROUP. Dengan izin Allah jua calun yang di cadangkan menjadi pengerusi hari tersebut ialah seorang pendidik, alhamdulillah, semoga akan berlaku banyak kebaikan sekiranya PSG menjadi kenyataan. Saya belum kesempatan merakamkan gambar pada hari tersebut namun saya bersyukur kami dapat melakukannya dalam waktu yang singkat dan padat. Terkilannya hanya kerana kepadatan waktu menyebabkan penceramah jemputan yang lewat sampai tidak dapat menyampaikan ceramah. Doa saya kedatangannya dapat membuka ruang berkenalan dan diundang lain kali insyaAllah.
 
Tiba masanya PSG memikirkan bagaimana memberi ruang melahirkan generasi yang dapat mengubah zaman. Anak-anak harus di didik oleh ibu bapa dan institusi pendidikan bukan di biar larut dengan zamannya. Tetamu saya pagi ini telah membuka langkah mengasuh anak kecilnya dan ternyata berkesan kerana anaknya sudah kenal huruf, nombor dan berbahasa inggeris dalam umur 1 tahun 7 bulan. Keyakinan diri anak turut terserlah kerana sentiasa riang dan kurang menangis. Teringat saya berapa ramai anak-anak yang menangis waktu awal masuk ke Smartop.

Dua tenaga pengajar Smartop kini sedang berkursus anjuran Permata Pintar di Muar. Antara buku pakar yang menjadi rujukan ialah Howard Gardner. Saya pernah membaca bukunya yang ada unsur lslam jika di teliti kerana semua ilmu adalah hak Allah, beliau cuma menyampaikan sekalipun bukan seorang lslam. Saya mencadangkan tenaga pengajar Smartop menggarap bahan kursus dan menterjemahkan dalam bahasa akidah yang mantap kerana Smartop perlu modul demikian untuk membolehkan lebih banyak pra sekolah di buka di tempat lain, tidak terkecuali di Sarawak tempat saya menghabiskan sebahagian umur muda saya insyaAllah. Semoga agenda awal PSG yang akan berjumpa selepas cuti tahun baru cina nanti dapat membincangkan modul unggul ini. Ini termasuklah rancangan kelas bahasa inggeris, swimming dan taekwondo yang telah di kenalpasti instruktornya. Di doakan guru bahasa mandarin juga dapat di cari dalam tempoh terdekat. Ameen






No comments:

Post a Comment