NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, November 5, 2013

TROLLING FISHING

Salam

Selasa/Rabu 5/6 November 2013 1/2 Muharram 1435H

SEKITAR PULAU LANGKAWI TEMPAT TROLLING

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Itulah perkataan yang meluncur keluar daripada mulut bermula di hati saya dan suami kerana kami telah berjaya menjalakan program EXOTIC FISHING TRIP (EFT) mulai 2-5 November 2013. Saya tidak melihat apa yang kami lalui sebelum dan selepas sebagai cabaran atau kesulitan kerana di sudut hati ini ia bermula dengan semangat kasih sayang, mawaddah wa rahmah mensyukuri banyak anugerah Allah selama kami hidup hingga saat ini.

Segala teguran ikhlas dan penilaian program kami terima dengan hati terbuka kerana misi kami jelas iaitu untuk mencari redho Allah dalam mentadbir semua amanah yang kami galas mutakhir ini antaranya menjalankan pra sekolah Inegrated Smartop. Kata seorang wanita barat berumur 87 tahun 'if l do not do anything in my life l will be 87 anyway...' beliau mendaftar belajar dan meraih ijazah di sebuah university di barat pada umur 87 tahun...beberapa minggu selepas itu beliau meninggal dunia.

Saya selitkan kisah wanita barat kerana memang aneh jika di fikirkan saya dan suami dalam umur 60an selepas bersara kehulu kehilir melakukan sesuatu yang sepatutnya kami lakukan diumur muda lagi...tapi kata orang better late than never. Memang rezeki juga kami satu kumpulan di padankan mengikut mood yang sama iaitu memanfaatkan umur untuk menikmati kebesaran Allah. Allahuakbar 3 x kerana uniknya dalam EFT kami berada dalam dua tahun hijrah 1434 dan 1435 serta kemenangan parti PAS dalam pilihanraya Sungai Limau memulakan era baru lslam mentabdir dan akan terus mentadbir sekalipun dalam projek sekecil EFT.

Tajuk ini saya catit kerana tidak mau melepaskan peluang mengambil sedikit masa sebelum bertolak ke Tangkak sebentar lagi kerana saya ingin memperjelas konsep TROLLING. Trawling adalah perkataan yang saya faham mengenai menangkap ikan menggunakan pukat yang di tarik sebuah bot,juga di panggil memukat. Trolling rupannya ialah memancing menggunakan mata kail yang di pasang pada umpan buatan dan di tarik atas air melalui bot yang berjalan perlahan.


FOKUS TROLLING

Suami saya di beri nikmat berjaya mendapat ikan barracuda seberat 3-4 kg sewaktu trolling di saat akhir EFT kerana program ad hoc di masukkan sebagai menilai pengalaman berada di laut. Air pasang agak lewat maka kami hanya dapat ke laut jam 11 pagi. Jam 3 petang harus keluar homestay ke lapangan terbang kerana sebelum itu ada temujanji di rumah anak yatim. Kalut juga di buatnya bila jam 1.30 petang kami masih 'on the way' dalam bot, terus kekedai membersih ikan dan balik untuk memasak ikan cara segera kerana paste asam pedas telah tersedia.Saya juga sms teman yang tidak ikut serta supaya memasak nasi.

TANGKAPAN IKAN BARRACUDA

Pengalaman sepanjang EFT saya rakamkan sebagai satu bukti bahawa semua urusan di muka bumi ini WAJIB berpaksikan AKIDAH yang lurus,SILATURRAHIM dan semangat MEMBERI. Berbekalkan 3 perkara ini saya menikmati pelbagai anugerah yang tidak di duga,antaranya berita geran Jabatan Kebajikan Masyarakat telah di terima oleh Smartop, dua pelabur sudi meletakkan wang dalam projek Langkawi Lite. Semoga semangat TROLLING akan terus cerah untuk kami meneruskan EFT yang lebih praktikal serta membuka eatry outlet (kedai makanan ringan) di Pekan Kuah insyaAllah. Trolling mengajar kami sabar dan fokus kerana sesungguhnya rezeki itu daripada Allah dan cara mentadbir rezeki dan amanah Allah tidak boleh lari daripada menjaga 3 perkara asas:Akidah,Persaudaraan dan Infaq.WaAllahualam

No comments:

Post a Comment