Sabtu-Ahad 9-10 November /4- 5 Muharram 1435H
Sekali lagi BERBUNGA DI HATI kami pengasas Smartop Integrated Pre School Tangkak. Hari Ihtifal (Convocation) anak-anak akhirnya tiba setelah barisan guru-guru di 'tarbiyyah' menjalankan sendiri perancangan,mencari dana dan segala persiapan menjayakannya. Saya secara peribadi menukilkan rasa lega kerana kami barisan pengasas yang berumur ini tidak harus melakukan sesuatu yang mudah di jalankan oleh orang lain. Kami harus berpindah memikirkan isu ummah yang sama pentingnya di tempat lain atau dalam bidang lain.
Majlis ihtifal yang saya gambarkan sebagai 'sweet and simple' merumuskan apa yang Smartop mampu didik anak-anak iaitu membangunkan potensi dan membentuk akhlak. Sayu di hati ini apabila kalimah syahadah di tuturkan dalam bahasa Mandarin. Saya berdoa amal sekecil syahadah ini menjadi bukti dan saksi keyakinan yang tinggi kami di Smartop kepada pertolongan Allah yang tidak pernah kami di kecewakan. Ya Allah aku bersyukur dengan takdirMu meletakkan aku di mana yang Kau atur sesuai kerana aku ingin menjadi hambaMu yang berbakti menepati ayat dalam AlQuran Surah AlHajj ayat 77 'wahai orang-orang yang beriman rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan agar kamu beruntung."
BERBUNGA DI HATI MELIHAT KEYAKINAN ANAK-ANAK BERDIRI TEGAK BERSEMANGAT
Ujian penyakit tangan dan mulut yang melanda pekan Tangkak mutakhir ini tidak membebaskan Smartop daripada terjebak sama. Sebelum di arah tutup kerana wabak Smartop telah mengambil keputusan tidak membenarkan anak-anak ke taska di bimbangi penyakit merebak. Di beritakan kami adalah taska ke sembilan yang dilanda wabak dan hingga 20 hb November nanti Smartop di kurantin daripada beroperasi. Beberapa guru sedih dan bimbang kemungkinan Smartop menerima kesan dengan insiden ini, namun kami pasrah kerana kami bukan punca masalah malah kami menjadi mangsa wabak yang mungkin bermula daripada cara hidup masyarakat yang mengabaikan kebersihan. WaAllahualam.
Sepanjang program Ihtifal yang ringkas saya berkesempatan bersembang dengan ibu bapa pelajar yang masing-masing menyokong penuh sekolah bersepadu. Smartop memperkenalkan pelbagai cara membahagiakan anak-anak antaranya berenang, bermain kompang dan mengajar bahasa Mandarin. Pengerusi Lembaga Smartop dalam ucapannya menegaskan tiga syarat perlu ada untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat iaitu Manhaj tarbiyyah (sistem yang mendidik jiwa), Qudwah Hasanah (contoh yang baik) dan Biah Solehah (persekitaran yang menarik dari segi fizikal dan spiritual). IHES merupakan sistem yang mantap untuk di laksanakan sementara contoh harus berlaku dalam semua urusan agar tertonjol akhlak lslam sementara persekitaran yang barakoh penuh kasih sayang dan pergantungan kepada Allah yang Maha Besar. Sekalipun timbul masalah, ia tidak sebesar tugas menegakkan kebenaran dan penyelesaiannya mesti merujuk kepada apa yang Allah perintahkan. Satu permintaan ibu bapa ialah megadakan kelas bimbingan AlQuran untuk anak-anak yang terus berada di Smartop selepas waktu persekolahan dan ia akan di beri perhatian dalam perancangan tahun 2014 insyaAllah.
PEMBERIAN SIJIL KEPADA ANAK-ANAK YANG AKAN MENINGGALKAN SMARTOP MASUK KE SEKOLAH RENDAH
Sekali lagi saya dan team pengasas Smartop merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang teribat dalam menjayakan Smartop sepanjang tahun 2013 dan Hijrah 1434. Tidak mungkin akan berlaku kejayaan tanpa kerjasama semua. Saya merakamkan syukur dengan HATI PENUH BERBUNGA seronok kerana dapat memanfaatkan masa sepanjang tahun menguruskan Smartop. Semoga Allah meredhainya.
Di Shah Alam awal pagi ini kami dapat berita pemergian CEO TV Hijrah Dato' Hj Bukhari Che Muda kerana kanser. Semoga Allah merahmati ruhnya. la amat menginsafkan kerana jasanya di TV Hijrah ketara sekali. Kebetulan saya sejak mutakhir dengan musafir Langkawi Tangkak kurang menjaga kesihatan perlu peka bahawa umur di hujung senja ini akan di sentap bila-bila masa. Ukuran gula pun melonjak 19 dan saya mula merasa kesan keletihan yang amat sangat. Perlu merehatkan fizikal dan minda di Langkawi petang nanti kerana saya dan adik akan ke sana meninjau potensi Langkawi Lite beroperasi secepat mungkin insyaAllah. Ya Allah tunjukkan aku jalan yang terbaik melaksanakan amanah ini. ameen.
No comments:
Post a Comment