Salam
Rabu 30 Oktober 2013/25 Zulhijjah 1434H
Saya menulis daripada Pulau Langkawi, di pejabat Sky5 bersebelahan pejabat Indra Travel and Tours.Suami saya akan menyertai pada 1 November sementara 2-5 November kami mula mengendalikan pakej Exotic Fishing Trip pertama.
Sebelum ini kekerapan adik saya berada di Langkawi menjadi tandatanya kerana saya kurang arif projek yang di jalankannya. Sesekali terdengar masalah kewangan yang teruk dialaminya namun apakan daya saya gagal menjadi penyelamat. Terkini projek di Langkawi telah di kongsi maklumat dan saya serta suami berusaha membantu di mana yang mampu, almaklum kami selaku 'Penasihat' (bukan Punah sihat)
Seminggu sebelum ini saya bersama suami dan teman bergegas ke Tangkak meninjau persiapan program Ihtifal (convocation) yang di rancang pada 9 November nanti. Isu serentak untuk di uruskan ialah menyediakan peruntukan membayar gaji bulan Oktober kerana kedudukan kewangan Smartop belum mantap.Kami berharap mendapat geran Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) namun belum ada berita. Selain bertawakkal saya juga berusaha membuat 'soft loan' daripada kakak dan teman saya. Apakan daya di zaman ekonomi merosot belum ramai yang tampil membantu. Hakikatnya kami amat yakin Allah akan membantu hambanya yang tidak berputus asa dan meyakini bahawa jika kita membantu orang lain dengan ikhlas Allah pasti akan membantu kita. Alhamdulillah sujud syukur kami. Seorang hamba Allah teman kawan saya sudi menginfaqkan keperluan kami,semoga Allah mengganjari yang terbaik untuknya. Di beritakan juga geran untuk taska Smartop turut di luluskan.Kepada Allahlah kami berserah dan bersyukur berterusan.
Dalam suasana bertawakkal dan mengharapkan pertolongan Allah satu rahsia yang penting di ambilkira ialah sentiasa dalam KESIBUKAN menjalin hubungan denganNya,dengan manusia dan dengan apa sahaja rancangan yang berkaitan dengan nawaitu beribadah dan mendapat redho Allah. Dalam satu wassapp saya terima video menceritakan bagaimana manusia berharap agar doa meminta SYURGA di perkenan Allah sedangkan anugerah mendapat kemuliaan menjadi umat lslam tersedia tanpa kita MINTA. Maksudnya kita terlepas pandang untuk bersyukur dengan anugerah lslam sejak lahir yang di takdirkan Allah. Adalah menjadi keutamaan agar kita yang di lahirkan dalam agama lslam menjaga imej lslam sebaiknya sebelum kita meminta syurga Allah.
Antara kesibukan mutakhir selain mengurus Smartop ialah membuat tinjauan dan kajian demi kajian projek Langkawi Lite. Kakak saya amat terkejut melihat perubahan saya menyediakan pelbagai jenis roti (tiga sahaja) kerana firasatnya saya yang suka tunjuk-tunjuk (mengarah) tak sangka dapat menghasilkan masakan enak kerana kami menjemput beliau datang ke rumah menikmati roti panas. Adik ipar saya terus wassapp hairan dalam kesibukan saya dapat membuat roti untuk mencari dana Smartop. Alhamdulillah inilah yang di katakan SIBUK YANG BERMANFAAT. Objektif saya tidak berhenti melakukan R&D ialah supaya hasilnya terbaik dan mantop.
Pagi Khamis kami ke Jabatan Pelajaran Muar ingin memohon lesen Tadika kerana Majlis Perbandaran Tangkak telah mula membuat pemantauan. Sebelum ini keujudan Taska/tadika Subur Fitrah macam tak tergugat kerana tidak perlu membuat sebarang pendaftaran. Apa pun kami harus patuh kepada peraturan kerana ini akhlak berdisiplin yang di anjur lslam. Agak sukar dan sulit namun teman saya dengan pengalaman luasnya me'nekel' staf jabatan pendidikan Muar telah berjaya berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab. Alhamdulilah laluan nampak jelas dan mudah untuk memohon pendaftaran tadika tahun 2014 insyaAllah.
Hari Jumaat hingga Isnin, tiga hari yang agak santai tapi sibuk. Miss Leng guru Mandarin akan menamatkan perkhidmatannya hujung Oktober dan kami mengadakan majlis perpisahan pagi hari Jumaat. Miss Leng telah mendapat tawaran sebagai Ahli Farmasi dan akan melapor diri dalam tempoh terdekat. Saya sempat menasihatkan agar miss leng MENYIBUKKAN diri dengan memberi perkhidmatan terbaik yang semakin baik dari masa ke masa agar berfaedah untuk kemanusiaan sejagat. Apabila sikap terbaik menjadi amalan kita tidak ada masa melihat kelemahan orang lain dan ini merupakan rahsia kejayaan berterusan. Tidak di sangka falsafah saya menggamit sharing oleh Miss Leng kerana beliau kurang berpuashati dengan sikap petugas awam khususnya pihak rumah sakit kerana tidak menepati janji tentang appointmentnya pagi itu.
Smartop sempat menghadiahkan sebuah AlQuran "miracle' semoga Allah memberi petunjuk yang miracle kepadanya pada satu masa yang indah nanti. Sempat saya berpesan supaya tidak di abaikan 'keajaiban' ini kerana kesuciannya,kalau tidak di gunakan harap beri pada orang lain. Syahdu juga dalam hati saya menyerahkan Miracle terjemahan ini, hati penuh kesyukuran kerana Smartop dapat menunaikan janji menawarkan matapelajaran Mandarin dan Miss Leng dapat melihat kami daripada kacamata bukan 'racial' tetapi rakan seperjuangan dalam membangun tamaddun kemanusiaan.
Rumah kami di Tangkak di ziarahi anak-anak cucu daripada batu pahat dan Simpang Renggam hujung minggu menikmati roti manis dan roti panas, tidak ketinggalan burger ikan (fish burger). Perancangan mula tercetus untuk menjual roti segar di Tangkak dan saya bersedia melatih sesiapa sahaja membuat roti mudah seperti resipi di bawah. Lepas ini masing-masing sibuklah dengan SIBUK YANG BERMANFAAT.
WHITE BREAD
1 kg tepong roti
*3 cawan air suam
*dua sudu gula pasir
*1 paket yeast kering
Camporkan yang bertanda* tunggu 10 minit
campur dalam adunan yeast 1 cawan tepong
tunggu 1/2 jam
masukkan baki tepong sedikit demi sedikit
uli selang seli dengan 4 potong butter (4 sudu magerin)
tutup dough dg kain selama 1 jam
bahagi 3 bahagian dough yang naik, letak dalam acuan roti panjang
tunggu 1 jam
bakar 20 minit pada 190 darjah kepanasan
ROTI LEMAK MANIS
1 kg tepong roti
*2 sudu gula pasir
*1 cawan air suam
*1 paket yeast kering
camporkan yang bertanda * tunggu 5 minit
Dalam bekas lain suamkan 1 cawan susu segar dan 4 susu besar butter atau magerin
Dalam bekas lain masukkan tepong,
campor ` 1/2 sudu garam
1 cawan gula pasir
2 biji telor
masuk adunan yeast
masuk adunan susu
uli hingga sebati
tutup dough selama 1 jam
bentuk saiz bun 60 biji letak dalam loyang
tunggu 1 jam dan bakar
ROTI BURGER
1 kg tepong roti
* 1 yeast kering
* 2 cawan air suam
* 1 cawan tepong
Camporkan yang bertanda * tunggu 10 minit
Dalam bekas lain masukkan tepong, 1 telor. 1 1/2 sudu garam, 1 cawan gula
masukkan adunan yeast uli hingga sebati
tunggu 1 jam
bentuk bujur bulat macam roti burger
tunggu 1 jam sebelum bakar.
.
ROTI LEMAK MANIS
SELAMAT MENCUBA, no mechine, no haressment, no complications, simple and easy
No comments:
Post a Comment