AsSalam
Rabu 13 November 2013/ 9 Muharram 1435H
CONTOH GERAI YANG MENARIK
Hari ini hari keempat saya berada di Langkawi buat yang ke berapa kali saya kurang menghitung. Asalnya saya terpengaruh dengan cadangan seorang jurupancing agar memilih tarikh yang sesuai untuk memancing, antaranya awal hingga pertengahan bulan Hijrah. Kononnya kedatangan saya kali ini ialah untuk meninjau keadaan dan suasana memancing bagi menetapkan tarikh yang sesuai untuk EFT (Exotic Fishing Trip).
Rupanya di akhir tahun Pulau Langkawi dilanda hujan dan ribut juga. Hampir setiap malam hujan turun dengan lebat hingga ke pagi dan peluang memancing memang sukar sekali. Dalam senario dunia juga cemas dengan angin HAIYAN yang meragut ribuan nyawa di Filipina.Terkini Haiyan sedang menguggat negara Cina. Begitulah ketentuan Allah yang memerintah 'tentera'Nya menguji umat manusia agar terkesan dan insaf dengan 'ayat-ayatNya'.
Dalam suasana ribut di lautan tangkapan ikan agak menurun. Di pasar semuanya mengeluarkan ikan yang telah di bekukan. Saya juga kurang membuat ujikaji makanan kerana tujuan ke Langkawi ialah penilaian akhir samada akan meneruskan projek Homestay serta jualan takeaway langkawi Lite. Dari segi kewangan team saya dan adik menyerah kalah kerana ketidakcukupan ketara sekali. Namun kami tetap mendaftar dengan pejabat daerah Kuah lesen penjaja menggunakan alamat kedai yang di sewa.
Penuh tawakkal saya memutuskan akan menguruskan homestay serta memulakan jualan 'takeaway' menggunakan konsep gerai sahaja. Solat istikharah, berdoa, berbincang, mendapat pandangan semua pihak serta meninjau potensi, semuanya menghala kena buat juga kerana tidak ada usaha yang sia-sia. Mesti ada hasilnya jika bersungguh.
Dengan santai saya menghabiskan masa empat hari dengan berehat, menyiapkan nota latihan dan memasak iftar puasa hari ini dan esok. Saya di minta adik meninjau harga homestay sekitar kawasan rumah dan di beritakan jiran di kawasan rumah saya yang berjanji bertemu saya telah di masukkan kehospital kerana sakit SLE. Tak silap saya penyakit yang rendah imuniti badan dan mudah menjangkit penyakit orang lain. Saya dan adik perempuan menziarahinya di hospital Langkawi yang selesa besarnya.
Menurut jiran tersebut beliau sering di masukkan ke hospital setiap kali berjangkit. Saya melihatnya kurang tenang kerana sering merungut dan melihat kesalahan orang lain. Rumusan saya orang yang stress sering di jangkiti. Bila di beritau saya dan adik sedang merancang membuka restoran / jualan makanan, beliau terus menyatakan ramai pesaing yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan kita. Saya dan adik berpandangan kerana kisah ini sering saya dengar. Kalau hati mau bersih dan sihat kenalah tapis maklumat supaya tidak terjangkit sikap buruk sangka.
Adik saya menghubungi seorang anak remaja anggota Haluan berasal Langkawi kerana ingin bertanyakan rumah sewa untuk seorang tukang masak yang akan di datangkan ke Langkawi pada 20 hb November. Remaja tersebut terus mengajak kami ke rumahnya. Saya yakin dengan PASRAH kami kepada apa yang Allah susun ia menghasilkan kebaikan. Ternyata ziarah tersebut membuka banyak kemungkinan yang positif. Ibunya seorang tukang masak dan memang berhasrat membuka sebuah restoran dengan rancangan ingin memohon bantuan Tekun. Abangnya seorang pengusaha Travel agen yang lama berkecimpung dalam bidang ini serta mempunyai banyak kereta sewa. Terkini sibuk melayan banyak tempahan waktu cuti mendatang. Kami seolah bertemu orang yang paling tepat dalam urusan kami di Langkawi.
MESYUARAT PERTAMA LANGKAWI LITE
Kami membuat temujanji tenghari tadi melihat kedai dan berbincang modus operandi. Anak remajanya sedia mencatit perbincangan kami. Saya awal-awal meletakkan tiga syarat kami berkecimpung dalam usahawan ini: Pertama memantapkan akidah maksudnya kita harus lebih taat Allah sewaktu menjadi usahawan kerana rezeki hanya dari Allah;Kedua menjaga silaturrahim setiap masa.Walau kami bergabung empat orang termasuk dua adik saya yang lain kami mesti menjaga hubungan dan jangan sekali terpisah di sebabkan wang ringgit. Ketiga kita mesti menjadi tangan yang memberi, mendahulukan infaq dalam beroperasi.Marketing mesti di dahului dengan infaq kepada masjid dan surau, travel agen di semua pintu kemasukan dan travel agen termasuk pemandu bas pelancung.
Tarikh untuk membuat infaq dan mempromosi Langkawi lite di cadangkan pada 20 November sewaktu cuti telah bermula. Saya PASRAH kerana apa yang saya di datangkan ke langkawi seolah bukan perancangan senghaja saya. Ia seolah satu perjalanan yang saya tidak ada kuasa menahan berlakunya, seperti SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Semoga setiap apa yang saya lakukan Allah redho dan ketiadaan saya di Langkawi pun Allah redho dan terima sebagai amal soleh. Ameen
No comments:
Post a Comment