AsSalam
khamis 14 November 2013/ 10 Muharram 1435H
Setibanya di KLIA daripada Langkawi jam 8.00 malam saya terus ke Kajang. Dalam hujan dan tersasar jalan...wadduh lewat satu jam kami (saya dan suami yang mejemput di KLIA) baru menjamah juadah berat untuk berbuka puasa tanggal 10 Muharram. Namun makanan di rasa sangat sedap dan sambal tumis masakan adik saya 'ada kelas' menurut keluarga di Kajang. Alhamdulillah. Pesanan ketupat palas sedikit mentah dan saya akan membuat pemantauan jika makanan ini akan menjadi menu 'takeaway' Langkawi Lite(LL).
Sepanjang siang saya berkemas beg untuk membawa dua ekor ikan tenggiri besar sebagai buah tangan keluarga Kajang. Di fahamkan mereka akan mengadakan khenduri doa selamat kakak suami saya akan menjalani pembedahan major injab jantung awal December. Semoga Allah menyembuhkan penyakit hidapannya sejak lama. Saya juga menyiapkan 'brownie' untuk makan berbuka dalam penerbangan.
Penerbangan lewat petang memudahkan saya dan adik lelaki saya menguruskan segala persiapan terakhir sebelum pelancaran LL pada 20 hb November insyaAllah. Tekanan dan kerunsingan yang terjelma pada air muka adik saya ketara sekali kerana selaku rakan kongsi beliau masih belum komit untuk bersama kerana masalah kewangan. Tercetus pada kata-katanya 'duit..mana duitnya..." Entah mengapa jiwa saya tersentuh sekali dengan cara berfikir adik yang mendahulukan 'wang' atas segala-galanya. Titis airmata saya menjawab 'rezeki Allah punya, kena yakin dan tawakkal serta hampirkan diri berdoa agar Allah beri jalan keluar." Adik saya mengiakan tapi hati ini mengkelan..(tersayu) "kena tambah sujud solat sunat dan banyak baca alquran" deraian air mata tak terkawal kerana saat itu kami berdua dalam ibadah puasa 10 Muharram. "Uda (bahasa diri saya) lakukan semua ini kerana Allah dan demi lslam yang uda sayang agar menjadi contoh kita berusaha kuat. SEMUA PERKARA BERSEBAB, kita kena usaha baru datang duit. Tolong lepas ni jangan ulang tentang duit. Berusaha dulu" saya meluah perasaan. "ok saya tak ulang" adik saya terkesan.
Insiden 'perang dingin' tentang sumber kewangan mewarnai perubahan selepas itu. Tiba-tiba adik saya mengubah strategi ingin bersama,mengatur agar peralatan LL di ambil daripada seorang bekas pengusaha restoran serta pemasangan kipas dan lampu minta di segerakan. Dalam hati penuh syukur "Ya Allah SEMUA PERKARA ADA SEBAB DAN ASBAB ADIK SAYA BERUBAH PERASAAN IALAH TITIS AIR MATA SAYA PADA TANGGAL 10 MUHARRAM" MasyaAllah wa TabarakaAllah. LL kena beroperasi walau pada sekala kecil sebagai ASBAB kami ingin menerokai bidang jualan 'takeaway' di Langkawi. Ia akan menjadi ASBAB kepada beberapa perancangan lain yang kami doakan akan mejurus kepada kejayaan dunia dan akhirat.Ameen
CONTOH TERDEKAT LAY OUT RESTORAN UNTUK LL YANG KAMI SEMPAT TINJAU DI PEKAN KUAH
No comments:
Post a Comment