Salam
Selasa 15 Oktober 2013 /10 Zulhijjah 1434H-Ahad 20 Oktober 2013/15 Zulhijjah 1434H
Allahu Akbar x 3 walillahilhamd
Tiba saat menyambut hari AidilAdha. Saya dan suami baru pulang daripada Langkawi petang 14 Oktober. Surau AtTaqwa Seksyen 7 Shah Alam mengadakan solat hari raya seawal jam 8 pagi. Kabarnya 21 ekor lembu di korbankan oleh ahli kariah tetapi hanya 6 ekor di sembelih di perkarangan surau pagi ini. Kerja menyembelih oleh kaum lelaki dan 'rewang' bagi wanita di adakan sebaik lepas solat. Selesai solat saya melapangkan diri sebentar mengemas di rumah kerana jam 12 akan menyertai program korban adik saya di ladang kambingnya di Batu Arang Gombak Selangor.
Ketiadaan saya selaku isteri pengerusi surau yang terlalu kerap daripada majlis atau aktiviti sejak hampir setahun telah di tegur ketua Muslimat surau kerana kurang memberi masa kepada ahli kariah untuk bermesra. Namun saya yakin ini adalah proses penyerahan tugas dan melatih pelapis agar lebih mudah mengambilalih kepimpinan surau. Saya yakin suami saya juga berpandangan demikian kerana budaya masyarakat sering ingin menonjolkan ketua yang mana bagi kami budaya ini perlu di leburkan sedikit demi sedikit agar seorang ketua dilihat bukan sebagai orang 'besar' tetapi sebagai 'hamba' rakyat dan harus berakhlak sebagai 'hamba Allah' par excellence terlebih dahulu. Apa pun syukur ada orang boleh tegur ketuanya penuh berhemah dan ini adalah kekuatan jemaah di surau AtTaqwa.
Sejak pulang daripada Langkawi saya di 'hantui' bayang-bayang mengujudkan Cafe berciri 'lite' atau simple di ruang di bawah pejabat lndra travel untuk menyediakan makanan berbeza daripada 'gerai makan' sedia ada di mana-mana tempat pelancungan di Malaysia. Konsep lite cafe ialah mudah di samping menjaga kebersihan, persembahan produk dan layanan yang penuh bertanggungjawab di samping menjaga imej makanan baik dan halal (halalan thoiban). Di 'hantui' kerana ia melibatkan perancangan mencari dana Smartop untuk jangka panjang sedangkan untuk pelaburan perlukan sumber kewangan asas. Yang kami ada hanya infaq tenaga dan sedikit 'wisdom' orang berpengalaman kesan jauh perjalanan dan luas pandangan. Ada idea, nampak kaedah namun kekurangan bujet.
Sewaktu pelancaran syarikat di bawah pengurusan baru pada 13.10.13 kami menyediakan 100 pek makanan dan ia merupakan sesuatu yang baru kepada kaunter jualan di jeti dan di airport Langkawi. Pastinya peranan 'runner' penting untuk mempromosi produk.
Petang hari raya haji saya ke Kajang membuat demonstrasi membuat roti lemak manis, malangnya masa tidak cukup untuk roti naik lantas kurang menjadi. Petang yang sama jiran hadapan rumah saya mengadakan open house sejak waktu asar. Saya dan suami adalah antara tetamu terakhir menziarahnya sekembalinya kami daripada Kajang..
Keesokannya Rabu 16 Oktober kami memulakan perjalanan pulang ke Tangkak kerana Smartop memulakan peperiksaan bertulis anak-anak, namun saya sampai sebelah petang untuk menyerahkan daging korban adik saya untuk hidangan anak-anak Smartop. Sempat 'mengeteh' di kedai adik saya di Jalan Solok di mana dapat berita anak lelakinya berhajat untuk bertunang pada 20hb Oktober. Alhamdulillah dah sampai jodoh ,semoga barakah. Kami merancang akan menyertai rombongan merisik cum meminang pada tengahari ahad nanti insyaAllah.
Pagi 17hb saya ke klinik gigi hospital Tangkak kerana temujanji mencuba mould gigi baru dan akan datang lagi 31 hb nanti untuk temujanji terakhir.
Saya berbincang terus dengan seorang lagi adik tentang menjana pendapatan untuk Smartop melalui perniagaan LANGKAWI FRESH & LITE. Mudah-mudahan tercapai apa yang di hajatkan. Bertemakan ikan fresh dan presentation mudah tujuan projek ialah untuk memberi khidmat kepada pelancung yang ramai mengunjungi Langkawi agar menjaga makanan halal dan baik.Tag line berbunyi 'for people on the move' di harapkan dapat menggamit pelancung yang berkunjung ke Langkawi.
Mesyuarat dengan guru-guru Smartop hanya mengingatkan tema bulan Oktober "l love knowledge and taqwa". Tema yang agak berat bagi anak-anakpra sekolah,namun konsep taqwa perlu di budayakan dan di terjemahkan kepada anak-anak sejak awal melalui akhlak murobbiah yang menyenangkan dan sentiasa mentaati perintah Allah."Take Care'(hati-hati) merupakan bahasa mudah bertaqwa. Lukisan tangan di atas kertas juga satu kaedah menceritakan 'tangan taqwa', begitu juga mulut dan mata semuanya di perintah di jaga kerana taatkan perintah Allah.
Saya turut membincangkan contoh banner untuk mempelawa pendaftaran baru ke Smartop sesi tahun 2014 dan aturcara majlis convocation. Saya meminta latihan berulangkali diadakan agar anak-anak mudah membuat persembahan tanpa paksaan. Kaedah ulangan juga sesuai untuk peringkat anak-anak faham dan suka mematuhi arahan.
Keadaan ekonomi di sekitar kini kurang meransang. Saya dapat tahu guru Smartop melakukan tugasan sampingan termasuk menoreh getah bersama suami yang gajinya tidak di bayar majikan. Saya tidak menghalang usaha gigih namun menasihatkan agar tidak menganggu fokus menyediakan bahan mengajar dan kesihatan diri tidak terabai. Keadaan kewangan Smartop juga masih kabur memandangkan yuran untuk bulan November dan Disember bagi anak-anak Tadika tidak termasuk dalam bayaran yuran kerana cuti sekolah.
Projek roti lemak manis (sweet and creamy ) Smartop telah mula mantap dan kami telahpun menyempurnakan tempahan untuk anak-anak yatim sejumlah 200 biji di Kajang pada 19 hb Oktober. Semoga keberkatan berlaku dalam usaha kecil ini yang juga di targetkan untuk di Langkawi Fresh and lite.
ROTI LEMAK MANIS SMARTOP
A step at a time, begitulah saya berbisik dalam hati berkaitan LANGKAWI FRESH AND LITE. Tanpa sokongan bujet dan logistic saya tidak nampak jalan keluar sehinggalah kami berhadapan dengan trip Exotic Fishing pertama yang di perkenalkan pada 2-5 November nanti. Untuk menulis blog inipun saya memakan masa yang lama kerana ' too much to chew'. Semoga Allah memberi kekuatan kepada team yang terlibat dalam urusan saya di Smartop dan Langkawi Fresh and Lite, ameen.
No comments:
Post a Comment